Thursday, March 29, 2012

Hobi Menjahit Dah Bermula

Minggu ini sungguh membosankan
kerana orkid tak ada sekuntumpun berbunga
itulah akibatnya bila malas membaja
orkidpun pandai menunjuk perasaan
mogok tak produktif untuk berbunga
sempena dua hari cuti  sabtu dan ahad di hujung minggu
kerja yang dibuat membelek-belek kain 
hobi menjahit baju dah bermula
cadangnya untuk dipakai
 pada hari raya Aidilfitri bulan Ogos nanti
kata dek anak bongsu
siap jahit
April semestinya ibu pakai
mana adik tau....aku bertanya
adik taulah, kan ini ibu adik
hehehehe terkedu aku 
faham benar si anak tentang perangai ibunya
dah siap baju berjahit
tak dernya sabor nak simpan baju dalam almari
mesti di pakai
kain-kain ni aku borong masa bercuti di Kelantan 
awal bulan Januari lalu
melihat tersalut pada patung 
yang terdapat di Wakaqf Che Yeh
kain cotton polkadot oren
sangatlah murah 4 pasang RM100.00
ini pula untuk dipakai pada pagi hari raya
warna hijau
sedondon dengan warna baju melayu suami dan anak-anak
 corak jalur-jalur  orang kata
boleh boleh menyorokkan badan yang berisi 
agar nampak  kurus sikit 
kata aku
dah gemok nak sorok macam mana lagi iyer tak
terimalah seadanya
kata suami
janji tak der penyakit
cayalah suamiku
I  LUV U

 ini pulak pilihan aku 
masa tengah kalut membeli
ternampak  ada pink kaler sweet sangat
dah bawa balik rumah
 kelabu asap warnanya
sah rambang mata masa membuat pilihan
maklum  masa membeli waktu malam
badan pula dah penat kerana dah berjalan jauh
beratus batu jaraknya
 dengan harapan dah jadi baju cunnnnnn
apa lagi nak di kata

tak lupa untuk bonda tercinta
terpilih warna biru
lupa yang bondaku
warna kesukaan kuning
harap-harap bonda sudi menerima
warna pilihan anakanda
sekali pakai lepas tu sah dia gantung dalam almari
tengok
 plastik pun tak buka lagi


ini pula untuk adik perempuan bongsu 
tak tau lah suka atau tidak
baju kurung dia pakai pada pagi hari raya
 menghadiri kenduri kahwin
atau menziahari kematian sahaja
hari-hari lain adik aku ini
selesa dengan jean dan blouse
walaupun dah ada anak dua
 masih bergaya seperti anak dara
tersama pulak corak dengan kain pilihan aku tadi
weyyyyy...macam mana boleh terbeli yang seakan-akan sama
mari kita perhatikan betul-betul
kot-kotlah ada perbezaannya
adalahhhhh...!
sama cuma pada corak 
warna berbeza
kain aku kaler pink
yang adik aku punyer kaler kuning
walaupun corak yang sama
tak apalah 
akan dipastikan
tidak  dipakai pada hari  dan  sewaktu yang seangkatan dengannya

polkadot pink 
dipilih khas untuk Azmina anak sulung adik aku
Pink dan Azmina
hanya maut yang boleh memisahkkan
dapat baju  warna pink
sehari suntuk sanggup tak tukar pakaian
esok dari hujung rambut sampai hujung kaki pink
dah tau ribut maknya nanti mencari aksesori sama warna
selagi tak dapat  
kalau disukat muncung mulut  boleh mencecah setengah  meter
itulah perangai aku dan adikku yang itu
masa kecil-kecil dulu
dah tua sampai sekarang pun perangai kami masih  sama
kemana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi
kalau  arwah bapa masih hidup
 mesti itu peribahasanya

 aku juga tak nak mengalah
suami bersetuju dengan pilihan hatiku
merah sangatlah Kak Pah
pun tak apalah
teringat pada baris-barisnya
lagu patriotik beb
merah membara semangat waja
putihmu bersih budi pekerti
warna dulu kini dan selamanya
hanya yang tahu slogan ini sahaja 
memahami maksud yang tersirat
 
semangat menjahit dah bermula 
akupun buka mesin jahit
semangat dah membuak tak terkira
mesin jahit yang aku beli 10 tahun yang lalu
setahun dah tak berjaga
akibat
 hobi mengorkid mengatasi segala-galanya
bila on switch
tiba-tiba
 lain macam jer bunyi
macam dah tak berdaya
tengok-tengok talinya dah terputus dua
kecewa tak terkata


konon nak tunjuk terer repair sendiri
cari skrew  dan buka sana sini
macam tikus baik labu
apapun tak jadi
kena beli  tali yang lain

 aktiviti menjahit terkantoi minggu ini
akhirnya dua hari cuti duk melepak depan tv
sambung pula sabtu dan ahad minggu depan
hari ini dah jumaat 
esok dah sabtu
eyyyyy.........! menjahit ler pulak
selain dari mempunyai hobi mengumpul orkid
seronok  pula ada hobi menjahit
nak upah baju tak payah keluar duit
bukan sahaja menjimatkan
tapi boleh menjahit 
ikut baju ukur badan sendiri.

0 comments:

Post a Comment