Orchid Harmony

Monday, January 27, 2014

Apabila Okid Berkembangan

Kali ni keluar tunas nak berbunga
dah boleh agak mungkin akan keluar warna kuning
teruja sangat nak tengok kelopak berkembangan
selalu lupa nak catat bila tarikhnya
mungkin kerana dah nak masuk  ketahap 50an asyik kelupaan huhuhuhuhuhu....
tengok jer ler jerrrr


biasa lah awal tahuan alwaz kebezian...menguruskan anak yang dah nak amik peperiksaan
buat baget tahunan.....sangatlah bagetnyer..hehehheee
sedor-sedor udah kembang tiga kumtun jer
warna ok ler juga...sejuk mata memandang
macam sepasang burung berterbangan
rasanya beli kat ladang nurseri ladang ayam kat Kulim
mana tahun nya ntah....lupa lagi
zaman mula-mula jatuh cinta yang tak terkira 3-4 tahun yang lalu


kerana tak puas hati nengok kecik moh kiter zoom bagi besor sket
rupanya nak bagi okid berbunga ubi kena beso
daun kena subor diri pulak kena banyak-banyak sabor
barulah yang kita hayati kesampaian
seronoknya bila okid berkembangan



ini okid dendro kerinting yang tak berapa kerinting
kaler ungu sangat rajin berbunga
buat penawar dikala duka



kedudukan yang sangat stategik 
dah tak ada tempat nak letak
boh bawah penyidai kain
ingat tak citer p Perlis naik keretapi
ni lah okid yang dimaksudkan
okid mini dah mula tunjuk hasil
nak menyusup  bawah penyidai
orang tua-tua kata  tak baik 
abes segala ilmu yang ada dalam dada
fakta ker.....auta kot noooooo......
sebenarnya takut pecah kepala terhantuk kat penyidai
tak pun takut penyidai roboh jenoh nak nganti penyidai baru
kan guna duit tu....ekonomi dah ler tak berapa nak ada 


dengan bangganya okid mini tadi pun diubah lokasi yang lain
biasaler tempat yang senang nak di shoot kan...kat sini ler 
konon nak zoom kan kaler ungu tu.....apa lagi 
shot punya shot....tu ler tak leh nak riak
tengok gambor...tak clear lansung
ada bahan bukti sikit jadi lahhhhhh... sok anak sulung balik suh dia shoot elok2


ini pun kes beli kat Padang Besar tahun lalu
nak menyampaikan ke stesyen keretapi masa mengendongkannya
rasa nakcampak buang
jari bagai nak terputus masa membawa balik
sepuluh jari rasa nak luruh


adjuslah bagi nampak clear
tak  juga yer......


letak ler kat manapun sangat rajin berbunga
merah ang-ang lagi


yang ni pun sama....sejak kumbang ladybird rajin bertandang
okid ni selalu jadi mangsa
taksempat nak kembang semua ternoda dek kumbang durjana
baguih jer dia tebuk ditengah kelopak
dia buat design lain pulak
eiiiiiiiii...! geram


sila abaikan penyidai yang sudah berkarat
nak nyambung kerojer
ada okid berbunga kita jumpa lagi di lain entri