8.30 pagi tadi dapat panggilan dari suami tercinta mohon perkhidmatan untuk mengangkut 5 unit kotak yang berisi buku dari Dewan Utama ke biliknya. Proses kerja berjalan seperti biasa dari kawan satu jabatan mengatakan kerja-kerja tersebut akan dilakukan sebelum tengah hari.Kira ok la tu.
2:30 petang - diberitahu oleh kawan satu pejabat bahawa kerja tersebut tidak dapat dilakukan kerana kotak tidak banyak dan tidak berat.Serbasalah nak bagi tahu pada suami terjerat antara kawan dan suami.Mahu atau tidak kenyataannya mesti disampaikan.Dari nada suara suami amatlah kecewa dengan keputusan yang telah diberi.Fahamlah aku disaat hari terakhir mencetak soalan peperiksaan dia memang sensitif.
2.40 petang -terfikirlah aku untuk mendapat khidmat anak sulung adn anak angkat yang berada di PPKT.Dengan harapan menggunung tinggi anak sulung dan anak angkatdapat membantu.Akhirnya kata persetujuan telah diperolehi 4 beranak pun memulakan tugas .Amatlah berat bagi aku yg berusia 46 tahun untuk mengangkat kotak2 tersebut.Demi niat untuk membantu suami semangat aku kuatkan terdayalah mengangkat satu kotak.Jadilah buat pemangkin semangat suami dan anak-anakku yang ibunya boleh melakukan kerja mengangkat kotak.Berpeluh jugalah anak sulungku mengangkat kotak.Adi lagi la dengan kotnya lagi meleleh peluh.Kesian mereka.Semoga Tuhan mengurniakan pahala berganda kerana membantu ke dua ibu dan ayah pada hari ini.
3:15 petang - untuk menghargai jasa anak-anak yang telah meringankan bebanan suami, si ibu ini menghantar sms kepada anak sulung berbunyi begini
"TQ kerana tlg ayah angkat kotak.Besar pahala anak ibu balik nanti ibu belanja peanut coklat"
msg pun dihantar
3.20 petang dapat jawapan dari si anak sulung sms nyer begini
"Ala, bukan panjat kena panjat gunung pun.Haha.Tape la ibu, Abglong tlg bkn nk ape2 pn.Ibu dan ayah la segalanya buat Abglong :) i love my ayah dan ibu.Huhu
Tidaklah sia-sialah ibumu ini melahirkan kamu ke dunia ini.
Syukur kerana Tuhan telah mengurniakan aku,
seorang anak yang tahu tahu menghargai kasih sayang sorang ibu dan ayah.
Semoga Tuhan memberikan kamu rahmat dan kebahagian
ke atas kamu di dunia dan juga di akhirat sana.