Monday, February 13, 2012

Terengganu 4-5 Februari 2012

Redah punya redah akhirnya kami pada petang 4 Februari 2012
kami sekeluarga selamat sampai ke Kg Losong, Terengganu .
Oleh kerana badan dah terlalu penat kami terjumpa satu home stay
Tak fikir banyak nampak phone no terus call kebetulan Pak Cik tu kata, kosong dua bilik
Berapa oghe nak duk, kami pun jawablah empat orang Pak Cik , maghi la
Sekaghe duk kt mana soalnya pula
kami jawab betul-betul depan homestay Pak cik
Dia pun keluar kat mana tanya nya lagi ,
kami tengok pak cik tu pegi ker kereta Perdana kebetulan parking betul-betul depan rumah dia
Kami dalam kereta Gen 2 kaler kelabu pak cik
Apabila dia dah nampak kereta kami dia pun naik motor dan
bagi sign tangan tanda suruh mengikut dari belakang tiba-tiba pakcik tu ilang gitu sahaja
Tak dapat dikesan langsung , ada hanpone lupa nak call hahahaha, penat punya pasal.
puas jugalah anak sulung mencari arah kemana dan di mana Home Stay Isra
Hampir putus asa tapi takdir telah menentukan kami tinggal di rumahnya
Bila masuk dalam rumah tidak menghampakan
Agak besar juga Home Stay Isra
dengan dua blik, satu ruang tamu, satu ruang makan dan 1 bilik air
Sempat amil gambar ruang tamu sahaja
Yang syioknya dekat kusyen ada no telefon
bukan apa pakcik tu kata tolonglah promosikan homestay pakcik
bagi tidak menghampakan harapan pakcik dipromosikan lah home stay ni
khas untuk untuk pakcik Ishak
tengok yer...

tergoda pulak tengok siling kayu, saksikan berseni pembuatnya
perhatikan urat kayu boleh bertemu.Tak percaya? Tengok betui-betul.
Andai kata dapat digantikan siling dalam bilik rumahku syurgaku dengan siling kayu kan best
ini adalah kerana diwaktu malam siling kayu lebih sejuk berbanding siling yang lain
Pendapat aku macam tu la, nanti kena bodek En. Suami bila boleh tukar siling kayu.
Dah tau jawapannya tak adalah ... dapat tengok jadi lah yerrr...!
Saksikan keunikan siling kayu.

Selepas mandi dan makan ala kadar (makanan bawa dari rumah) lupa pula nak amik gambar
Kami pun tidor sekejap terjaga semula pukul 6:30 petang
hala tuju seterunya makan keropok leko

masa nak order ada insiden yang diluar jangkaan
Biasalah masa nak order En. suami pun bertanya
kira macam mana yer
4 batang serial (slang Tengganu ) jawab pelayan kedai tu ler
ok bagi 4 batang seorang
pelayan kedai tu menggaru kepala
agaknya tak paham ngan pesanan En Suami
Tak pahe aku dio oder hapa
itu katanya macam la aku n famli tak paham slang dia
sikit-sikut paham ler juga aku apa katanya
tengok dia hantar sepinggan sorang dengan keropok 4 batang satu pinggan
kira penuh la satu meja
bila aku toleh kiri kanan orang lain oder satu pinggan jer
pesanan kami lain dari orang lain
malu pun ada dan
nak tergelak pun ada
tu ler lain kali masuk kandang kambing mengembek
masuk kandang lembu mengeboooo....
And than kami meneruskan perjalanan ke Batu Buruk
kali ni guna GPS pula, apa guna ada hset cangih kannnnn
Dari Perak ke Terengganu selamat sampai
tup-tup nak cari Pantai Batu Buruk sesat GPS ohhhhwh GPS
Pusing 3/4 kali juga la akhirnya selamat sampai
ini lah acara wajib tengok di Pantai Batu Buruk
Kereta Kuda Berhias ala-ala pengantin gitu
tak naik pun amik gambar jer

Acara seterusnya makan malam di Pantai Batu Buruk
Menunya lupa nk amik gambar tapi
saksikan acara wajib bergambar En Suami
konon nak tunjuk pada member- member pejabat
dia dah sampai ke Terengganu
Orang lain dah lama dah sampai..huhuhuhuhu
inilah dia Batu Burok Beach Resort.
Signboard jer yer kawan-kawan
No telefon google sendiri kat internet.

Balik dari situ kami balik homestay dan layan tiduzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
sambung esok pagi 5 Februari 2012
Kami ke Muzium Negeri Terengganu
Nak tau tak Muzium ni terbesar kat Malaysia
Nak beli tiket masuk lengoh kaki nak panjat tangga
tapi bila masuk ke dalam tidak menghampakan
kerana didalamnya macam-macam ada
tak percaya?
Jom kita saksikan
Sori dalam muzium tidak dibenarkan untuk mengambil gambar
jadi tersadai la camra canggih anak sulungku di dalam locker di pintu masuk
sedih tak terkata dan lagi menakutkan risau camranya hilang
Semoga segalanya dipelihara dari segala mara bahaya
walaupun menyalahi etika dan peraturan sempat juga mencuri
salah pun tak per asal hati puas
Guna ler Samsung anroid apa guna ada hanset iyer tak
berhasil juga tapi tgk la kelabu asap...
tak kisah lah janji ada kenangan kat sini
dengan takut-takutnya beginilah hasilnya gambar curi heheheheh ok juga yer

nie pulak gambar lanskap di luar muzium negeri kat bawah ni
masa mula-mula nak mencari pintu utama rupa-rupa kat atas puas berjalan kaki
suka sangat dengan lokasi ni..sejuk mata memandang

disebabkan tak dapat tengok penyu asli
kita saksilah replika penyu di muzium negeri
yang ni pulak muzium bot


Dari Muzium kami singgah sekejap di Masjid Kristal
Sampai juga hajat En suami ke sini ,cantik juga tempatnya
sejuk mata memandang

Seindah kilauan kristal sentiasa bercahaya

Ukiran disini pun cantik

Seterusnya kami ke Taman Monumen

Ada puluhan replika masjid dari seluruh dunia ada disini
ingat kan nak ke over sea jer ada pasport
ke Taman Monumen pun ada pasport
lupa pula nak ambil gambar passport seperti yang disebutkan
alehhhh....lebih kurang mcm pasport international kita tu la
Canggih rupanya demer kat sini yop
sempat meletakkan beberapa replika masjid sahaja

yang seronoknya tu,orang lain naik train
kami satu famly berbasikal mengelilingi Taman Monumen
Tengah hari terik pulak tu...tak kisahlah janji enjoyyyyy...
Malam tu sebelom tidur lengoh satu badan naik basikal punya hal
yang penting kaleri terbako bila lagi nak kurus yek....!
Sempat berposing maut lagi
Tersengih tu bukan apa cuaca panas terik

satu lagi basikal tak bertuan, yang tu la basikal makcik
huhuhuhu tak der brek tangan
terpaksa guna brek ori dua tapak kaki ....haus tapak kasut teman weh...!
Nanti kita sambung perjalanan ke Kelantan di entri yang akan datang


0 comments:

Post a Comment