Monday, May 20, 2013

Owhhhh My Orchid


Lamanya dah tak berblog
apa alasan nak bagi
kesuntukan masa lantaran kerana tidak pandai mengurus masa
sebenornya tak der orkid yang berbunga
tu yang membisu seribu bahasa
gambar pertama ni percubaan pertama menanam okid pinang
orkid ni pemberian kawan yang sama hobi
sama ada sall blewy, pian atau alin
kata otai okid kalau nak tanam okid pinang
pasu kena kecik jgn boh dlm pasu yang gedabak
sbb pertumbuhan pokok jadi lambat
jadi berbekalkan kepada fakta yang kawan dah beri
makcik ni pun mencubalah
nunggu punyer lama akhirnya
keluar juga bunga putih-putih melati gitu
siap ada bau wangi-wangi lagi
ada banyak lagi pasu okid pinang di bahagian belakang
tapi kali ni tak boleh tunjuk sbb pokok okid ngan rumput sama naik
dah lama tak berkebun
klau boh gambar org tak kenal nama satu orkid mana satu rumput
inilah akibat kalau virus malas menyerang



Gambar ke dua
kisahnya okid ungu ni asalnya ditanam
kat luar pagar rumah 
agaknya kerana terlalu subur dan ketinggian mencecah atap 
ntah macam mana ketinggian tidak dapat menampung kekuatan pokok
satu hati patahlah pokok kesayanganku
sayang ler juga sebab belom sempat berbunga dah kiokkkk
mesti lah hati rasa hampa kannnn
nak campak dlm tong sampah sayang
dicucukkan dlm pasu adenium
berbunga ler pulak...ungu lagi
tak kisahlah kan...ungu pun ungu lah...janji berbunga




Yang ini pula non stop berbunga
letak ler kat mana atas pagar ker bawah penyidai ker
letak dlm semak samun pun dia berbunga
sila abaikan paku pakis yang di belakangnya
itulah background yang buat orkidku berbunga
sembang orang malas.......
dah lama tak meracun rumpai
okidpun berserabai..huhuhuhuhu


Sejarahnya pula okid ni
kedudukannya bersebelahan dengan okid yang di atas tadi
agaknya kerana jeles jiran sebelah menguntum bunga
dia pun tak nak mengalah
berbunga juga nak tunjuk kebolehan kat paku pakis
mesti dia kata...ngko jangan tak tau akupun boleh berbunga
tengok merah-merah delima lagik....
agaknya itulah yang dia gahkan sangat kat paku pakis yang tumbuh menghijau


Tak leh lawan dengan okid labah-labah
penyeri laman rumah
paling rajin berbunga
kira jadi penawar jiwa tuan punya rumah
pernah satu hari nasihat kengkawan
suruhnya dihapuskan okid ni
tak mauuuuuuu.
okid ni ada kenangan 
sebab masa tingkatan tiga
okid ni ler yang saya paling suka
sebab warnya kuning berbelang coklat
mula-mula jatuh cinta pada dunia okid
okid jenis ni ler..........

cantik juga kalernyer yer...hijau kuning
nanti kiter citer lain
nak p jamuan makan jap
katanya ada satey...my fabret food
menambah kaleri dan menambah kolestrol
tak pegi orang kata tak sudi pulak
nak tak nak kena pegi ler juga


0 comments:

Post a Comment