Lamanya dah tak berblog
Dah banyak orkid teman yang dah berbunga
Walaupun penat menunggu bertahun-tahun lamanya
Dari tahun 2010 lagi
Tapi hasil yagn keluat sangat membanggakan
Indahnya dunia ini
Hanya Tuhan yang mengetahui
Orkid ini tidak disedari tanda-tanda nak berbunga
Tau-tau dah kembang mewangi
Bunga pulak kuning berseri-seri
Gembiranya saat tu tak tau nak mengabor macamnana
Hanya yang pernah mengalami situasi yang sama saja memahami
Seronok bebeno
Lagi bangga nak berceghiter
Pokok ini teman beli masa kecik bebeno haluih jer pokoknya
Tawakal jer kalau hidup Alhamdulillah
harga pun tak mahai dlm RM5.00 sepokok
Kiranya mati innalillah jawabnya beli yang lain
Itulah kojer teman
Kata nak serik m emberi orkid tak peghonah
Kalau dihimpun-himpunkan duit
Dalam membeli orkid
Rasanya boleh beli motor sebijik
Kerananya dah minat orkid
Idak ler teman membuat rekod pembelian
Bukan apa kalau direkodkan duit pembelian orkid
Sampai pencen mau meghoyan
ni pulak ada sejarahnya
Masa beli kecik sangat
Maklumlah beli dari anak
Adalah dalam 3 inci panjangnya
Macam menjaga baby yang lepas dilahirkan
Membaja, meracun dan menyiram
Sama macam sistem 3M masa mula-mula
belajar disekolah rendah
Dari 3-4 helai daun membesar jadi
merimbun penuh sepasu
Ishhhhh-ishhhhh tak terkata gumbiranya
hati teman
Tengoklah warnanya..terang biji mata
nengok
Inilah yang dikatakan alah membeli
menang menanam
(diubah suaikan dari peribahasa lama
alah membeli menang memakai)
Yang seronoknya masa membeli tidak
ditanyapun apa warnanya orkid
Bila keluar warna oren nuget
Sangat berbangga memilikinya
Dah bernada riak ler pulak
Iyer ler menda tak pernah ada tiba-tiba
ada
Macam si kudung dapat cincin
Seperti mana tuan punya blog ini ler
Orang yang dah berkurun menanam orkid
takder pulak demer nak heran
Yang baru setahun dua jer nak menunjuk-nunjuk
Biasa ler tuuuuu……..
Cantikkan kaler oren kepada sesiapa yang
nak memulakan hobi mengorkid
Kaler ini wajib ada dalam koleksi anda
Yang ini pula ada kisah yang tersendiri
Beli tahun bulan Disember 2010 tempat di
Padang Besar
Masa tu hari terakhir anak sulung
belajar di Perlis
Dijual lelong 4 pokok RM10.00
Masa beli tawakal banyak-banyak
Sebab pokoknya amat nazak rasa
Hanya ada 3 helai daun
Agaknya towkey tu nak campak dalam bakul
sampah
Cepat-cepat di lelong
Bela punya bela
Tanpa mengira penat dan lelah
Setiap minggu dibajai dan dibelai manja
Cewah macam menjaga anak waktu baby
Akhirnya berbunga juga
Berbaloi juga hasilnya tidak
mendugacitakan
Kuning + coklat my febret kaler
Sweet sangat
Cerianya hidup ini
Setangkai berkuntum-kuntum bunganya
Orkid Ini pulak ada kisah yang tak boleh
dilupakan sepanjang hayat
Terharu bila di kenangkan semula
Dibeli tahun 15/5/2010
Masa tu tepat pada jadi jadi teman
Kisahnya begini
Jalan-jalan cuci mata di satu nurseri di
sebelah bukit mertajam
Tengok punya tengok kalau tak membeli
memang boleh potong jari
Kena pulak hari tu tarikh hari jadi
Belek punya belek berkenan ler ke orkid
yang ini
Ntah macam mana kekasih yang sangat di
sayangi (suami ler saper ker lagi)
Bertanya kepada towkey nurseri tentang
harga orkid ni
Dengan tidak segan silunya memberitahu
Suami: Towkey hari ini besday isteri
saya bagilah diskaun
Towkey: betul kaaa? Tengok ic
Nak jadi bahan bukti ker hapa sikit
punya kedekut pait ker towkey ni
Padahal dah beratus engget dah aku
belanjakan kat nurseri dia
Nak tak nak dengan bangganya aku pun bg
ic
Towkey: aaa betut la….heppi besday 2 u
Kembang kembes idung aku
Towkey: tak pa la…angkat wa kasi lu rm10.00 sepasu
Terkejut teman teramat lah murah agaknya
kesian kat aku
yg duk melangut muka dia macam muka mat
sekupang
(Mat Sekupang ni saper yang asal dari
Kuala Kangsar saja yang kenei dia
Ceritanya kalau tak bagi sekupang dia
sanggup melangut pagi sampai petang)
masa mula-mula beli bunga nyer kecik jer
tahun 2011 dia mogok tak berbunga
walaupn sekuntum
tengok2 tahun 2012 kembang mak aiiiihh
sekuntumpun sebeso tapak tangan
agaknya subor kena angin ekon
bangga juga memilikinya
tak abes-abes nak riak lagi sekali
kalau tak teman nak membanggakan diri
sendiri saper lagi
bior ler kannnnnnn
Inipun kisah pembelian orkid tahun 2010
Tahun tu sakan teman mengabiskan duit
Tak cukup korek duit ASB, keluor pulak
duit tabung haji
Orang sibuk menabung teman mengorek tabung
Janji orkid yang dihajati mengisi ruang
hati
Orkid ni dibeli di satu nerseri Jalan
Kuala Kangsar, Ipoh, Perak
Jauh sopingnyer, kebetulan atau suratan
tak tau ler
Masa beli tu bawak bonda tercinta
bersama
Anak orkid jyer yang dibeli pada hari tu
Teringat lagi kisahnya
Bonda teman amatlah peramah macam
perangai anak nyer ler juga
Terkeluarlah ayat-ayat seperti berikut:
Bonda: Towkey kalau tanam agak-agak
berapa lama boleh bunga
Teman: Merungut dalam hati , Mak bonda
ingat tanam hari ini minggu depan bunga.Begitulah lebih kurang
Towkey: wa ingat 3-4 tahun baru munga
woooo
Dengan muka selamba badak mak bonda pun berkata pada teman
Bonda: Pah, kalau kamu mengandung anak
dah boleh berjalan baru okid berbunga
Nada tak sabar mak bonda dah terkeluar
Anakanda: Tak per mak, 5 tahun pun
sanggop tunggu, demer ni banyak akai
Dia tu (towkey) suruh kiter beli pokok
yang dah berbunga, cepat ler dia kaya
Teman bagi penerangan dengan nada
berbisik kat Bonda bagi dia paham
Memang beli anak orkid kena sabor
bebanyak
tapi kalau mati pun tak per tak ler
kiter sesei bebei sebab harga yang dibeli tak mahai
beli yang siap berbunga kalau
mati sepasu…mati putih larat nengok pasu sedangkan pokoknya dah kioq
bela punya bela tengok-tengok berbunga
pink purple kalernya
selalu tu melangut jer kat blog orang
meleleh ayor lior bila tengok orkid
jenis ni
sekarang dah tak perlu lagi melangut
dari blog ker blog
okid sendiri dah ada yang sebegini
Dulu
masa diusia remajaku
Memang
tak reti menanam pokok
Banyak kali buat percubaan menanam pokok
bunga
Selalunya mati kering gitu jer
Berbanding dengan adik perempuanku
Dia sangat-sangat terer menanam pokok
Cucuk jer ke dalam pasu insyaAllah
pokoknya mesti hidup
Teringat kata arwah opah dulu
Kalau kita rajin dan berusaha
Semuanya akan berjaya
Walaupun opah tak tau membaca
Tapi pengalamanya tentang erti rajin dan
berusaha
Dalam apa juga perkarapun
Membuat aku tidak kenal erti putus asa
Kalau arwah opahku masih hidup
Dia mesti berbangga kerana cucunya
Yang telah punya hobi menanam pokok
bunga
Berjaya juga cucunya
Membungakan orkid-orkidnya
Sebenarnya hari ini aku rindu pada arwah
opah
Yang dah lama menginggalkan aku
Al-Fatihah untuknya…. Aminnnnnnnnnnnnnn.