Saturday, March 9, 2013

Jadilah Seperti Pelangi

Satu Malaysia duk sibok bercerita tentang  kes pencerobohan di Lahat Datu  tapi di tempat kerja aku lagi heboh .Kalah Malaysiakini. Tajuk yang hangit diperkatan ialah kisah pertukaran pulak yang jadi topik paling panas.Dah tak der lagi  dah bersembang berapa ramai pemberontak yang kena tangkap. Dah tak der lagi soalan  berapa batalioan askar dah di hantar ke sana.

Bila angkat sahaja telefon soalannnya..dah dapat surat ker.Itu jerlah soalan lain.Salam pun tak dibagi kalau tidak dapat juga pahala percuma  menjawab salam.Dah dapat surat pergi jerlah .Kiranya susah nak menerima kenyataan ,anggaplah ini dugaan yang Allah beri.Kita kan hambanya daif tuan-puan (tiru ayat Uztaz Kazim Alias tengah top kat TV9)

Mungkin ada hikmahnya.Kita ni  manusia biasa jer belajar dulu pun takat SPM jer.Mana tempat orang nak letak terimalah dengan hati yang terbuka.Siapalah kiter kannnnn.Bila tak dapat surat pertukaran, kata pulak bos sayang.Pulak Dah.Cittttttttt...Bos tu sayang dengan semua stafnya..termasuk lah ...apa nak tulis.Kata Ngko boleh.Hentam saja lah labu (kan aku peminat citer Tan Sri P.Ramlee) .Kalau dia ada kuasa tidak melepaskan .Pencen pun dia tak bagi.(melampau ler pulak.Pencen sok aku nak bukak nurseri orkid, jangan spoilkan cita-cita  aku beb kalau impian tak per lagi ).Bukan jabatan kita jer yang terlibat dengan projek pertukaran tapi semua jabatan.Ada Paham?. fikirlah secara logik la kawan.Budak tadikapun kalau diberi penerangan sekali jenis genius  mereka paham.Ini kan pulak kita yang dah berusia..Benak ker hapa.

Kalau lupa mari kita ingatkan semula.Isu pertukaran nie dari tahun lepas lagi dah heboh diperkatakan.Kita sendiri pun dah meredhakan.Lu apahal tak terima kenyataan atau  Lu cakap tak serupa bikin.Ehhhhhhhhhhh aku apa hal emotional ler pulak.Geram punya hal.Terima jer lah kan kita ni timun.Sekarang ayat tu dah sinonim dengan aku.Kata bebudak zaman FB, zaman twitter boleh jadi "tagline".Seronok kenakan orang.Bila kena diri sendiri meroyan..hahahahhaha.

Tak baikkan kenakan orang.Aku bukan apa sengal juga bila dikatakan orang pertama yang akan keluar jabatan.Jadi slow-slow aku pujuk hati, aku kena terima kenyataan.yang aku wajib ditukarkan ke jabatan lain Arahan dari pihak atasan.Siapalah aku   nak protes..Dulupun aku penah terima dugaan yang amat berat.Anak yang aku sayang pun tiba masa Allah ambil dari aku.Dengan kata lain macam kita pinjam baranglah, cukup masa  wajib kita pulangkan balik pada tuannya.Macam itu jugalah dengan penempatan kita di satu-satu jabatan.Cukup timbangan dan tempoh masanya berserta kiraannya .Zakat wajib dikeluarkan.Itukan hukum dalam Islam .Macam kita ni .Dah masanya nak tak nak kenalah berpindah. Bak kata pepatah tempat jatuh lagikan dikenang.Ini pulak tempat yang kita seronok bekerja.

Kawan-kawan juga lah yang menyeronokkan dia bekerja.Kalau nak harap  orang menyeronokkan kita tak der kot.Berbelit-belit bahasa aku malam ni.Tak per la ini blog aku.Biar aku lepaskan apa juga rasa. Asyik orang jer yang melepaskan geram kat kita apa hal.Sebab aku sabor kot,Dah cukup sabor bro. Jadi dengan bersenang hatinya malam ini aku dengan suka cita mengatakan aku punya sukalah nak tulis apa.Asyik cerita okid jer.Boring juga kannnnnnnnnnnn....

Masa aku tengah duk layan geram orang yang tak nak terima arahan pertukaran ( sebab nak citer kat rakan kongsi, dia agak keletihan kerana bertugas di karnival jom masuk u).Malam ini tidor awal suami aku.Nak kejutkan tak sampai hati.Pukul 9:30 dah beradu suamiku.Kalau angkat letak kat luar rumah pun dia tak sedo.Punya lena tidornya.Biarkanlah dia beradu.Akupun layan lagu kat youtube.Ntah macam mana terkeluar lagu Sudirman.

Barisnya:
Engkau tiba bagaikan pelangi,
tak bercahaya namun kau berseri

Dua baris tu jer yang aku sempat tulis.Baris-baris yang seterusnya tak dapat tangkap.Bukan faktor usia yang dah makin tua tapi  xcited pulak nak tengok gambar pelangi.Sebenarnya aku suka tengok gambar pelangi yang semula jadi.Kebiasaannya pelangi keluar lepas hujan di waktu siang. Jadi malam ini kalau nak tunggu pelangi keluar.Tunggu sampai  kiamat tak der ler. Nak taknak terpaksalah aku merayu menggoda kat siapa lagi pakcik google ler mintak tunjuk gambor pelangi.Keputusannya dia bagi aku gambor yang inilah. Jadilah dari xder langsung.



  
Apa kaitannya kita dengan pelangi.Ada.Jangan kata tak der.Kerana hobi yang suka membaca selalu terjumpa dan tersangat suka ayat ini:-

Kadang-kadang… ALLAH sembunyikan matahari.. ALLAH turunkan hujan dan kilat…kita tertanya-tanya.. mana perginya matahari?.. rupa-rupanya ALLAH ingin berikan kita pelangi…

Hakikatnya dalam kehidupan seharian kita ni selalu kita tidak menghargai apa yang kita dapat.Kita buat dek jer apa yang kita terima.Disetiap ketika,  kita selalu dapat apa yang kita mau .Setiap kemahuan kita sentiasa dipenuhi.Minta apa dapat.Sebut apa sahaja, selalu menerima.Kalau tidak dipenuhi permintaan,  kita merajuk tak nak bercakap tunjuk tanda protes tidak boleh tidak dapat menerima apa yang kita mahu.Tiada siapa berani membantah.Kita pulak selalu mengambil kesempatan atas kelemahan orang.Sebenarnya itulah kekurangan kita, menggunakan kepentingan peribadi untuk kesenangan diri sendiri tanpa mengira betapa susahnya orang untuk menjaga hati kita.Orang yang mementingkan diri sendiri memang begitu.Bagi aku sebagai tanda kesyukuran orang selalu mengatakan kalau tak dapat apa yang kita suka, sukalah dengan apa yang kita dapat.Nak mengkaji secara dalam tentang pelangi N17 jer kannnnn.Jadi sebagai penutup entri pada hari ini:-

Apa kata mari kita jadi seperti pelangi
Dimana jua pelangi  berada
Itulah Tujuh warna ciptaan dariNya
Tetap menyerikan dunia
Semuanya aturan dari ALLAH
Kerana ALLAH yang telah menentukan
Yang terbaik untuk kita
Belajarlah untuk menerima.



 






Tuesday, March 5, 2013

Seputih Selipar Okid

Dah tau ker nak tukar ke School mana
nampak jer muka aku itu ler soklan terpanas nak tanya
sejak dari 1 Mac sampai lah ke hari ni 6 Mac
School mana, muka aku 
muka aku School mana
soklan tu dengan aku laaa ni tengah sinonim sesangat
tak leh dipisahkan lagi
tersembul jer tanya soalan tu...
jadi gossip panas ler pulak tolonglah kawan 
ishhhh rimas lahhhh

emmm.....cara menanya soalan macam suruh aku pergi cepat jer dari Jabatan ni
klau tak suka bagi tau jerrrrrrrrrrrr...
ni nak cakap berlapik-lapik ler pulak

tunggu lerlah dpt surat aku akan emelkan ke satu jabatan
dimana bumi dipijak situler langit di junjung
sampai masa aku akan pergi you all semua jgn risaulah
secara tak sengaja terjumpa
ayat ni kat muka buku adikperempuanku
jadi aku copy kat sini
buat ingatan pada semua
ianya tiada kaitan dengan sesiapa
baik yang hidup atapun yang sudah mati
hanya ingatan untuk diri sendiri
supaya berhati2
kerana kalau musuh yang tumpaskan kita tak mengapa
sebab dia mmg musuh kita
tapi kalau sahabat kesannya 
sendiri mau ingatlah
sepanjang hayat sesal tak sudah


sebenarnya bukan perkara pertukaran tempat bertugas yang aku nak entrikan disini
ada bab lain tapi tu ler masa idea tengah mengganas dalam kelapa
tup2 ada pulak yang bertanya soklan panas....klau tak naik hangin...sememangnya tuan punya badan sabor
klau tanya aku...jawapannya tentu ler hangin satu badan
dari ribut satu jabatan
 bagi  menceriakan suasana yang dah huru hara
moh kiter bersembang bab lain
kisah aper yer...tentulah bab okid

Dulu-dulu masa mula-mula terjatuh dalam lembah kecintaan yang amat mendalam tentang  orkid
suka juga menengok gambor okid selipar
dalam bahasa saintifiknya usah ditanya sememang tak tau
yang aku tau bentuknya ala-ala selipar
tapi bila di tanya kepada orang yang lebih ariff tentang penjagaannya
it compicated...naper yer
.sbb nak kena tempat sejuk tak boleh air banyak
ieyyyy...nak menjaga tensyen ler pulak
aku bukan jenis rajin menjaga
bz ler katakan ewahhhhhhhh....bz apernyer makcik oiiiii
alasan terbaik sbb tak berapa suka macam yang aku tulis pada baris-baris yang atas tadi tu
cuba kalau kita suka
yang buruk pun elok (sudah-sudalah ler makcik oiiii, jgn sebut lagi bab buruk2 ni)
Nak dijadikan cerita
Rakan kongsi sekatil saya dah mula suka pada Cik Selipar
jadi sayapun dengan secara  terpaksa (dgn kata lain paksa rela) jugalah juga kepada jenis selipar orkid
bila dah suka maka kita pun memulakan operasi mencari dan membeli jenis orkid jenis nie
sebab sebelum ni  tak pernah membeli
memang kena sembelih
satu pokok RM20.00
tipah tertipu betul dengan peniaga tu
dek kerana nak juga koleksi yang tersebut diatas
dengan berat hati membeli ler juga
bawak balik rumah pokoknya antara hidup dengan mati
berbekalkan semangat tawakal kepada Allah yang satu
sewaktu sesi menyiram dan membaja
selalu aku katakan dalam hati
orkid sliper kalau nak mati pun tak apa
mungkin kamu tak serasi tinggal bersama aku
tapi kalau nak mati
tunjukkan aku bunga kamu yang cantik berseri
barangkali okid ni memang mendengar kata
satu hari (terlupa nak catit tarikh)
dia pun menunjukkan tanda-tanda nak berbunga (lupa juga nak snap gambar)
sedor-sedor dah sebesor ini


snap punya snap
weiiii apa daaa ....road tax keter terpapar sama
atas keter nie la lokasi paling strategik nak berfoto
jurugambar tak profesional ler katakan...guna camre nset jer pun
jadilah asal ada gambar oklah buat kenang-kenangan
nak tunggu kembang penuh pun tak sabar ler juga
kali ni tak larat dah nak letak kat  atas keter
takut patah pulak tangkainya
kan senang nak tunggu kembang beb
abes berbulu satu badan  
 badan saper tak der bulu yerk hehehehe
cantik juga bunganyer kannnnn ayu jer


putih suci jer warnanyer
seputih hati aku menerima berita pertukaran
no mo rayuan 
no mo penolakan



kerana perkhidmatan perlu diteruskan
tempat baru
kawan baru
kerja baru

tak sabar nak tunggu surat pertukaran bertukar tangan
kan dah tak sabar nak tukar jabatan.