Tuesday, October 8, 2013

Pemindahan Penempatan Okid di Laman Flora Jabatan

ini okid yang telah ditransitkan di jabatan tempat aku berkerja
untung kerana kalau tak sempat nak menguruskan okid tercinta
boleh dibawa ke pejabat dan minta tolong kawan menanam semula di Laman Flora
itulah bertuahnya dapat bertugas di jabatan aku
beruntung juga kerana punyai sahabat yang sememangnya dianugerahkan oleh Ilahi
kebolehan untuk bercucuk tanam
bagilah apa saja pokok kepadanya
mesti hidup dan bila berbunga...wowwwwwwwww hasilnya
memandangkan kat rumah dah jadi hutan mini
dan nak dibuang sayang demi cintanya pada dunia okid
akupun bawak lah keratan okid ni ke laman flora
tengok bersusun semaian anak orkid
ni kalau jual kat pasar malam boleh beli okid mahal

kalau berbunga nanti mcm nilah bentuknya
bunga yang tak putus-putus
memang berbaloi kalau di tanam di tepi pagar rumah
ni dia berbunga tak berhenti kat tepi pagar laman flora
bila boring  menghadap pc kat pejabat aku lepak kat sini
indahnya ciptaan Tuhan
syukur atas kurniaanNYa.


okid dari rumah yang telah dipasukan semula
nasib baik ada kawan yang sanggup membantu
lega kalau dibiarkan di rumah punah
mati kering okidku


 ni okid kawanku
light purple sweet jer kalernyer
okid@laman flora baru nak beroperasi
ada satu yang berbunga jadilah buat penawar jiwa
tambah satu-satu
lama kelamaan banyaklah jadinya kannnnnnnnnnn.....!


okid yang dihadiahkan oleh Husin
catlea kot
telah dipecah-pecahkan menjadi 3 pasu
ada gambar 2 pasu sahaja satu lagi lupa nak ambik gambar
tunggu dah hidup subur nanti boleh ambik sorang satu
satu untuk engkau satu untuk aku
tu pun kalau tak ditukarkan ke jabatan lain
bertukar.....satu untuk aku satu untuk engkau tak derlah jawabnya


Mak oiiii, penuh disumbat batu bata dalam satu pasu
kelemasan lah akar-akar dia cik kak oiii
tak perlah, kita tengok hasilnya nanti
sabar yer makcik

yang ini sponser by me
sponser ker...? owhhhhhh no..no...noooooo...!
ditransitkan buat buat sementara waktu
sesudah diproses dapat dua pasu
dah elok subor esok kiter nak bawak balik
nak bawak balik mesti ada sebab 
dan sebabnya adalah kerana
okid ni kesayanganku kerana baunya yang sangat harum
lagipun kuntumannya  comel-comel
lipnyer  purple

kata dek bijak pandai dalam bidang okid
nak bagi cepat pertumbuhan orkid
kena jaga akarnya
dipanjangkan pengetahuan yang ada 
jadi inilah hasilnya
tak sabar nak tunggu okid ni membesar
keratan okid ni diberi oleh Husin



yang ni hak milik petugas laman flora
bukan ana yang punya
tengok punyer subor 
tunas baru terkeluar dari bawah pasu
sok dah membiak boleh mintak keratan
nak bawak balik rumah  hehehehehe.......



ini saya punya pasu jer kawan saya bagi

saya punya juga
komplet set ngan pasu juga saya punya


kat umah klau biar mesti kioq
ditransitkan kat sini macam ada perubahan
tengok satu tunas baru dah keluar...yeayyyyyyyy....!


ini tuan punya laman flora
seolah mcm nak kembang
okid juga kot
nnti kita pantau perkembangannya
kata ustaz
sabar tu separuh dari iman
tunggu jer lah

ni pun petugas laman flora punya
rasanya spesis okid
ada sepasang jer daunnya
dengan kedatangan rakan-rakan okid yang lain
moga hidup subur di laman flora


sama juga ngan yang di atas tadi bukan ana yang punya

yang ni oncidium
ditanam guna recycle 
benda ni kalau ada kat rumah jangan buang
boleh tiru sebijik jadi seperti ini
berjuraian panjang 
seronok tengok warnanya
kuning merah
warna jersey selangor




pepatah lama ada mengatakan
kalau kita rajin berusaha ianya  tangga kejayaan.
nak pegi layan mata kejap
jumpa lagi di lain entri






Friday, September 20, 2013

Tanpa Mereka Siapalah Aku

Inilah karenah anak-anak aku
bila tak der aktiviti nak buat
mula nak bergaduh
ada sesaja acara demer
itu yang buat darah aku selalu mencanak naik tinggi
ada jer kesempatan ada peluang
mula lerrrr.....
si abang long lah yang selalu memulakan
si adik pula melawan
ayah tukang gelak
aku yang tukang tengok mula pot pet cuma air lior jer tak mau kering
ada satu ketika depa bergaduh 
aku bagi adik golok 
si abang parang
aku kata
amik p belawan tepi sawah sapa luka tu kalah
dah dibagi sorang satu senjata tiga hari berbaik
lepas tu mula balik
kata si abang....6 bulan tak balik 
bila cuti mula mengusik adik
tak tahu lah sampai bila nak begini
seb baik anak tak ramai 
kalau sepuluh anak aku...terburai perut



Tengok anak sulung baaaekkkk punyer bodek
mana tak nyer
apa yang anak mintak semua ayah bagi
aku yang selalu potong kehendak anak
si ayah pula kata
tak baik kan dah janji ngan anak
itulah yang buat anak thumb up jari
anak ayah lah katakan..emmmmmmm...!



Anak yang selalu menjadi penasihat peribadi 
kalau aku mendapat apa jua masalah
ibu sabar yerrr........doa banyak insyaAllah nanti elok lahhhhh
itulah ayatnya yang selalu keluar dari mulut mereka





inilah bonda tercinta 
suka beno bergambor
sampai terpejam-pejam mata
kan main mak kiter ngan handbeg raya
sakan bergaya
itulah mak kiterrrrrrrrrrrr........


tengok beg tangan mak bau kedai pun tak abes
beg tangan raya ler katakan
terbuntang-buntang beg tangan  mak kiter

eiiiiiiiiy......naper mak pakai spek lama
dah tak cun mak kiter
penat gantikan spek baru 
asyik pakai yang lama jer.....
silap aku kotttttt.....
mak pilih bonia jer mcm xder brand lain
tapi aku suka polo
tu yang mak pakai spek lama
mak kata bila pakai yang baru  sakit telinga
alasan mak selalu munasabah dan boleh diterima akal sebenarnya tau mak nak jaga hati aku
menyesal pulak aku pilih polo 
meh kita analisa baju mak pulak
asyik bergambor ngan baju kurung ni
tau sebabnya sbb nak ambik hati anak sedara mak yang bagi kain tu kan mak kannnnnn
pakailah apapun makkkkk 
asal mak bahagia
walau apapun
sebenarnya maklah ratu segala ratu dalam hidup aku
dialah orangnya yang tidak pernah mengecewakan aku
menjadi pendengar setia dalam apa jua kisah hidup anak sulungnya
paling bahagia bila berada disamping ibu
semoga mak sihat sejahtera sampai ke akhir usia
saya sayang mak saya
saya sayang suami dan anak-anak saya
tanpa mereka siapalah aku.


Tuesday, August 13, 2013

Syawal 1434H di Sg.Buluh



Orkid dah merajuk tak mo berbunga kerana tidak dibelai dan di baja
kan Bulan Ramadhan kita sibuk menambah pahala
Cepatnya masa berlalu
dan hari ni dah 6 Syawal kita kisahkan dengan cerita hari raya
dah masuk usia emas hari raya dah tak semeriah zaman kita remaja
Tahun ni rakan kongsi sehidup semati telah menetapkan 
yang hari raya kali jatuhnya berhari raya bersama bonda tercintanya
siapa lagi mak mertua saya lah...lokasinya di Bandar Baru Sg. Buluh
ala-ala arahan gitu 
sebagai isteri akurlah saya dengan perintah suami
6 Ogos pukul 3:30 petang kami sampai disana
petang itu kami berbuka bersama-sama 
seronok juga berbuka dengan keluarga mertua
sebenarnya mak mertua saya tinggal dengan kakak ipar (satu-satunya anak perempuannya)
kerana persiapan raya telah diselesaikan awal
pada malam raya kami berenam telah berjalan-jalan di Jalan TAR
hanya Tuhan yang tau betapa sibuknya disitu
kerana nak melihat sendiri kami tabahkan hati menyusuri jalan tersebut
macam-macam lelongan jualan murah dibuat
dah tak lalu dengan kesibukan yang diluar kawalan
kami tidak membeli belah
kata anak bongsu ini kali pertama dan kali terakhir
berada di Jalan TAR
serik katanya...padan muka nak sangat kesitu
Dah terbiasa di Daerah Kerian tak pernah sibuk seperti ini pening kepala dibuatnya
tak mengapalah pengalaman berada di situasi  sebegini kena ada




Terperangkap dengan kesesakan lalulintas pada malam raya 
kami sampai dirumah pukul 3:00 pagi
ambik kauuuuu.....tidur bagai nak rak akhirnya tak sempat solat sunat hari raya
sempat bergambar sahaja...untuk kenang-kenangan di sepanjang hidup
shoot pertama terlupa on lampu....kelabu ler gambarnya hehehehheeh
yang kaler grey tu sebelah kakak iparku yang kaler green tu lah keluarga saya

 Acara wajib bersalam-salaman bermaaf-maafan
di hari bahagia ini dimulakan dengan kakak iparku..
Sedondon warna jubah mereka tema raya tahun ini grey

 diikuti oleh rakan kongsi seumur hidupku. merangkap kekasih @ suami saya lahhhhhh
ampunkan dosa dan halalkan makan minum...skrip dah hafal dalam kepala
biasalah kan...setahun hanya sekali
gambar saya bermaaf-maafan tak der orang nak snap..huhuhuhu...kesian saya
biasanya macam tulah kannnnnnnn
siapalah saya...(ayat merajuk tapi tak der siapa nak pujuk)

 Kemudian wajib juga acara tahunan...bergambar seisi keluarga
nipun saya yang beriya-iya nak ambil gambar 
kalau nak harap orang atur-aturkan.....tak der
makin montel saya.....nak kurus dah tak boleh
faktor usia dah makin tua 


Inilah keluarga bahagia saya 
anak saya  semua lelaki
tak per lah kan....sok mereka berkahwin  dapat lah menantu 
adalah saya anak perempuan
tak tahu bila jodohnya mereka
kerana yang sulung baru 22 tahun
yang bongsu 14 tahun
sabar jerlah yerrrr
semoga dipermudahkan segala urusan ke dua anak-anak saya

 suami saya dengan bondanya
suami saya ,anak bongsu 
gambar ni nak boh dalam fesbok katanya
aksi manja lah kononnya



Sedondon warna famli kakak ipar ku
tertinggal gambar abang iparku....puas pujuk tak mau bergambar
kata orang tua tak boleh bergambar berlima
empat orang jer lahhhhhhh


 Bergambar kenangan bersama ibu mertua ku Hajah Zainab
tahun ni dia dah tak banyak bercakap
tengok tudung saya tak senonoh...senget sebelah


Kali pertama digandingkan mereka 4 sepupu
anak bongsu  mahal dengan senyuman
suka tengok senyuman Hazim
hepi sebab tahun depan dah nak bertunang
dah dewasa rupanya anak saudaraku ini......


 anak sulung senyuman boleh masuk pertandingan iklan colgate
tengok tangan tak habis-habis membuli adik
cuti semester jer tak kira hari apa bulan apa
abang yang selalu membuli
si adik sabar jer dengan karenah abang


 Ni action jer...mana hayun penumbuk muka senyum
lakonan mantopppppp..orang multimedia  kan gitu......!
gaya mau lebeyyyy baru berbaloi


Setahun hanya sekali kita merayakan hari yang mulia 
ada umur panjang kita letak gambar yang lain pula
benarlah kata orang sekeping gambar menyimpan seribu  cerita 
tentang suka duka kehidupan kita
terkasar bahasa atau terlanjur bicara
semoga hubungan erat sentiasa
tangan dihulur maaf dipinta.

Monday, June 17, 2013

Santai Naik Keretapi Pergi Perlis

Dirancang agak lama dari tahun lepas lagi
baru tahun ni berkesempatan pergi Perlis
naik keretapi lagi...meriah gitu
apa tak nya sebelum subuh dah keluar rumah
punya tak sabar nak naik keretapi
nak kata anak-anak tu semestinya ler ...
pengalaman pertamalah katakan
ni yang  dah jadi mak budak dan pak budak
lagi tu lain macam ler seonoknya
sampai jer stesyen keretapi riuh rendah suasanyanya
dah kita menunggu rasa lambatlah pulak masa nak berlalu
lengoh juga  kaki berdiri lama 
yang jadi sedihnya kasut yang aku pakai dah terlekang hahahhaha...
gara-gara tidak berhati-hati memilih kasut
main capai jer mana yang ada dah terpakai kasut lusuh
bukannya tak der kasut lain kasut tu juga yang tercapai dek tangan
nasib badan ler makcik oiiiii...siapa suruh tak hati-hati kan
ada juga baiknya boleh pau rakan kongsi seumur hidupku dengan pembelian kasut baru
inilah masanya...tak kan nak dibiarkan isteri kesayangannya berkaki ayam kannnnn
dalam perjalanan nak menyampaikan ke Perlis
aicong dalam keretapi punyer ler sejok....ngeletor satu badan wehhhhhh
nasib baik ada orang tu perasan yang rakan kongsinya kesejukan
menom ler satu cup nescafe 3 in 1 kat cafe dlm keterpi tu
harga usah citer...nak murah bawak bekal dari umah hehehehehhe.
bila hari dah siang dari luar tingkap 
seronok tengok pemandangan kiri kanan jalan
pembinaan rel berkembar dalam proses pembinaan
pelapik rel dulu guna kayu
sekarang guna konkrit
kayu pelapik rel keretapi orang dah buat pagar rumah
kayu tu orang-orang kaya jer boleh bawak balik rumah
takat gaji N17 jangan mimpi ler nak beli



pagar sempadan jalan keretapi pun dah dikonkritkan
saper yang dapat tender bina pagar nie boleh kaya wooooo.....


berselerak lagi rel keretapi yang masih dalam proses pembinaan
testing camera cokia mcm mana nak ambil gambar pada masa kita bergerak
orang lain dah lama tau kita baru nak mencuba
dah tua baru nak belajar .....malu kat olang hahahahahah
janji nak mencuba betul tak?
berhasil juga
tak salah mencuba selagi ada kemahuan


tanpa disedari dah sampai ke Padang Besar
acara berjalan kaki pulak secara beramai-ramai
pecah peluh dan kalori turun berlori-lori
kerana cuaca masih pagi tak lah terbakar pipi
acara pertama mencari kedai kasut yang tahan lasak
dapat kasut baru wehhhhhhh....rakan kongsi seumur hidupku yang membayar
lega dapat kasut baru
lupa pulak nak amik gambar
sambil menunggu gerai dibuka untuk menjamu selera
kami meronda-ronda dikedai yang masih belum dibuka sepenuhnya
sibongsu apa lagi ke hulu ke hilir seolah mencari sesuatu
apa ker yang dicarinya
akhirnya dia memanggil ibu,,, jom tengok adik nak tunjuk satu benda
sah ler nak mengepow ibu yang ketandusan RMMM....pegi dah ujung bulan 
nunggu gaji lambat lagi.
alasan nak beli orkid sebenarnya hehehehheeh
tau apa di nak beli
ni haaaa ...dalam banyak-banyak warna dia pilih biru
orang elok kalau beli warna hitam boleh melaram ke sekolah
ayahnya selalu menyebelahi dia...biar lah  dia nak pilih warna apa
bukan kita yang nak pakai...dia
ibupun akurlah... yang nak bayar bukan ibu, ayah
ikut sukalah... yang anakpun memilihlah yang ini


dah dapat yang itu anak pun hilang tak tau kemana
senyap dengan kengkawannya, nak cari apa lagi ntah ler.....
sebelum mengisi perut 
singgah sat kat gerai orkid pakcik tu..
konon nak skodeng jer orkid mini
kat padang besar murah klau kat sini jenoh gigit j ari
dalam duk pilih dan menyembang sakan ngan tuan punya gerai
konon nak goring dapat harga murah
terjumpa pulak Pak Mid tengah terbongkok-bongkok milih pasu
sakan pulak besembang dengan Pak Mid yang punya lama tak bersua muka
ditujuknya orkid SP dari Vietnam....tak mampu  beli mahai 
Pak Mid tak per ler dia keje beso profesor kat UiTM
kita tengok jer ler apa yang di borong dek Pak Mid
katanya tuan punya gerai orkid...boleh masuk akaun Kak Pah
iyer ler...sok jenoh pulak kak pah nak adjust baget
nunggu naik N22 apa memo pun tak dapat...mati kering berangan
bila dah skodeng orkid kalau tak membeli memang buta perut
tak dernyer nak sabor kalau melihat sahaja
pili-pilih harga kasi special...kononnnnnnnn
cantik juga yang ini..comeiiiiii

 ini pun saya suka
yang itu pun saya mahu
ada 6 jenis lagi lupa nak amik gambar
excited punya pasal hahahahhahaha
acara wajib
lepas tu kami pi makan tomyam
kawan serombongan cik kiah tak tau dah pergi mana
semua membawa haluan nafsu serakah dalam membeli belah
sesudah makan kami tiga beranak duduk bertapa di bawah wakaf yang duk ada disitu
dari zohor sampai ke asar duk situ
seb baik surau dekat senang nak bersolat
tengok apa yang kawan-kawan hangkut nak bawak balik Parit Buntar
tak terfikir nak jinjing ke stesyen keretapi nanti macam mana
bak kata nabil...lu pikir lah sendiri
moh kita tengok
ni baru suku bahagian
serba mak nenek nak beli
betapa yang tidak membeli apa-apa begitu kebosanan
major dah tak leh nak senyum
lantaran menunggu terlalu lama
tak nampak batang hidung ahli rombongan cik kiah yang lain
sampai tak der selera nak isap rokok
bukan kerana apa 
makcik pulak isteri kesayangan major tak der disi
dia pergi tempat lain
nampaknya kesunyian ler major kita
sian dia.....sabor  yer major

cer tengok apa yang kak misah beli
jom kiter siasat
yang jelas thermos nasi, kat parit buntar belambak kak misah oiiiii
macam mana lah dia nak pikul nanti
biaq p kat dia
tak lengoh jari, kebas tangan ler nanti
tapi dia bawak ramai  anak beranak
4 orang gitu boleh bawak sorang sikit
satu untuk engkau, satu untuk aku 



nak tengok lagi
bukan sahaja periuk belanga 
tilam, bantal , kelambu semua diborong
sakan demer soping weiiiiii......

yang makcik punyer ini yer yang di beli
dua beg plastik okid
nak menjinjing dari padang besar ke stesyen keretapi
masa membeli dua beg plastik ringan
rupanya rasa nak putus jari jemari
bernasib baik kerana rakan kongsi membantu


masa menunggu di stesyen keretapi Padang Besar
dah tak fikir bab orang yang memandang
masing-masing mencari dinding untuk meluruskan tulang pinggang

yang ini pulak kerana taksub nak bergambor lupa ciri-ciri keselamatan
pakcik din kiter sempat memegang tangan anak bongsu
kalau tak di pegang jenoh jatuh kat rel keterapi
barang-barang yang di shoping beratoq kat tepi dinding


dah ternampak singboard  had sempadan negara 
ini pulak lain halnya
rakan kongsi seumur hidupkan dan rakan sepermainannya di waktu petang
sakan bergambor demer...jadi icon keretapi  Negara Thailand ler pulak
take one...say cheeseeeeeeeeeee..
senyum lebor demer

dah duk bersila hangpa nooooo...tu la tadi 
soping tak hengat diri kan dah penat
sabor nungu keretapi tiba

 sempat lagi berangan 
sok kalau diizinkan Tuhan kita p Hadyai naik keretapi lagi sekali
berhenti kat sini cop passport pas tu naik keter api Siam ler pulak
hadooiiii...penat pun tak ilang lagi dah nak berangan lain
mana tau kannn...tercapai hajat
angan-angan kena ada dulu

dalam keretapi masa perjalanan balik
duk tegak kat seat keter api sakan berkacama anak teruna teman wehhhhh
bila masa  pulak dia membeli cermin mata
sakan bergaya dia
tengok bantal dah siap kat sebelah
malam sah nak megholoh (tido)
bantal tu ibu punyer yerrrr.....


nanti boleh dijadikan bahan cerita kat anak sulung nan jauh dimata
dia mesti nak termuntah bila cerita bab naik kerapi p perlis
dulu dia 2/1/2 tahun belajar kat sana
bila balik parit buntar kalau tiket bas kehabisan...keretapi lah kenderaannya
pukul 10:00 malam baru sampai rumah
sesekali tak per lah kan....
sok bila dah bercucu
boleh cerita balik
ini lah ayah kamu masa remaja
sakan bergambor dengan spek hitam made in thailand
sawadikap kun kap kun.......
apa maknanya ntah..tau menyebut sahaja
kepada orang Thailand jangan marah
inilah kisahnya lawatan ke Padang Besar bulan April yang lalu
dah lama dah tapi baru nak masuk blog
sekarang nak amik si bongsu ni dari sekolah
kita jumpa dilain entri