Monday, May 3, 2010

Nak Cari Yang Lain Terbeli Yang Ini




Dah lama sabar nakkan okid nie....dulu-dulu mmg niat nak tanam okid dari anak tp kesabaran dah tak boleh nak bertahan lama.Tak beli merana jiwa, selagi tak dapat, memalam tido tak lena. Dah dapat yang nie, mula merangka nak yang lain pulak.Terkena virus okid nie amat merbahaya,selagi tak dapat rasa tak bahagia.

Monday, April 26, 2010

Menunggu berbunga Amat lah Tersiksa ,Sudah Berbunga Inilah Rupa




Okid ini dibeli secara tidak sengaja tahun lepas, di Pulau Pinang.Tujuan asal nak pergi Teluk Tempoyak.Menurut kawan-kawan ikan bakar disitu, sangatlah sedap.Redah punya redah, akhirnya si suami terpandang satu signboard nurseri okid. Ianya tidak berapa di jaga sangat. Penuh semak samun. Mungkin kerana usia empunya yang sudah tua dan tidak bertenaga nurseri dibiarkan begitu, hanya okid sahaja diberi perhatian.

Okid jenis ini begitu banyak sedang berkembangan.Kelihatan berbaris-baris pasunya.Sangat-sangat mengujakan semangat mata yang memandang. Melihat okid ini, rasa nak borong semuanya bawa balik dan letak di rumah No.99, Jalan Harmoni 1.Fobia okidlah katakan.

Namun tuan punyer nurseri tu amatlah prihatin orangnya .Sebelum membeli okid, dia siap bertanya saya dengan soalan, “lu sudah belapa lama tanam okid” Saya pun menjawab, “Auntie saya baru 8 bulan tanam okid.,ingat mau beli ini okid” terus tunjuk okid yang sudah nak kembang dalam 3 tangkai. “Aiyaaa…ini okid mahai, kalau lu tak reti jaga bole mati wooo, saya ingat, lu beginner okid, beli yang ini klau mati pun talak apa,saya jual kasi lu murah…angkat satu pasu RM10.00 kalau lu betul-betul jaga, boleh keluar juga bunga” Tanpa tawar menawar RM10.00 bertukar tangan.Tersangatlah murah, dapat sepasu, sayapun masuk kereta dan terus balik rumah.

Hari berganti hari , bulan datang dan pergi, menunggu berbunga amatlah tersiksa dan sesudah berbunga macam itulah bentuk rupanya. Sangatlah berbangga memilikinya.



Saturday, April 24, 2010

Hasil Tangan Yang Pertama









Banyak lagi koleksi okid yang saya tanam .Tapi yang tak berbunga lagi banyak dari yang berbunga. Tengoklah kalau ada masa, saya akan letakkan gambar okid yang tak berbunga disini.Sekua ni adalah okid saya yang berbunga buat kali pertama, excitednyer lebihlah. Sama macam saya menunggu kelahiran anak sulung ke dunia.

Sudah nampak rupa bentuk, hilang penat lelah menunggu bebulan lamanya.Hasil tangan yang pertama amatlah membanggakan hati sendiri, tapi kalau dibandingkan dengan orang yang dah lama dibidang ini…malu jugalah, okid yang tak seberapa. Melihatkan okid berkembangan dengan berbagai bentuk dan warna membuatkan saya terus memburu okid, rasa berbaloi-baloi menghabiskan duit kerana okid.

Menurut anak bongsu saya, dia melebelkan saya sebagai fobia okid.Memang betul sangatlah, okid dan saya tidak boleh dipisahkan lagi. Anak sulung pulak tidak member reaksi apa-apa, mungkin kerana sudah memahami minat ibu dia. Si suami pulak apa lagi, ada kawan yang bertandang ke rumah, sibuk menunjukkan okid isterinya yang telah berbunga. Apa-apapun jutaan terima kasih kepada suami tercinta kerana sentiasa member semangat kepada isteri untuk mengorkid.



Monday, April 19, 2010

Terjah Ke Ladang Okid Kat Kulim










Lepas kawan aku bagi okid sepasu dua minat aku kat okid kian mndalam.Tiap minggu aku mesti mengadap 3 orang penjual okid kat pasar malam Jumaat Parit Buntar.Dalam fikiran aku tak nmpak lain dah okid jer yg ada dalam kepala, bajet aku pada kasut, baju aksesori ker apa ker sumer aku tukar p ker okid …gila okid dah melanda kat tuan rumah No.99, Jalan Harmoni biaq p la itu kata hb tercinta aku, cam dial ah satu masa dulu gila mancing aku pun time tu tak terkata apa…biaq p. Bermula dari okid pasar malam aku dapat maklumat dari kengkawan yg sama gila dengan aku segala2nyer okid nie, kat Kulim ada satu ladang okid . Situ lah ladang pertama yang telah kami terjah tak silap bermulanya mengulang kat ladang pada bulan Mei 2009 ni ler gambor2 okid yg hb aku ambik tengok real lg best sbb okid kat situ semua nyer mengujakan smpai aku kopius nak pilih yang mana satu pilihan hati…..lasnya as beginner okid aku aku rasa baik beli anak yang dari ladang sbb harganya jauh lebih murah dari yg jual kat pasar malam & yang penting leh borong banyak2



Sejarah Bermulanya Minat Orkid