Dah dua minggu porch tempat Makcik mengantungkan pasuan orkid berubah wajah
bahagian tempat parking kereta dikekalkan dengan bumbung asal
manakala tempat orkid telah ditukarkan bumbung yang lebih cerah
untuk apa?...
macam lagu ratu jazz kita Sheila Majid
Sinaran mentari menyinari
Bagi Makcik untuk apa lagi
menyinari orkid-orkid di rumah Makciklah
mana tahu esok lusa semua orkid-orkid Makcik berbunga
Bayaangkankanlah
kalau hidup ini tanpa cahaya
meraba-raba kita dalam kegelapan
ieyyyy tak sanggup Makcik
berbalik kepada kisahnya tentang orkid
bab cahaya yerrr....
Nak bagi senang ingat formula pencahayaan orkid
50% cahaya matahari & 50% teduhan
Bincang punya bincang En Suami telah mendapatkan
khidmad kawannya dengan harga RM1,000
dah siap baru terasa mahal
En. Suami kata nak murah, buat sendiri
masalahnya isterimu ini tiada kemahiran dibidang pertukangan
semasa Proses penukaran bumbung, Makcik tiada di rumah
masa tu berjalan-jalan ke Tengganu & Kelantan
taklah berpuas hati sangat
kerana
diletakkan net hanya dibahagian tengah
Inilah hasilnya
Bahagian ini tanpa net
hancur luluh perasaanku
apa nak dikato benda dah terpasang
takkan nak buka semula
kos lagi tu
akaun kena jaga, banyak lagi nak guna duit
March, April, Jun sampai Disember
banyak lagi bulannya
cahaya matahari secara terus disini
letak orkid di ruangan seperti dibawah ini
adalah disahkan benar orkidku mati kelayuan
Pengajarannya
disebalik porch berubah wajah
dimasa akan datang
nak buat apa-apa perubahan, tuan rumah mesti menentukan
apa yang dihajati
bukan menyerahkan sebulat kepercayaan kepada si pembuat
aduhai hati redha jerlah dengan apa yang telah terjadi
mungkin ada hikmah tersembunyi yang Makcik tidak nampak pada hari ini.
0 comments:
Post a Comment