Tuesday, August 13, 2013

Syawal 1434H di Sg.Buluh



Orkid dah merajuk tak mo berbunga kerana tidak dibelai dan di baja
kan Bulan Ramadhan kita sibuk menambah pahala
Cepatnya masa berlalu
dan hari ni dah 6 Syawal kita kisahkan dengan cerita hari raya
dah masuk usia emas hari raya dah tak semeriah zaman kita remaja
Tahun ni rakan kongsi sehidup semati telah menetapkan 
yang hari raya kali jatuhnya berhari raya bersama bonda tercintanya
siapa lagi mak mertua saya lah...lokasinya di Bandar Baru Sg. Buluh
ala-ala arahan gitu 
sebagai isteri akurlah saya dengan perintah suami
6 Ogos pukul 3:30 petang kami sampai disana
petang itu kami berbuka bersama-sama 
seronok juga berbuka dengan keluarga mertua
sebenarnya mak mertua saya tinggal dengan kakak ipar (satu-satunya anak perempuannya)
kerana persiapan raya telah diselesaikan awal
pada malam raya kami berenam telah berjalan-jalan di Jalan TAR
hanya Tuhan yang tau betapa sibuknya disitu
kerana nak melihat sendiri kami tabahkan hati menyusuri jalan tersebut
macam-macam lelongan jualan murah dibuat
dah tak lalu dengan kesibukan yang diluar kawalan
kami tidak membeli belah
kata anak bongsu ini kali pertama dan kali terakhir
berada di Jalan TAR
serik katanya...padan muka nak sangat kesitu
Dah terbiasa di Daerah Kerian tak pernah sibuk seperti ini pening kepala dibuatnya
tak mengapalah pengalaman berada di situasi  sebegini kena ada




Terperangkap dengan kesesakan lalulintas pada malam raya 
kami sampai dirumah pukul 3:00 pagi
ambik kauuuuu.....tidur bagai nak rak akhirnya tak sempat solat sunat hari raya
sempat bergambar sahaja...untuk kenang-kenangan di sepanjang hidup
shoot pertama terlupa on lampu....kelabu ler gambarnya hehehehheeh
yang kaler grey tu sebelah kakak iparku yang kaler green tu lah keluarga saya

 Acara wajib bersalam-salaman bermaaf-maafan
di hari bahagia ini dimulakan dengan kakak iparku..
Sedondon warna jubah mereka tema raya tahun ini grey

 diikuti oleh rakan kongsi seumur hidupku. merangkap kekasih @ suami saya lahhhhhh
ampunkan dosa dan halalkan makan minum...skrip dah hafal dalam kepala
biasalah kan...setahun hanya sekali
gambar saya bermaaf-maafan tak der orang nak snap..huhuhuhu...kesian saya
biasanya macam tulah kannnnnnnn
siapalah saya...(ayat merajuk tapi tak der siapa nak pujuk)

 Kemudian wajib juga acara tahunan...bergambar seisi keluarga
nipun saya yang beriya-iya nak ambil gambar 
kalau nak harap orang atur-aturkan.....tak der
makin montel saya.....nak kurus dah tak boleh
faktor usia dah makin tua 


Inilah keluarga bahagia saya 
anak saya  semua lelaki
tak per lah kan....sok mereka berkahwin  dapat lah menantu 
adalah saya anak perempuan
tak tahu bila jodohnya mereka
kerana yang sulung baru 22 tahun
yang bongsu 14 tahun
sabar jerlah yerrrr
semoga dipermudahkan segala urusan ke dua anak-anak saya

 suami saya dengan bondanya
suami saya ,anak bongsu 
gambar ni nak boh dalam fesbok katanya
aksi manja lah kononnya



Sedondon warna famli kakak ipar ku
tertinggal gambar abang iparku....puas pujuk tak mau bergambar
kata orang tua tak boleh bergambar berlima
empat orang jer lahhhhhhh


 Bergambar kenangan bersama ibu mertua ku Hajah Zainab
tahun ni dia dah tak banyak bercakap
tengok tudung saya tak senonoh...senget sebelah


Kali pertama digandingkan mereka 4 sepupu
anak bongsu  mahal dengan senyuman
suka tengok senyuman Hazim
hepi sebab tahun depan dah nak bertunang
dah dewasa rupanya anak saudaraku ini......


 anak sulung senyuman boleh masuk pertandingan iklan colgate
tengok tangan tak habis-habis membuli adik
cuti semester jer tak kira hari apa bulan apa
abang yang selalu membuli
si adik sabar jer dengan karenah abang


 Ni action jer...mana hayun penumbuk muka senyum
lakonan mantopppppp..orang multimedia  kan gitu......!
gaya mau lebeyyyy baru berbaloi


Setahun hanya sekali kita merayakan hari yang mulia 
ada umur panjang kita letak gambar yang lain pula
benarlah kata orang sekeping gambar menyimpan seribu  cerita 
tentang suka duka kehidupan kita
terkasar bahasa atau terlanjur bicara
semoga hubungan erat sentiasa
tangan dihulur maaf dipinta.