Dirancang agak lama dari tahun lepas lagi
baru tahun ni berkesempatan pergi Perlis
naik keretapi lagi...meriah gitu
apa tak nya sebelum subuh dah keluar rumah
punya tak sabar nak naik keretapi
nak kata anak-anak tu semestinya ler ...
pengalaman pertamalah katakan
ni yang dah jadi mak budak dan pak budak
lagi tu lain macam ler seonoknya
sampai jer stesyen keretapi riuh rendah suasanyanya
dah kita menunggu rasa lambatlah pulak masa nak berlalu
lengoh juga kaki berdiri lama
yang jadi sedihnya kasut yang aku pakai dah terlekang hahahhaha...
gara-gara tidak berhati-hati memilih kasut
main capai jer mana yang ada dah terpakai kasut lusuh
bukannya tak der kasut lain kasut tu juga yang tercapai dek tangan
nasib badan ler makcik oiiiii...siapa suruh tak hati-hati kan
ada juga baiknya boleh pau rakan kongsi seumur hidupku dengan pembelian kasut baru
inilah masanya...tak kan nak dibiarkan isteri kesayangannya berkaki ayam kannnnn
dalam perjalanan nak menyampaikan ke Perlis
aicong dalam keretapi punyer ler sejok....ngeletor satu badan wehhhhhh
nasib baik ada orang tu perasan yang rakan kongsinya kesejukan
menom ler satu cup nescafe 3 in 1 kat cafe dlm keterpi tu
harga usah citer...nak murah bawak bekal dari umah hehehehehhe.
bila hari dah siang dari luar tingkap
seronok tengok pemandangan kiri kanan jalan
pembinaan rel berkembar dalam proses pembinaan
pelapik rel dulu guna kayu
sekarang guna konkrit
kayu pelapik rel keretapi orang dah buat pagar rumah
kayu tu orang-orang kaya jer boleh bawak balik rumah
takat gaji N17 jangan mimpi ler nak beli
pagar sempadan jalan keretapi pun dah dikonkritkan
saper yang dapat tender bina pagar nie boleh kaya wooooo.....
berselerak lagi rel keretapi yang masih dalam proses pembinaan
testing camera cokia mcm mana nak ambil gambar pada masa kita bergerak
orang lain dah lama tau kita baru nak mencuba
dah tua baru nak belajar .....malu kat olang hahahahahah
janji nak mencuba betul tak?
berhasil juga
tak salah mencuba selagi ada kemahuan
tanpa disedari dah sampai ke Padang Besar
acara berjalan kaki pulak secara beramai-ramai
pecah peluh dan kalori turun berlori-lori
kerana cuaca masih pagi tak lah terbakar pipi
acara pertama mencari kedai kasut yang tahan lasak
dapat kasut baru wehhhhhhh....rakan kongsi seumur hidupku yang membayar
lega dapat kasut baru
lupa pulak nak amik gambar
sambil menunggu gerai dibuka untuk menjamu selera
kami meronda-ronda dikedai yang masih belum dibuka sepenuhnya
sibongsu apa lagi ke hulu ke hilir seolah mencari sesuatu
apa ker yang dicarinya
akhirnya dia memanggil ibu,,, jom tengok adik nak tunjuk satu benda
sah ler nak mengepow ibu yang ketandusan RMMM....pegi dah ujung bulan
nunggu gaji lambat lagi.
alasan nak beli orkid sebenarnya hehehehheeh
tau apa di nak beli
ni haaaa ...dalam banyak-banyak warna dia pilih biru
orang elok kalau beli warna hitam boleh melaram ke sekolah
ayahnya selalu menyebelahi dia...biar lah dia nak pilih warna apa
bukan kita yang nak pakai...dia
ibupun akurlah... yang nak bayar bukan ibu, ayah
ikut sukalah... yang anakpun memilihlah yang ini
dah dapat yang itu anak pun hilang tak tau kemana
senyap dengan kengkawannya, nak cari apa lagi ntah ler.....
sebelum mengisi perut
singgah sat kat gerai orkid pakcik tu..
konon nak skodeng jer orkid mini
kat padang besar murah klau kat sini jenoh gigit j ari
dalam duk pilih dan menyembang sakan ngan tuan punya gerai
konon nak goring dapat harga murah
terjumpa pulak Pak Mid tengah terbongkok-bongkok milih pasu
sakan pulak besembang dengan Pak Mid yang punya lama tak bersua muka
ditujuknya orkid SP dari Vietnam....tak mampu beli mahai
Pak Mid tak per ler dia keje beso profesor kat UiTM
kita tengok jer ler apa yang di borong dek Pak Mid
katanya tuan punya gerai orkid...boleh masuk akaun Kak Pah
iyer ler...sok jenoh pulak kak pah nak adjust baget
nunggu naik N22 apa memo pun tak dapat...mati kering berangan
bila dah skodeng orkid kalau tak membeli memang buta perut
tak dernyer nak sabor kalau melihat sahaja
pili-pilih harga kasi special...kononnnnnnnn
cantik juga yang ini..comeiiiiii
ini pun saya suka
yang itu pun saya mahu
ada 6 jenis lagi lupa nak amik gambar
excited punya pasal hahahahhahaha
acara wajib
lepas tu kami pi makan tomyam
kawan serombongan cik kiah tak tau dah pergi mana
semua membawa haluan nafsu serakah dalam membeli belah
sesudah makan kami tiga beranak duduk bertapa di bawah wakaf yang duk ada disitu
dari zohor sampai ke asar duk situ
seb baik surau dekat senang nak bersolat
tengok apa yang kawan-kawan hangkut nak bawak balik Parit Buntar
tak terfikir nak jinjing ke stesyen keretapi nanti macam mana
bak kata nabil...lu pikir lah sendiri
moh kita tengok
ni baru suku bahagian
serba mak nenek nak beli
betapa yang tidak membeli apa-apa begitu kebosanan
major dah tak leh nak senyum
lantaran menunggu terlalu lama
tak nampak batang hidung ahli rombongan cik kiah yang lain
sampai tak der selera nak isap rokok
bukan kerana apa
makcik pulak isteri kesayangan major tak der disi
dia pergi tempat lain
nampaknya kesunyian ler major kita
sian dia.....sabor yer major
cer tengok apa yang kak misah beli
jom kiter siasat
yang jelas thermos nasi, kat parit buntar belambak kak misah oiiiii
macam mana lah dia nak pikul nanti
biaq p kat dia
tak lengoh jari, kebas tangan ler nanti
tapi dia bawak ramai anak beranak
4 orang gitu boleh bawak sorang sikit
satu untuk engkau, satu untuk aku
nak tengok lagi
bukan sahaja periuk belanga
tilam, bantal , kelambu semua diborong
sakan demer soping weiiiiii......
yang makcik punyer ini yer yang di beli
dua beg plastik okid
nak menjinjing dari padang besar ke stesyen keretapi
masa membeli dua beg plastik ringan
rupanya rasa nak putus jari jemari
bernasib baik kerana rakan kongsi membantu
masa menunggu di stesyen keretapi Padang Besar
dah tak fikir bab orang yang memandang
masing-masing mencari dinding untuk meluruskan tulang pinggang
yang ini pulak kerana taksub nak bergambor lupa ciri-ciri keselamatan
pakcik din kiter sempat memegang tangan anak bongsu
kalau tak di pegang jenoh jatuh kat rel keterapi
barang-barang yang di shoping beratoq kat tepi dinding
dah ternampak singboard had sempadan negara
ini pulak lain halnya
rakan kongsi seumur hidupkan dan rakan sepermainannya di waktu petang
sakan bergambor demer...jadi icon keretapi Negara Thailand ler pulak
take one...say cheeseeeeeeeeeee..
senyum lebor demer
dah duk bersila hangpa nooooo...tu la tadi
soping tak hengat diri kan dah penat
sabor nungu keretapi tiba
sempat lagi berangan
sok kalau diizinkan Tuhan kita p Hadyai naik keretapi lagi sekali
berhenti kat sini cop passport pas tu naik keter api Siam ler pulak
hadooiiii...penat pun tak ilang lagi dah nak berangan lain
mana tau kannn...tercapai hajat
angan-angan kena ada dulu
dalam keretapi masa perjalanan balik
duk tegak kat seat keter api sakan berkacama anak teruna teman wehhhhh
bila masa pulak dia membeli cermin mata
sakan bergaya dia
tengok bantal dah siap kat sebelah
malam sah nak megholoh (tido)
bantal tu ibu punyer yerrrr.....
nanti boleh dijadikan bahan cerita kat anak sulung nan jauh dimata
dia mesti nak termuntah bila cerita bab naik kerapi p perlis
dulu dia 2/1/2 tahun belajar kat sana
bila balik parit buntar kalau tiket bas kehabisan...keretapi lah kenderaannya
pukul 10:00 malam baru sampai rumah
sesekali tak per lah kan....
sok bila dah bercucu
boleh cerita balik
ini lah ayah kamu masa remaja
sakan bergambor dengan spek hitam made in thailand
sawadikap kun kap kun.......
apa maknanya ntah..tau menyebut sahaja
kepada orang Thailand jangan marah
inilah kisahnya lawatan ke Padang Besar bulan April yang lalu
dah lama dah tapi baru nak masuk blog
sekarang nak amik si bongsu ni dari sekolah
kita jumpa dilain entri
0 comments:
Post a Comment