Thursday, May 23, 2013

Cameron Highland Lagi

Bonda tercinta saya selalu bercerita
anak menantu serta cucunya bercuti ke Cameron Highland
tidak membawanya bersama
tau-tau dah sampai umah
bedak sorang sikit sayor-sayor dan stroberi
katanya, 
bukan mak nak ikutpun tapi pelawalah mak pergi sama
mak saya biasakah cakap berlapik
sebenarnya tau memang dia teringin nak kesana
dengan rasa bersalah (kerana kerapkali pergi Cameron Highland)
tidak mempelawa ibunda tercinta
dengan selamba rakan kongsi seumur hidupku mempelawa
mak nak pergi ker....kiter tengok bila free nanti kita pergi sana
apa lagi senyum leborlah mak bonda kita
ada anak menantu nak bawa dia pergi jalan-jalan
abes satu famli mak menghebohkan cerita
lalu adik perempuan bongsu dan adik lelaki bongsupun nak ikut serta
dalam rombongan Mak Pidah pergi bercuti ke tanah tinggi
kata mak teringin juga nak rasa macam mana sejuknya tido kat Cameron Highlan
bukannya sejuk macam kat luar negera mak , kat CH tu cuacanya dah tak sejuk spt dulu-dulu
jadi kiter pun bawak lah mak bonda pergi jalan-jalan makan angin kat sana16-17 Mac 2013
sampai kat atas sana malam mak menggeletor satu badan sejuk katanya
haaaa tu lah nak sangat p tido kat sana kan dah dapat
dah telan panadol 2 biji baru mak lega
sakit urat sarap jalan sana jalan sini
selalu kat umah mak duk menyandar kat kerusi malas sambil layan astro chanel
itulah mak saya

seronok lah juga jalan bersama sanak saudara
acara wajib bergambar-gambar pertama bermula
lokasinya Ladang Stroberi Al-Mansor
mak kata...cepat-cepat ambil gambar mak
dah tau dah mesti mak nak tunjuk kat 
adik beradiknya yang jauh dimata
masa musim cuti hari raya
ni lah gambar mak bonda tercinta saya
kesian mak bonda saya tak der stroberi masak
hanya dedaun hijau latar belakang mak bonda saya
tak perlah kan mak....janji dapat pergi ladang stroberi


saya buat iklan percuma papan tanda ladang stroberi Al-Mansor
warnanya dah kelabu asap dicadangkan ke tuan punya ladang
tahun depan dapat untung banyak tukar papan tanda
siap ada nombor telefon lagi
untuk yang belum pergi bolehlah menelefon untuk tempahan


dah pergi ladang Al-Mansor acara wajim
mesti makan aiskrim stoberi yang tidak lemak dan berkrim
Pak Long merangkap Ayah Besor @ rakan kongsi seumur hidupku
berbelanja sorang satu ahli kumpulan aistrim stroberi
dah tersimpan lama aiskerimnya tak berapa lembut
susah untuk disudukan...lebih sedap kalau tidak disejuk bekukan terlalu lama
sedap kerana sos stoberi yang tidak boleh dicari kat tempat kita


dah puas pusing kat ladang stroberi yang tak berapa lumayan buahnya
mungkin diluar musim kami beredar ke tempat lain
sebelum masuk dalam kenderaan masing-masing
sempat lagi berposing
puas hati sgt sebab dapat berposing dengan giant stoberi
kepada sesiapa yang nak bermalam di Kampong Sedia
sila ambil no telefon homestay Orchid pada singboard yang tertera


Rombongan Mak Tam Ke Cameron Highland berhijrah pula tempah yang juga wajib singgah
ke ladang Tea Bharat ler pulak
dek kerana rakan kongsi seumur hidupku tinggi orangnya
boleh lah dia memegang signboard Cameron Valley
nak jalan pun susah hanya disini  tak der orang nak bergambar 
kecuali rakan kongsi seumur hidupku


view Cameron Valley  kulihat hijau

Lawatan pula ker Cactus Point

macam-macam bentuk macam-macam rupa
sekrang tidak lagi membeli pasu-pasu kecil caktus
hanya suka mengambil gambar sahaja
dulu minat juga ngan caktus tapi bila tanam tak menjadi

suami saya dengan  caktus pilihannya
orang dah kata duri caktus berbisa
ajernyer yang tak dengar kata....lepas pegang caktus
sedar-sedar jadi berdarah


terkenang satu masa dulu rumah dipenuhi pasu impation
bunga bermusim tak larat nak jaga
tapi suka tengok warna merah yang sangat berseri-seri


Dalam duk sibuk merakam gambar
anak bongsu mencari katanya ayah panggil
ingatkan apa rupanya nak tunjuk okid Cameron Highlan
orkid sliper kegemarannya
penuh sepasu bila dikira berbaloi kalau membeli
mengenangkan dalam kereta tak der tempat nak isi
tengok sahajalah

 ini pun sama sangat menarik hati
kerana harganya murah
mengenangkan rumah yang ditengah sawah
tak serasi mengisi jenis ini
gambar sahajalah


suami pun berkata tak nak beli ker....
dengan semangat yang membara
dan kerana perbelanjaan yang berhemah
dikuatkan juga semangat
tanpa bersuara mengelengkan kepala
anak bongsu kehairanan
betui ler ini ibu adik..sejak bila tak nak membeli okid
pada hal memang lega hatinya
 kerana  tak bertambah koleksi kat rumah yang sememangnya dah padat


tempat baru di Cameron Highlan
Lavender Garden
baru dibina memanglan cantik
tapi nak masuk pun duit kena cantik
kempes poket jika semua ahli keluarga nak masuk


sesi fotografi bermula
adik pempuan bongsu saya bersama anak sulungnya
sakan demer bergambar
nak masuk fb kater demer wehhhhhhhhhh


gambar dari atas lavender garden, warna warni gitu


Shaza pulak sibok nak bergambar
katanya nak gambar pancutan air nak gambar 
punya nak adjust gambar nak bagi nampak gambar rumah
punya lah kecik gambar dia...jadilah buat kenang-kenangan


 gambar dari puncak lavender garden
berselarak kereta
bayangkanlah kalau kita terjatuh dari atas
patah riuk tulang temulang..MasyaAllah

 terdapat banyak gerai cendera hati di tepi-tepi jalan keluar 
tak belipun sebab sama jer yang terdapat kat pasar malam tu



model saya yang tidak dikenali sedang berkira-kira nak pilih yang mana satu
itulah yang dikatakan rambang mata
beli dik jangan tak beli
makcikpun tak beli sebab duit dah habes bayor tiket masuk huhuhuhu
Cameron Highland dan keluarga saya memang tidak dapat dipisahkan
Selayaknya Cameron Highland jer lah tempat nak  bertandang
bila kira-kira balik 10 kali pergi ke sana
ajernyer tak der tempat lain nak pergi
iyer ler nak melawat luar negara tak berkemampuan.


0 comments:

Post a Comment