Thursday, March 1, 2012

Sesi Sembang-Sembang Pukul Empat Petang

Dah berbulan Abg Man
best friend forever ini memberitahu
Bulan Tiga nak pergi ke Parit Buntar
tarikhnya 7 March 2012
masa tu masih terasa
Lambat lagi
Dah masuk bulan Tiga
tangan ni secara tiba-tiba
gatal pulak suka nak mengesahkan kedatangan
menaip pula lalu bertanya
jadi tak datang sini

tetiba jawapan sms pendek sahaja
hanya empat huruf
jadi
lagi tekejut beruk teman
bila jawapan smsnya menyusul kemudian
dari 4 huruf bertambah jadi begini
1/3/2012 nak singgah di rumah
bila tengok kalender hari Khamis
hari inilah..........
tengah bekerja bebbbbb
waktu pejabat pulak tu
ishhhh...ishhhhhhh
sabauuuu jer lah

tunggu punya tunggu senyap jer dia
tidak diberitahu pukul berapa nak sampai
hangin satu badan ler juga menunggu
bila En Suami duk bising jadi atau tidak
nak singgah dirumah
dan masanya pukul berapa
biasalah en suami sebelum datang
dia tanya jadi atau tidak datang
bila orang tu dah confirmkan datang
dia tanya pulak pukul berapa nak tiba
boleh naik darah dibuatnya
dengan soalan bertalu-talu
manalah isterinya tahu atau
bukan boleh diteropong-teropong
orang yang dalam perjalanan
ataupun
dekat mana lokasi terkini
walaupun zaman sekarang orang guna
alatan hanfon canggih sms, mms
tak kan kita nak tanya orang sepuluh kali
ada ketika bila tanya banyak kali
orang malas nak jawab
perangai tersebunyi orang kita tak tahu

pukul 3:45 petang
si sahabat menelefon memberitahu
sudah berada di Parit Buntar
time pejabat big bro
macam mana nak keluar nie alahaiiiiii....
dah 10 tahun bertukar pendapat
mengutuk rapat
bab kata mengata
dah tak terkira
ikut nasiblah, tak kuat alasannya
tak aku, dia yang jadi mangsa
masa aku kehilangan anak 10 tahun dulu
dialah salah seorang sahabat yang buat aku tersedar
dan menerima hakikat yang anak ke dua aku dah tak ada
tangkap syahdu ler pulak..dah berlinang air mata di pipi

namun tiada kesempatan untuk bersua
kali ini mesti jadi
bukan apa di masa akan datang
bercadang untuk bercuti ke negeri Johor
paling tidaknya ada kawan nak jadi penunjuk arah disana
kata en suami berkawan biar beribu
dan musuh jangan di cari
dah jauh lari ceritanya...tak habis-habis nak mengarut

sendiri mau tau menunggu
memang membosankan
terus call en suami ajak pergi
tempat temujanji seperti biasa
Di Persimpangan masuk ke Parit Buntar
Bulatan Durian adaalah titik pertemuan
bila cari tak ada...dah la cuaca panas
sistem hawadingin kereta pulak tak berfungsi dengan baik
dan tahap kesabaran en suami mula nak naik
cari punya cari dia tunggu kat tempat lain
elok jer duk ceria bergelak ketawa
cool jer tunggu depan kedai motor
tadi cakap depan Sekolah Cina Nam Hwa
cakap tak serupa bikin betul

Nasib baik kenal kereta
Kia Sorento berwarna hitam
5 orang semuanya
dah sahlah group ini lah yang nak singgah di rumah
bersalamanlah en suami dengan geng ni
terus ajak pergi rumah
kata mereka nak teruskan perjalanan ke Alor Star
ada program keluarga angkat bersama rakyat
dah tugaspun pun wakil rakyat
maka bersama rakyatlah tempatnya
memang itulah tugas meraka

jam dah pukul 4 petang
tiada tempat lain untuk acara minum petang
terus menuju bambo in untuk
sesi sembang-sembang
kalau lah ada orang nampak
naya...time kerja boleh menculas

dah terjumpa dengan orang politik
en suami apa lagi tersusun rapi pulak ayatnya
siap bagi pandangan pulak
ewahhhhh...masuk kandang kerbau menguak
masuk kandang kambing mengembek
peribahasa lama patut jadi ikutan
dah dia pulak macam wakil rakyat
sakan bercerita
yang kita menganga mulut
bab politik tak tau sangat
cuba buka bab orkid tau lah nak mencelah

Abg Man dengan kisah politiknya
pantang orang buat lawak
ketawa terbahak-bahak
kuat gelak rupanya
ngam demer berdua weh
aku pulak duk layan
Dato' Z dengan cerita resepi masakan orang nogori
penin kepala teman nak paham slang
pekat bebeno
akhirnya dah tak tahan nak translet bahasanya
aku kata
pekat beno slang nogori Dato' Z tak baper nak paham
dia jawab balik
tak per sekali tak paham, tanya
dua kali jawab paham ler
lepas tu bolehlah ingat
senang nyer dia jawab muka selamba
toya betul dia niiii,,,,ketuk pala kang abes gugur semua rambut

order kuih tempatan aku menom nescafe ais sahaja
sebab perut masih kenyang n tengah diet sakan kononnya la
deper duk order ais kacang
aku yg dok promot sebab ais kacang kat sini memang special
sedap hingga tak terkata
lepas tu en suami mula buat perangai
ajaknya bergambar dengan YB dua orang nei
ishhhhhh,,,,tak abes2 mesti nak letak kt FB
demer berdua pulak sporting abes
jom-jommmm dpt pulak sokongan dari gengnyer
apa lagi sakan demer bergambor


sayang en jurugambar shoot gambar tak berapa clear
jadilah dari tak der langsung
barulah terperasan dan llihatlah perbezaan
tingginya en suamiku
dan begitu rendahnya aku
paras bahu dia jer isterinya
tapi cinta tak kenal siapa kannnnn
En Suami inilah segala-galanya bagi aku
kalau tanpa dia
tak adalah
Sesi Sembang-Sembang Pukul Empat Petang

0 comments:

Post a Comment