Saturday, April 24, 2010

Hasil Tangan Yang Pertama









Banyak lagi koleksi okid yang saya tanam .Tapi yang tak berbunga lagi banyak dari yang berbunga. Tengoklah kalau ada masa, saya akan letakkan gambar okid yang tak berbunga disini.Sekua ni adalah okid saya yang berbunga buat kali pertama, excitednyer lebihlah. Sama macam saya menunggu kelahiran anak sulung ke dunia.

Sudah nampak rupa bentuk, hilang penat lelah menunggu bebulan lamanya.Hasil tangan yang pertama amatlah membanggakan hati sendiri, tapi kalau dibandingkan dengan orang yang dah lama dibidang ini…malu jugalah, okid yang tak seberapa. Melihatkan okid berkembangan dengan berbagai bentuk dan warna membuatkan saya terus memburu okid, rasa berbaloi-baloi menghabiskan duit kerana okid.

Menurut anak bongsu saya, dia melebelkan saya sebagai fobia okid.Memang betul sangatlah, okid dan saya tidak boleh dipisahkan lagi. Anak sulung pulak tidak member reaksi apa-apa, mungkin kerana sudah memahami minat ibu dia. Si suami pulak apa lagi, ada kawan yang bertandang ke rumah, sibuk menunjukkan okid isterinya yang telah berbunga. Apa-apapun jutaan terima kasih kepada suami tercinta kerana sentiasa member semangat kepada isteri untuk mengorkid.



0 comments:

Post a Comment