Thursday, July 21, 2011

Singgah Untuk Seketika


Saat Santaiku Di Alam Remaja Dahulu

Selalu Aku Mengimpikan
Punyai Sebuah Rumah
Dengan Padi Menghijau Sekitar Halaman
Serta Dihiasi Dengan Bunga-Bungaan
Kembang Mewangi Serta Berwarna Warni

Di Serikan Pula
Oleh Beburung Yang Menyinggahi
Di Reranting Pokok
46 Tahun Telah Berlalu

Kini Rumah Kecilku Ditengah Sawah
Telah Dipenuhi Dengan Pelbagai Jenis Bunga
Orkid Merupakan Pilihan Utama

Semalam Dengan Tidak Disangka-Sangka
Impian Aku Telah Menjadi Realiti
Kembali Dari Mengambil Si Kecil Bongsu Dari Tuisyen
Terpandang Aku Pada Ranting Orkid
Lalu Terlihatlah Aku
Seekor Burung Comel
Sedang Bersantai Memerhatikan Kami
Tidak Dipedulikan Lensa Camera
Dan Dia Terus Beraksi
Amboiiiii…Amboiiiii Berani Betul
Si Kecil Comel Berehat Disitu
Duk Bersantai Melepaskan Lelah



Rehatlah Kamu Disitu
Melelapkan Mata Di Kala Malam
Sementara Menunggu Matahari Pagi Tiba
Hati-Hati Yaaa,,,Jangan Sampai Patah
Orkid Kesayangan Tuan Rumah.