Thursday, May 17, 2012

Rabu 15/5/2012 @ 09:00 pagi

Masa mengambil suami untuk pergi sarapan pukul 9:00 pagi 
diberikan satu beg plastik oleh En. Suami
siap dengan besday kad lagi
syiok giler ler si isteri
sepanjang pagi tu  senyum meleret sampai telinga
dan dan cakap i luv u 

pandai pula en suami ni membalut hadiah
agaknya dia memerhatikan aku membalut hadiah kot
itu pasai pembalut ni berlipat-lipat dan kerkeremut-remut jadinya
itu yang dikatakan seni membalut hadiah..hehehehehe
selalunya dia lipat kotak kertas A4 tapi hari ini
dia melipat kertas membalut hadiah
beginilah bentuknya
kira ok juga la kannnnnnn


suspen jer bila nak buka 
tau jer la bila terpandang kotak A4 
kan aku dah tulis tadi 
wajib tengok
dari kotak penutup bahagian atas kotak A4

berselirat di gam dengan loytape
macam tak bagi orang bukak
sabor jer lah aku ni

 yang ini pulak di bahagian bawak kotak
oreg kaler yeop
mentang-mentang ler 
si isteri peminat setia oreng

bila dah terbuka OMG 
terkejut beno wehhhhh
rasa nak luruh jantung
moh  kita tengok apa isinya

sepasang kain bercorak orkid
OMG lagi (dua kali dah)
dah lama berhajat nak kan baju bercorak orkid
kan aku peminat tegar orkid
mesti en suami pusing satu parit buntar mencari corak orkid
ini mesti dia beli kat kedai Pak Andak
sebab kalau membeli  kain 
warna ni ler yang Pak Andak pilih untuk aku
bab kotak hadiah dah setel
moh kiter tengok kad hadijadi pulak
ishhh dah tua-tua pun excited nak buka kad harijadi
setahun sekali tak ngaper kan yob
umo jangan kigher weh yang penting 
tanda ingatan suami kat kiter
idok ker gitu
moh kiter nengok
warna pink sampulnya 
ala-ala ladylike gitu wehhhhh
rasa balik remaja pulak 
 (penuh perasan ler pulak macam orang lain tak peghonah dapat besday kad)
syiok bebeno bila bukak-bukak-bukak
tu dia eihhhhh ada gambor bunga rose pink juga
abeh hati teman
tertera pulak perkataan WIFE
tak tentu hala teman
kembang kempes hidung 
nak teroyak pun ada
(teroyak tu cakap orang kuala kangsar sama maknanya dengan menangis dalam bahasa malaysia)
kiter boh tahap medum gambor nyer
nak riak ler tuhhhh...sesekali tak per kot
tanda menghargai pemberian suami

lepas tu boh pulak gambor nie kat profail pada muka buku
heheheheh konon ngakmengabor ke seluruh dunia 
saja nak nunjuk ker bekas boipren nak bagi dia jeles 
betapa suami aku cinta kat aku
macam ler dia sorang ada isteri orang lain tak mandang
siap diletakkan dengan sekeping lirik  lagu 
   Celine Dion dengan lagu Because U Love Me
mmgpun aku mcm tu selalu sebut i lov u kira sesueiiii lah ngan lagu tu


 dan yang paling tak ternilai adalah perkataan ini
siap ada tandatangan lagi
tertera perkataan SUAMIMU
yang ni buat aku sungguh terharu-biru
sampai meleleh-leleh air mata
gumbira sangat

kalau ada orang yang tak suka kat aku
sah dia getik nengok
(getik ni cakap orang kuala kangsar maknanya benci teramat  atau benci selama-lamanya)
saja jer aku buat macam ni
bukan apa 
sebagai tanda menghargai
pemberian suami
tak salahkan
untuk suami tercayangku
kan kata orang kasih sayang tu kena diucapkan 
BECOUSE YOU LOVE ME
&
I LOVE YOU
In English Bebbbbb...!
dah upgrade sikit ilmu aku
(Prasan lebih)
kerana hari ni aku tetiba menuliskan beberapa perkataan in english ler pulak
ngapa tak tulis dalam bahasa
jawapan mudah 
yang mampu aku beri 
kerana perkataan tu jer pun yang aku tauuuuuupun
kalau aku rajin 
nanti kita sambung apa cerita 15/5/2012 @ 4:00 petang




0 comments:

Post a Comment