Friday, May 18, 2012

15/5/2012 @ 4:00 petang

sambung kisah yang lepas
(tak abes-abes hehehehe)
tengah aku bagus buat kerja
sangat-sangat rajin pulak
Kak Zah mempelawa
jom makan
dengan selamba badak jer aku  jawab balik
jappp nak pegi beli kuih kat Pusat Pelajar
teringin nak beli cucuq udang
ada juga niat nak belanja kawan
tak payah semua dah sedia
terdengar suara kak habsah
air pun dah siap, kopi susu
ehhh sejak bila kak habsah terer buat air niihhh
jarang-jarang (pinjam perkataan Tan Sri P.Ramli)kak habsah membuat air
rezki aku kot sempena hari jadi ke 47 (ewah-ewah prasan lagi aku hari tu)
masuk-masuk jer pantri
terkejut biawak teman
maner idoknya
tengok apa yang ada
heheheheh sebijik kek tiramitsu
sponsor by kak zah + kak habsah
terima kasih kepada dua kakak ku sayang
kerana sanggop bersusah payah
memcari dan membeli kek untuk adiknya
sayang kamu berdua
walaupun aku tak der kakak kandung
dengan adanya mereka berdua ini
merasalah juga aku kasih sayang kakak
selalu tu  bagi suprisekan besday kawan-kawan sepejabat
aku yang jadi tukang beli 
dan tukang mengutip duit dari kawan-kawan
kali ini aku pulak yang disuprisekan
tunggu akan datang tiba hari jadi  masing-masing
tauler apa aku nak buat kejutan
dah rancang dari sekarang
ada biskut yang jadi penyeri
lepas tu siap tulis nama mesra aku lagi
dalam hati macam rasa terharu + suka yang lebih-lebih
TQ kawan-kawan
ada pada hari tu tak ramai
sakan kami makan kek
sedap hingga menjilat jari

lepas tu ada kuih baulu  & kacang goring sponsor by kak zah
yang dalam dulang tu kopi susu dibuat khas oleh kak habsah
nampak dulang jer....kopi susu tak dan nak snap
excited plus-plus sampai tak keluwo gambor kopi
alahaiiiiiiiiiiii  silap bebebo
 
sepanjang hari tu hati sangat gembira
iyer lah ada yang menghargai
sebenarnya dalam hidup ini
kita kena saling menghargai diantara satu sama lain
barulah terasa diri ini disayangi
dan ikatan persahabatan menjadi lebih erat
bagi aku kami di pejabat bukan lagi seperti sahabat
lebih kepada rasa ikatan persaudaraan
apa-apa peristiwa sama ada sedih atau gembira
segalanya dikongsikan bersama
bak kata orang sekarang yang sedih ditangiskan bersama
yang suka sama-sama diketawakan berdekah-dekah
itulah aku pemilik blog ini.

0 comments:

Post a Comment