Wednesday, February 29, 2012

Pengalaman Mencari Orkid Pada 25 Februari 2012 Part 11


Sambung sikit lagi cerita semalam
setelah kepenatan
pemandu pelancong hutan lipur pada hari ini
berehat sambih bushhhh, bushhhh menghisap rokok


cuba tengok Pak Mid entah apa yang dilangutkan
Intai orkid ker Pak Mid
kualiti gambar tidak memuaskan
tangan goyang atau hanset cokia
antara dua tu la masalahnya
tau kan jurugambat tidak bertauliah
dan gambar pulak tangkap curi
inilah hasilnya


Dalam merenung jauh lepas merokok
sila rujuk gambar yang diatas tadi
tadi rupanya En. Suami kiter ternampak sesuatu
dah tau dia alergik dengan hoya
sama macam isterinya lah juga
dia terus ambil pengait
kait yob kasi turun semua hoya
yang ada kat situ
balik nanti kita boleh bagi kengkawan sorang sikit

setelah kepenatan akhirnya
dalam perjalanan balik ke rumah Anuar
kami singah sebentar di tepi jalan
kawasan rehat dan santai di tepian sungai
terkedu melihatkan orkid secundum sedang mekar berbunga
tak boleh nak kait sebab tinggi beneno
putih mata melihat keindahannya
hanya untuk tatapan semata-mata

sampai sahaja di rumah Anuar
perut dah lapar
Muhamad dan kakaknya tidak boleh berjauhan
dengan alin dia tanya
Kak Mau tak ikan
kalau dengan orang lain
bila minta dia kata
ikan tak sedap
walaupun belum lancar bercakap
tetapi jawapannya mantap
bab bergambar dia nombor satu
macam-macam gaya


tanpa disangka
tiba-tiba artis kita buat lawatan mengejut ke Nerseri Anuar
dapat juga bertemu artis pujaanku Sheila Mambo
pandai bercerita dan kelakar orangnya
sebagai kenang-kenangan sempatlah bergambar


En suami duk nengok jer bila boleh mencelah
nak bergambar lagi sekali ler tuhhhh
macamlah tak tau

dapat peluang change posisi
puas hati ler tu hehehehhee....
disahkan benar esok masuk gambar dlm FB
itulah kerja suami saya


Jutaan terima kasih di ucapkan
kepada tuan rumah Encik Anuar /Isteri & Anak
kerana sudi menerima kedatangan kami
En. Nazri yang bersusah payah membawa rombongan
mecari orkid dihutan lipur
Alin & Mis rakan seangkatan yang membuat rancangan
jika masa mengizinkan
kita buat rombongan ke tempat lain
pukul 8:30 kami bertolak balik ke Parit Buntar

0 comments:

Post a Comment