Monday, April 2, 2012

Kisah Mini Orkid Kesayanganku

Ahad semalam bercadang untuk membaja orkid
tetapi atas sebab-sebab keselamatan 
dari berperang mulut 
dengan jiran sebelah aku mengalah
hanya sempat menyiram pokok sahaja
suaminya asyik duduk diluar rumah
agaknya membaiki keretanya yang rosak
itu kes tak serasi dengan jiran 2nd wife
sedang asyik membelai pokok orkid
en suami tercayang saya
memberi tahu
"saja nak rezki orkid nie dapat balik
ehhhh  kenapa...? aku bertanya balik
hairan juga ada orang mencuri orkid mini aku ker
naper bang...
tadi Si Kakak beri tahu 
anak si polan sipolan (dibawah akta kejiranan nama dirahsiakan) tu ambik orkid
dah curi lepas tu dia tak jadi tanam
campaknya dalam sawah
pinjam penyauk ikan Si Din untuk tangguk orkid yang terkapai dalam sawah
nasib baik dapat balik
dah buh balik dalam pasu asal
gerammmmm beno ngan budak ni
nak ambik yang kat luor tu tak per la
ni berani ambik yang dalam rumah
melampauuuuu ....."
dengan nada geram en suami aku membebel
memang aku nak menambah
tapi takut tekanan darah suami lagi naik lagi tinggi
aku mendiamkan diri
bukan kerana apa
Terharu juga aku dengan 
keperihatinannya terhadap hobi cik isteri
rasa nak terkeluar air mata
tak sangka sanggup dia
 mengembalikan orkid ke tempat asal
ingatkan selama hari ni 
dia tak menghiraukan hobi aku
sesungguhnya 
Budak ni dah lama aku geram
kalau kita bagi nasihat
 jenis tak makan dek saman
 tapi memandangkan hidup berjiran 
aku beristigfar banyak-banyak
ikut hati panas
dah lama aku debik jer palanya
tak tau  ler 
mini orkid aku nie
dah semalaman terendam bermandikan air sawah
nak membesorkan orkid mini
berbulan-bulan lamanya
boleh hidup atau ke syurga
itulah antara dua jawapannya 
 moga aku ditambahkan setakuk lagi 
tahap kesabaran dalam menjaga orkid
patutlah ada peribahasa mengatakan
sayang anak tangan-tangankan
kalau tidak ditangan-tangankan
anak membesar tidak tau
untuk menilai hak orang atau hak sendiri 
kalau tidak ditangani sedari  sekecil
dah besar esok boleh mencuri


0 comments:

Post a Comment