Wednesday, January 25, 2012

Kembang Minggu Ini

Berbunga lagi, Syioknya.


Jumpa di atas pokok rambutan yang arwah bapak tanam di belakang rumah mak di kampung

Dah lama mengidam orkid jenis ini, terjumpa kat Nurseri di Bukit Minyak.
Sepadan dengan harganya terus beli

Orkid ini anak bongsu yang punya.Kembang selepas keputusan UPSR keluar agaknya sebagai hadiah kejayaan peperiksaannya.
Yang ini pula, ada sejarahya.Kawan satu opis dah tak mau menjag dan nak dibuang ke dalam tong sampah, cepat-cepat saya ambil.Jaga punya jaga keluar juga bunga comel bentuknya.
Sangat rajin berbunga dan warnaya amat lembut dan sedap mata memandang

Yang ini pun sama sentiasa berbunga

Orkid yang ini pula hadiah dari Uncle Goh, Taman Sempadan,
Apa khabar Uncle Goh, lama dah tak melawat dia semoga sakitnya sembuh seperti sedia kala.

Orkid pemberian Kak Tim, baru belajar berbunga kembang sekuntum jer..jadilah

Yang ini pula ungu, comel sgt, beli kat Padang Besar tahun lepas

0 comments:

Post a Comment