Tuesday, February 14, 2012

Kelantan 5-6 Februari 2012

Selesai makan tenghari di Taman Monumen Terengganu
kami bergerak ke negeri Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan la mana lagi
Harapan kali ini kami nak tidur di hotel rakan FB En Hairul Anuar di Kota Bharu
Terjah juga nie tak booking apapun, cuti tidak dirancang sangat
Banyak kali buat panggilan ke telefon bimbit dia hanya voice mail
Think positif mungkin kehabisan bateri atau berada di luar kawasan
Dipendekkan cerita sampailah juga ke Wakaf Che Yeh
Seperti biasa hotel yang di depan mata terus masuk Dinasty Hotel itulah namanya
Check in dan mandi acara makan malam bermula
Mencarilah kedai makan konon nak memahirkan slang kelate
En Suami pun mengorder makanan
Tom Ye duo ore make
Berkedip-kedip pelayan kedai tu
Tak pahe kawe Tom Te tu apa
Tom Ye...kata En Suami lagi
Tak Pahe
Akhirnya terkeluar perkataan
TOM YAM...kuat pulak tu
oooo Tom Yam ker...
Apa lagi bersembor ayor lior gelak
nak sangat slang kelantan sampai orang tempatan pun tak paham
selesai makan malam acara meredah wakaf che yeh pun bermula
lelong kain sepasang RM20.00, rambang mata nak pilih

Pada malam hari-hari bekerja masih ada laluan untuk berjalan
kecuali hari jumaat malam Sabtu, malam minggu dan cuti yang bersambung
jalan disini sesak dan susah untuk parking kereta
Kami pada malam itu santai sahaja.

Tunjuk apa tu Yop, nak cari handbeg kat sana itulah yang ditunjukkan
Kebetulan handbeg Makcik dan nak putus ini ler peluang nak ganti beg baru
cari punya cari tiba-tiba Pak Yop kita hilang dari pandangan
dari berdiri dia pergi duduk kat tepi kedai tu.
Ishh-ishhhhhh hilang mood Makcik nak membeli belah
handpon pulak , proses mengesan dan mencari bermula
hati mula geram
jumpa elok jer dia duduk sambil merokok
hati mula bara
terus ajak balik hotel
tau Pak Yop kita kata apa lengoh kaki eiyyyyyyyy....
Geram punya pasal tarik selimut tidoooo...
hati masih tidak puas kerana yang dicari
masih tidak ditemui

Akhirnya pukul 12:00 malam turun sekali lagi dapat beli handbeg
dan sedikit cenderahati untuk adik-adik dan bonda tersayang apa lagi kain pasang
Jadilah sebangai kenang-kenangan.
Dah puas hati masuk bilik dan sambung tidur.
6 Februari 2012
Perjalanan bermula
ke Kamaliah Batek melawat kilang kepunyaan kawan di Kelantan
Proses mencairkan lilin inilah bentuk dapurnya
Corak batek rekaan Kamaliah Batek

proses melilin
Macam-macam bentuk ada disini
selepas dijamu dengan teh o ais & kuih karipap yang sangat sedap
kami dibawa melawat butik batek Kota Bharu
Jutaan terimakasih yang tak terhingga
kepada En. Khairul Annuar & Isteri serta Bondanya
kerana melayan kedatangan kami dengan begitu baik dan sangat mesra serta murah hati
Hanya Tuhan yang dapat membalas segala jasa baik anda sekeluarga
semoga perniagaan berkembang maju
Bertolak dari situ kami terus menuju ke Pasar Besar Siti Khadijah


Keadaan pasar sama macam pasar basah yang lain
bezanya disini ramai kaum wanita yang menjadi jurujual berbanding lelakiSerunding Kelantan menjadi pilihan utama kerana kesedapannya dan ini lah gambar terakhir yang diambil kerana kehabisan bateri
semalam teralalu penat sehingga terlupa
untuk mengecas
Digital camra pula dah terlampau banyak gambar
lupa pulak nak transfer

Beberapa jam di Pasar Siti Khadijah kami pun bertolak balik ke Parit Buntar
Walaupun penat tapi sangat gembira

0 comments:

Post a Comment