Wednesday, February 29, 2012

Pengalaman Mencari Orkid Pada 25 Februari 2012 Part 1

Minggu ini Makcik pergi ke Alor Setar
Nak melihat Nurseri Mohd Anuar Abd Halim
yang duk kat Alor Mengkudu
Bertolak dari rumah pukul 10:30 pagi
sampai dah tengahari
diajaknya pergi mandi katanya dekat lata

dah lama tak mandi sungai mesti seronok
sampai saja di kawasan air terjun

Nazri dengan sebilah parang
hilang entah kemana
agaknya merisik orkid liar yang ada disitu
Alin dengan Mislifa pun sama
baru 2-3minit mencari dah terjerit-jerit
proses mengumpul orkid dah bermula
Makcik, En. Suami, Rafiq, Anuar & Muhamad
kami dengan acara kami
apa-apapun makan dulu
juadah pada hari ini
sup tulang, sambal udang + petai, ikan goring
ikan masin, sambal tempoyak & ayam masak kicap
dah lapar selera jangan cerita bertambah-tambah makan
dah kenyang nanti baru acara yang lain pula
Setelah kekenyangan kami mengatur langkah
mendaki bukit disebelah air terjun
mencungap jugalah
tapi kerana dengan niat untuk mengutip orkid sendiri
perjalanan diteruskan

Ternampak juga orkid leonis melekat pada pokok

Seolah-seolah sedia menyambut kedatangan kami

Oooo macam ini kedudukannya pada habitat asal

Kalau sempat nanti boleh ambil

Berangkai-rangkai orkid bulbo

Tersangatlah banyak, teruja sangat

Kemudian kami meranduk ke dalam anak sungai

Menyusuri pula tepian sungai

Bila melangut ke atas

Yahooooo……orkid hidup subur di dedahan pokok

Kait yong jangan tak kait

Turunkan sedahan orkid kat bumi

Puaslah mengait

Memang betul orang kata

Apabila melakukan sesuatu mesti ada pengalaman

Hanya berbekalkan kesungguhan tanpa pengalaman

Dapat penat jer lahhh

Orkid tak leh jatuh

Tapi okey lah juga

Sekurang-kurangnya mencuba

Dapatlah juga pengalaman

Redah punya redah

Banyak jugalah orkid yang kami kutip

Dengan tak disangka-sangka

Terjumpa satu tapak

Nak tau tapak apa?

Tapak kaki pak belang

Di kawasan ini lah ditemui

Sampai hati alin n nuar tak mau bagitau

Sendiri-sendiri teka

Terus balik

Kali ini tak lagi mendaki bukit

Kami menyusuri anak sungai pula

Kata anuar jalan ini lebih cepat sampai

Agaknya takut bertembung dengan tuan punya tapak kaki tadi la kottt…!

Inilah hasil kami pada hari ini

masing-masing puas hati

Dapat apa yang dihajati


Bergerak ke hadapan lagi terjumpa pula

Serumpun orkid dendro

Panjang berkaki-kaki

Punya lah seronok

Inilah hasil kami

Siap dengan ranting kayu lagi

Balik rumah nanti terus gantung

Tak perlu proses

Line slow sangat sambung part 11 ler pulak
sambung di lain entry

0 comments:

Post a Comment