Tuesday, March 13, 2012

Kuning Orkid Dan Pengaruhnya Kepada Kita

Sabtu 10/3/2012
kami sekeluarga menjengok pameran orkid di Taiping Central
Seronok kerana dapat beramah mesra dengan Orkid D Dangau dan rakan-rakannya
kira-kira hapening jugalah pertemuan pada hari itu
Macam-macam petua yang telah diberikan
dapatlah menambah pengetahuan tentang penjagaan orkid
kali ini tidak banyak membeli
Sekarang
dalam membeli orkid dah berhemah sikit
kerana
tempat kat rumah dah tak ada nak letak pasu baru
seperti biasa untuk dijadikan
kenang-kenangan membeli juga sepasu dua
kali ini entah kenapa hati begitu tertarik
dengan koleksi yang berwarna kuning
terperasan bila dah sampai rumah
ehhhhh semua kuning
Ishhhh- ishhhhhh
sekarang mari kita tengok
apa yang seringkali dikaitkan dengan warna kuning
kata orang yang lebih ariff tentang warna
(jenoh menggoggle internet mencari maksud warna kuning)
mari kita baca
kuning sering dikaitkan dengan warna matahari
sifatnya yang memberikan manafaat kepada kehidupan yang lain
macam kitalah kalaupun tak kepada orang lain
kepada siapa lagi keluarga tercinta
betul tak?
paling tidak memiliki orkid berwarna kuning
menambahkan koleksi secara tidak lansung
menjadi kepuasan kepada diri sendiri

Kuning memberi pesanan
tanda penghargaan atau perasaan sayang
yang tidak bersifat romantik kepada seseorang
ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan
sebagai contoh sebagai tanda persahabatan
Untie Penjual Orkid dari Nurseri Bukit Canggang
telah telah mencadangkan supaya Makcik memilih orkid ini
untuk ditambah dalam koleksi
senang berbunga dan tidak sudah untuk menjaga
Kuning juga meransang minda dan menarik perhatian
ianya menekankan kepada perasaan bahagia dan sedikit keanak-anakan
menandakan jika kita suka kuning
menunjukkan sifat seorang
yang periang dan senang bergaul, mempunyai semangat yang tinggi
sentiasa ceria, mengamalkan sikap suka bantu membantu
dan mampu menghadapi cabaran dalam hidup

Kuning juga melambangkan kegembiraan
peminat kuning selalunya mempunyai cita-cita setinggi langit
selagi tidak mendapat harga yang sepatutnya
sanggup berdiri setengah jam sampai kering air liur
dah tak tau nak bersembang bab apa
akhirnya towkey tu jemu dengan karenah kita
diapun kata
angkat laaaa......
dah dapat
siapa tak gembira
walaupun dah agak kelayuan namun disudut hati tetap dengan kepuasan
sebab dah lama duk intai warna dan bentuk yang sebegini

Kuning juga mengambarkan sikap spontan dan bijak berkomunikasi
serta aktif di dalam apa juga aktiviti yang disertai
dimana juga pameran orkid mesti kita rajin untuk menjejaki
warna kuning juga
paling akrab dalam mewujudkan
persekitaran yang bersemangat dan selalu menggetarkan jiwa bila melihatnya
merupakan simbol kemakmuran, kemewahan dan keanggunan

Tetapi
ada juga yang mengatakan warna kuning warna yang memaksa
terpulang kepada diri sendiri untuk mentafsirkan warna tersebut
dan pengaruhnya kepada kita
kerana diri kita sendiri yang menentukan
apa yang ingin kita miliki
apa yang kita ingini
tak gitu kawan-kawan.

0 comments:

Post a Comment