Thursday, February 23, 2012

Aktiviti Di Hari Minggu

Dalam seminggu ada tujuh hari
hari yang ke tujuh
pagi Ahad amat dinanti
kerana pada hari inilah
untuk Makcik beriadah
bersama orkid-orkid kesayangan
minggu ini
projek menggantungkan
orkid pada besi
ada 4 batang
ini hadiah paksa rela dari
tukang yang buat bumbung ari tu

Selepas balik dari pasar
jangan terkejut bukan tugas Makcik ke pasar
itu acara wajib suamiku
sejak dari mula-mula berkahwin 22 tahun dahulu
sehinggalah ke hari ini
ke pasar sudah menjadi darah dagingnya

Hari ini
satu sejarah telah tercatat
di dalam blog Orchid Harmony
kerana
En. Suamiku berkesanggupan untuk membantu
dalam hati risau juga
berbakat atau tidak, dia bertukang
positifkan hati yang dia
boleh melakukan
orang letak besi paip air
kita letak besi tingkap
benda percuma tak kan nak tolak
tak kiralah janji pasuan orkid yang berselerakan
boleh tersusun rapi mengikut jenis-jenisnya

Langkah pertama
berdiri di atas kerusi dan mencari lokasi strategik untuk memasang besi tingkap
dengan tukul ditangan kanan
baik-baik yop kang terpaku tangan ke hospital kiter

Ishhhh-ishhhhh boleh tersenyum lebor pulak berdiri kat situ
senyum tak perlu kata apa..senyummmmmmmmm
Encik Suami kiter nie nak bertukang ker nak senyum
take ur time
speaking London pulak
terkeluarnya ayat spontan cam gitu
adalah disebabkan darah makcik dah naik tinggi
dah mula nak marah

tanda nak menyuruh Pakciknya
mencepatkan kerja
tapi takkan nak arah-arah pulak
tak baik isteri meninggikan suara pada suami
berdosa hukumnya
sabarlah Shafaridah
dia kan suami tercinta Makcik
tak apalah
janji projek kita siap hari ini juga
sebelum pukul 12:00 tengahari
lepas tu nak masak

Ketuk punya ketuk
akhirnya siap juga
agenda ke dua pula bermula
proses pemindahan pokok catesetum
taklah banyak sangat koleksi jenis ini
ada 12 pasu sahaja
nanti boleh tambah lagi
alkisahnya pula
laluan ini betul-betul didepan pintu nak masuk rumah
salah adjust boleh kena kepala
kebetulan di bawah pasu yang tergantung
tempat anak bongsu parking basikalnya
bila sedar nanti,mesti bising mulutnya
seperti biasa jawapan spontan akan keluar dari mulut ialah
esok-esok kalau adik ada rumah sendiri
buat ikut suka
ini rumah ibu, adik jangan cakap banyak
lazer tak mulut Makcik?
ayat-ayat biasa jer kannnnn...!
bernanah telinga?
pergi jumpa Dokter periksa nnti melarat
ehhhh melalut-lalut pula Makcik
Jom kita tengok balik apa dah jadi dengan
hasil kerja orang yang tak bertauliah tadi

Bila dah siap
alahaiiiiiii gantungan pasu Makcik masih tak sama juga
ikut susunan prosidur ISO gagal
tengok dan nilaikanlah sendiri
saksikan...........

Agenda ke 3
mari kita membaja
gunakalah baja b'green
dengan harapan orkid lebih banyak berbunga InsyaAllah
B'green ni Makcik minta tolong En Saiful rakan FB yang tolong belikan
Jasamu tetap di kenang
cuba jangan tak cuba
dah jadi esok lusa
kita buat promosi besar-besaran

bila buka
serbuk rupanya


minggu ini
ada pembantu sukarela nak menolong
anak jiran sebelah
mula-mula pindah
masih memakai pampers
masih menghisap puting kosong
bercakap pun tak reti
sampai ke hari ini Makcik masih ingat lagi
perkataan yang dia biasa guna untuk menegur
setiap pagi
bila Makcik nak pergi kerja
budak baru nak belajar bercakap
katanya
"Ciiiik Pah aner"
(Bermaksud Makcik Pah nak pergi mana)
suka sangat dengar sebutannya
maklumlah Makcik tak der anak perempuan
dengan adanya dia ni tinggal disebelah rumah
terasalah juga kita ada anak perempuan
walaupun bukan anak sendiri
dapat meminjam sekejap anak dara orang
jadilah kannnnnnn....
Makcik panggil nama pendek jer
NA inilah dia


berbaju t-biru dibelakang Na
sepupu dia Along
kali pertama singgah di laman Orkhid Harmony
turut sama memberi khidmad bakti
berebut-rebut nak membantu
sampai tertumpah baja Makcik
sebelum Makcik naik darah
kutip cepat-cepat baja yang berterabur
takut-takut nanti kamu pulak yang Makcik jadikan baja
dengan rasa bersalah Na cepat minta izin
nak balik rumah
dah penat agaknya
takpun takut maknya marah
buat kerja tanpa izin
jangan lupa ya anak-anak
dalam apa juga perkara yang kita lakukan
restu mak ayah amatlah diperlukan


Buat dua orang kanak-kanak
Makcik rekrutkan kamu supaya
mengenal dunia orkid sebelum kamu masuk tadika
jasa baik kamu berdua pada hari minggu ini
Makcik ucapkan banyak-banyak
ribuan terima kasih

tak apalah orang kata
kalau hendak melentur buluh
biarlah dari rebung
kalau dah tua baru nak mengenal Dunia Orkid
Makciklah orangnya.





0 comments:

Post a Comment