Wednesday, February 29, 2012

Hanya Gambar Jua Sebagai Tanda Mata Dan Kenangan

Hari ini genap 18 tahun usia anak ke duaku
tarikh lahirnya 01 hb March 1994
Dilahirkan di Hospital Besar Ipoh
dengan berat 3 kg
waktu kelahiran
kira-kira 6:20 pagi
puas mencari surat kelahiran entah dimana tersorok
dijumpai hanya kad rawatan klinik
sebagai bahan bukti


suami telah memilih untuk dinamakan dengan
Muhamad Syafiq Ihsan
bermaksud
Hamba Allah Yang Di Kasih dan Dikasihani
bersesuaian dan amat tepat dengan nama anak ke duaku ini
sepanjang hayatnya
anakku ini sentiasa disayangi
mungkin kerana wajahnya tidak pernah
lekang dengan senyuman
dan matanya yang sentiasa bersinar
dengan lirikan mata yang amat menggoda
itulah kelebihan anak ke duaku
indahnya kenangan bersamanya


Keluarga ini lah yang telah mengasuh dan
Kak Sal dan Pakcik Man
membesarkan anakku sehingga berusian 9 tahun
Di Kg Tersusun Tasek
kemudiannya kami berpindah ke Pulau Pinang
Jasa mereka membesar ke tiga-tiga anakku
hanya Tuhan yang dalam membalas

dirumah inilah tersimpan 1000 kenangan terindah
sukar untuk aku padamkan dari ingatan


masih terbayang hangat ciuman tanda sayangnya yang tidak
terhingga ketika aku menghantar dan
mengambilnya pulang
dari rumah pengasuh
anakku ini amat suka bila diriba terutama ayahnya
inilah kenangan semasa berhari raya
merah juga warna kegemarannya
tersenyum lebar apabila dia dipakaikan dengan baju merah menyala
tersenyum girang bila berhadapan dengan camera
ceria disamping kelurga tercinta
dan juga sepupu-sepupu di pagi hari raya
empat lelaki dan satu perempuan
disaat ini mak hanya punya cucu lima semuanya
Ayah sibuk mengatur supaya berdiri pula


ini pula gambar bersama atuk noh kesayangnya
sangat rapat mereka berdua

mereka telah pergi untuk selamanya
hari ini hanya tinggal gambar
sebangai tanda mata dan kenangan
kami semua amat amat merindui kenangan bersama
Al-Fatihah untuk mereka berdua.

0 comments:

Post a Comment