Tuesday, April 24, 2012

Koleksi terbaru dari Nurseri Kg. Kedah


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan terus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
kadang kuberpikir cari penggantimu

saat kau jauh disana
yang kat atas tadi  tu
 lirik lagu aisheteru
macam faham perasaan makcik
masa dia nak buat lirik lagu ni
dia ada tanya kat makcik
setuju ker ngan liriknya
setelah perbincangan dibuat dia setuju
akhirnya lahirlah lagu Aishiteru
tak caya?..... terpulangkan
makcik citer jer
tak suruh percaya punnnnn
alkisahnya 
lagu tu sebenarnya
ada kene mengena dengan makcik 
kira sewaktu dengannya jugalah
kira perasaan yang menyanyi lagu tu
macam tu jugalah makcik
dah tak lalu
 nunggu hoya yang kat rumah
yang entah bila nak berbunga
seperti mana biasa nurseri Kg Kedah di singgahi
tertarik pada pandangan pertama
lalu jatuh cinta pada  hoya yang gambarnya
tertera seperi dibawah ini
esok-esok bila kembang bunganya
mesti comel
sewarna pulak dengan rona lipstik yang makcik selalu guna
merah gitu awwwwwww...!



seperti biasa studio gambar makcik 
tempatnya di pintu pagar 
gantung elok-elok kat situ
 rasanya tempat paling stategik
kerana banyak cahaya masuk
konon nak bagi gambar cun
iyer ler kamera cap ayam
jadiler kannn 
dah banyak jasa kamera ni pada tuannya
berbaloi-baloi memiliki digital sony
pembelian atas  ikhsan en suami
itupun dah puas menggoda
bila pembelian ditangguhkan
atas alasan
seperti biasa
tahap akauan kewangan tidak membenarkan
pas tu jawapannya
makcik siap merajok 
mogok tak masak seminggu
ini lah hasilnya
ok juga yer...
perasan ler pulak

 selepas tu makcik ubah pulak kat tepi pagar
saja nak snap bentuk buah pinggang
kat bahagian atas ada sepasang
ada urat-urat lagi

  kat bawah ini ada lagi sebiji
tak penah lagi tengok hoya jenis ni
macam kepompong
teringat dulu anak sulung di tadika
masa tu unur dia 5 tahun
dia selalu nyanyi
dari ulat jadi kepompong
tidur lena dalam kelongsong
tiba masa kelongsong
 pecah pongngggggggggg
(siap buat sign jari  lagi dari kuncup jadi kembang
menandakan kepompong tu pecah)
sambung balik rangkap seterusnya
terbang jadi rama-rama yang indah
sekarang anak makcik dah dewasa
dah berusia 22 tahun
ibunya dah lanjut usia
ubanpun dah penuh atas kepala
cepatnya masa berlalu
tapi lagu ni masih segar dari ingatan makcik
tu lah penyebab utama 
kenapa hoya ini
menjadi pilihan hati
kerana ada nostalgianya
tang kepompongnya tu lerrrr......
sebenarnya makcik rindu kat anak sulung
sekarang dah jauh dimata
bila ditanya kenapa lama tak call ibu
katanya
abglong sibukkkkkkkkkk sgt  ibu
iyer lah dia seorang saja yang sibuk
orang lain tak
tambah nak lagi menyakinkan ibunya
ayat ini selalu terucap
exsiment banyak tak siap lagi
presentation pensyarah reject 
kelas malam lagi test lagi & blaaa blaaaaaaa blaaaaaaa
lepas tu dengan nada penuh pengharapan
selalunya ini ayat penutup sebelum salam
exam semester dua nanti
ibu doakan yang terbaik untuk abglong yer
emmmmmmmmmmmm
tak ibu saper lagi nak doakan
kejayaan kamu 
wahai anak lelaki  sulungku
sesungguhnya
ibu selalu doakan yang terbaik untuk kamu
ishhhhhhh jauhnya tersasar dari cerita asal
dah lari tajuk nihhhhh...!

 siap snap harga lagi
nampak tak
sepasu hanya RM10.00
harga yang sangat mampu makcik miliki

 orang kata tika kita suka sesuatu benda tu
sebolehnya carilah dan penuhilah apa yang kita inginkan
tapi kena ikut logik akal lah juga
selain dari itu hendaklah diukur 
setahap dengan kemampuan yang kita ada
setelah memiliknya 
kita akan rasa sangat gembira
 kerana ianya  telah memenuhi hasrat dan impian
menjadikannya tambahan lagi satu kepada  koleksi  yang sedia ada
selagi tidak mendapatkannya
fikiran sangat-sangat stress
selagi tidak memlikinya
dan
itulah  perangai makcik yang sebenarnya


0 comments:

Post a Comment