Monday, February 20, 2012

Kuntuman Sulung Orkid Tulang

Bagi memudahkan daya ingatan yang sudah kian senja
Makcik telah menamakan secara tidak rasmi
dengan nama orkid tulang
nama saintifik kita akan cari kemudian
takut nanti tersalah nama
Kena bertanyakan kepada yang lebih arif
Makcik kan baru terjerumus ke dalam dunia orkid
banyak lagi yang kena di pelajari

Orkid ini diberi o leh Hussain teman sepejabat
cerita bermula bila sahabat ni nak buat renowation bahagian dapur
bagi meneruskan hayat orkid tulang
di hantarnya seberkas ke rumah Makcik
soal hati usah cerita
senyum lebar sampai telinga

Tempoh penjagaan
Lama jugalah menyiram dan membaja
masa tu makcik masih mentah di dalam alam orkid
Mula-mula tanam letak di bahagian depan rumah
konon nak tayang pada jiran setaman
berbulan di situ tiada perubahan
agaknya tidak serasi bermastautin
di tempat menyambut tetamu
akhirnya Makcik terpaksa
mengubah ke lokasi yang lebih strategik
pindah ke bahagian dapur rumah
alasan lebih mudah untuk membuat
rawatan susulan jika berlaku sebarang kemungkinan
ewahhh....seolah nak kena penyakit pulak orkidku

Itu bukan alasan
sebaliknya untuk memantau perkembangan orkid
kata mereka yang lebih arif dalam penanaman orkid
selain cara penyiraman setiap pagi dan petang
pembajaan yang konsisten pada setiap minggu
ada satu lagi kata mereka
sepertilah juga kita dan anak-anak serta ahli keluarga seisi rumah
kena ada tutur bicara dan pengharapan
dengan kata lain apa ya.....tak terpikior pulak
menjaga orkid juga kita kena berinteraksi
kena bercakap-cakap
tengok dah elok subur pokoknya
bila lah hendak berbunga
cepatlah sayangku..ewahhhhh
macam bercakap dengan En. Suami tercinta saya
i always love u...
bila nak berbunga


Testing Makcik berjaya
selang beberapa minggu
tanpa disangka-sangka
muncul pula 3 kuntuman bunga
3 pun jadilah



Sesungguhnya penantian itu amatlah menyiksakan
tetapi diakhir dengan satu keindahan
Betapa Tuhan dengan segala kebesaran
mampu mencipta segala-galanya

Selagi kita masih tidak mengenal erti jemu
selagi kita masih mampu berusaha
Selagi kita masih mampu berdoa
Tuhan sentiasa menunaikan apa sahaja permintaan kita

Indahnya dunia ini
Rona-rona ceria orkid telah mewarnai seluruh hidupku
Syukur di atas segala kurniaanMu Ya Rabbi

0 comments:

Post a Comment