Thursday, February 28, 2013

Dua minggu telah berlaku
dua minggu jugalah tidak membaja orkid
terasalah dah lama tak membelai orkid
terasa hilang satu nikmat dunia
semalam secara tak sengaja semasa menyiram pokok
terpandang sesuatu yang berwarna pink
di bawah bumbung
suka, suka sukaaaaaa.
dah kembang dah dia
memandangkan pasu yang tigantung di bawah bumbung
kedudukannya agak  tinggi
terjangkeit jengkit kaki 
punya nak ambik gambar baik punyer
akhirnya dapat juga

Selalu terpandang pada gantungan orkid ini pada sebatang kayu
sangat-sangat kasihan kerana hanya ada dahan sahaja
semasa menyiram atau membaja
aku sekalu berkata pada gantungan orkid ini
kalau tak nak berbunga pun tak apa
hiduplah engkau elok-elok subur disini
jangan mati, esok-esok kalau berbunga
keluar cantik-cantik tauuuuu
itulah pesanan aku setiap kali menyiram atau membaja
selalu aku bercakap dengan orkid-orkid kesayangan aku
orang kata kalau nak orkid berbunga kena rajin bercakap
kadalang kala diluar kawalan aku cuba mempraktikkan apa yang orang kata
barangkali tanam tanaman aku mengerti isi hati tuannya
lalu dia mengeluarkan bunga
puas juga hati aku kerana warnanya kuning
akhir sebuah penantian berbunga juga yerrr..owhhhh yeaaaaaaah...! 

yang ini pula selalu berkembangan
tak putus-putus bunganya


aku boh nama dengan gelaran orkid labah-labah
suka tengok dengan warnaya...apa lagi kuning ler
ceria jer kembangnya
asal pokok ini aku ambil dari rumah kawan
yang dia buang di bawa


Hargai Yang Kita Miliki


Sesekali mencuri pandang kepada wajah itu agak sayu hati aku.Tiada lagi hilai tawa pengubat lara,Raut muka yang telah hilang seri kerana terpaksa berjauhan dari anak dan cucu-cucu yang dijaga semasa usia muda.Sekarang cucu-cucu yang dijaga sudah meningkat dewasa.Cucu-cucu kesayangan sudah berada di menara ilmu belajar tinggi tentang ilmu dunia.Bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang untuk mendapatkan jawatan tinggi di dalam bidang perkerjaan.Belajarkah mereka tentang ilmu untuk berbudi bahasa atau mengenang jasa jari-jari tua yang telah menyuapkan nasi buat mereka berdua ketika dibawah usia empat tahun.

Wajah tua yang tiada lagi seri menghiasi hati. Hanya hari-hari sepi menemani sepanjang hari.Berteman seutas tasbih.Hanya zikir yang terukir dibibir.Itulah bahagianya, itulah cerianya.Ada ketika dia tertidur dengan telefon bimbint digengaman tangan.Barang kali menunggu panggilan dari seseorang.Menunggu dari panggilan orang yang dia sayang.Telefon canggih yang dibeli dari duit sendiri.Malangnya tidak pernah berbunyi.Kasihan aku melihatnya.

Manakala wajah tua yang sudah dimakan usia, raut wajahnya kian hari kitan pudar dari suasana ceria Namun dari bibir wajah yang tidak lagi ceria sentiasa terpancut nama-nama cucu-cucu yang dijaga sedari kecil itu.Dari bibir wajah tua sentiasa tersebut nama anak perempuannya yang jauh dimanta.Setiap apa yang dijamah mana-nama itu selalu sahaja disebut-sebut.Ternyata rindu benar dia dengan cucu-cucunya itu.Terpancar aura ceria di wajahnya apabila dia menyebutkan nama-nama itu.Aku yang melihat terasa amat sayu.Tidak teringatkah mereka untuk bertanya kabar atau membisikkan erti rindu buat wajah tua itu.

Teringat pesanan bonda kesayangan aku di kampong.Kata bonda kesayangan ,anak yang kita sayang buat apapun tidak mengapa.Cucu kesayangan minta apapun sanggup dicari hatta bergadai nyawapun sanggup membeli demi cucu yang kita bela yang kita jaga.Anak yang kita sayang cakap apapun kita tidak terasa.Tapi anak itulah, cucu itulah  yang selalu mempersiakan hidup kita.Orang tua selalu memerhati kepada kisah dan tauladan.Ada kebenaranya disitu.Pesan bonda lagi, berilah kasih sayang yang sama adil kepada semua anak-anak kamu.Jangan pilih kasih .Memang betul kata bonda kesayangan aku.Hakikatnya begitulah.

Telinga pula sudah tidak boleh mendengar seperti anak-anak remaja.Kadang terpaksa meninggikan kata apabila hendak berbicara dengannya. Bimbang pula dikata menengkingnya.Apabila berada di usia sebegitu perasaan cepat terasa mudah mengusik hati.Dari terasa kita meninggikan suara sekarang aku jarang berbicara dengannya.Hanya perkara-perkara yang perlu sahaja yang aku bercerita dengannya.Ada ketika aku bercerita tentang perkara lain dia pula asyik bercerita tentang cucu kesayangannya,Aku menganggukkan kepada dan terus terdiam tanda untuk pemproses segala.Teringat pesan arwah bapaku...diam bila kita tidak mau menyakitkan hati sesiapa.Bercerita apabila tidak mengundang dosa.Patut arwah bapa tidak banyak cakap rupanya dia takut kepada dosa.Sekarang aku pula menjadi sepertinya.Al-Fatihah untuk bapaku yang selalu mengajar aku tentang erti dosa dan pahala.Kini aku belajar pula untuk menjadikan sabar menguasi seluruh kehidupan ini.

Wajah yang sudah jarang-jarang meninggikan suara kerana tidak ada apa lagi yang boleh dimarah olehnya kerana semua keperluan telah tersedia.Setiap kali keperluannya tersedia sentiasa terungkap ucapan terima kasih  dari bibirnya sebagai tanda menghargai.Bagi aku tidak perlu diucap perkataan itu.Inilah tanggungjawab seorang menantu terhadap sorang ibu.Walau aku bukan dilahirkan dari rahimnya. .Walaupun aku bukan anak perempuannya, kerana aku wanita,aku menghormatinya  dan aku faham perasaannya lantas  aku menganggap aku anak perempuannya. segala keperluan dan tanggung jawab aku laksanakan seiklas hati.

Inilah kenyataan dari satu kehidupan dari hati aku terlara membaca cerita dari dairi seorang tua hati aku terubat pabila melihat orkid yang aku jaga dari kecik telah mengeluarkan hasil.Walaupun tidak seberapa.Apabila berbunga telah menceriakan aku walaupun tadi berjuraian air mata mengenangkan kisah seorang tua yang telah dimakan usia.

Ungu yang selalu menghiasi di bawah bumbung tempat parking kereta
iyer lah dah tak der umah orkid boh jer lah kat bawah bumbung
Mini orkid yang sangat rajin berbunga
mula-mula berbunga kuntumannya sangat kecil
agaknya dah terlebih baja, jadi sebegini
seolah mengejek aku pulak asyik terjelir jer lidahnya
ok juga kan cik ungu aku  nie..3 kuntum pun jadilah

Seminggu menanti orkid ini berbunga
kembang juga akhirnya
sangat comel suka kerana berwarna kuning
betul orang kata walaupun kecil tapi comel
sangat menceriakan suasana

 Mula-mula berbunga sekuntum sahaja
Ini kali ke dua berbunga  tiga kuntum serentak
sekali berbunga banyak kuntum
berbaloi segala penat lelah aku selama ini
orkidpun tahu membalas budi atas jasa baik tuannya
ini pulak kita manusia yang ada hati dan perasaan iyer tak
Kebanyakan dari koleksi aku warna bila berbunga selalunya ungu + putih
tanya dek rakan kongsi seumur hidupku (suami ler) 
kenapa semua orkid kita ungu?
bukanlah aku penentu kaler orkid kan itu tanda kekuasaan Allah
apa yang diberi terima ajeler..janji orkid berbunga
sebenarnya  aku sendiri mengidamkan orkid berbunga dengan warna yang merah menyala
semalam terkeluarlah orkid ini
kali pertama berbunga
kira menepati citarasa kerana warnanya  
ceria sangat
jangan tanya nama spesifiknya 
pernah cuba bertanya pada pakcik goggle 
tapi tak pernah nak ingat
warna pink yang pekat suka tengok sebab di tengah-tengah ada kuning
kan aku peminat kuning
bila diperhatikan satu tangkai 
bunganyer kecik pun tiga kuntum juga
namun cepat-cepat aku berkata
nikmati apa yang telah kita usahakan
bersyukur dengan apa yang kita ada
hargai apa yang kita miliki




Damailah Di Sana

Hari ini ibu sangat rindu  pada anak kedua  ibu
rindunya pada kamu sampai 
terasa mahu memanggil-manggil nama kamu
ibu tiada terdaya mengeluarkan suara
kekal diingatan ibu
lapan belas huruf abjad nama kamu

Muhamad Syafiq Ihsan 
ibu hanya mampu terkenangkan kembali
saat-saat Syafiq dilahirkan ke dunia ini.
Tanda kesyukuran seorang ibu 
sepuluh tangan ibu tadahkan ke Hadrat Ilahi
dikurniakan seorang lagi anak lelaki

Ketika  itu 
Syafiq tidak petah untuk berkata-kata
namun senyuman Syafiq  
adalah penawar bagi bagi segala kesakitan
tika melahirkan kamu 
Ketika itu
kelipan mata Syafiq adalah kekuatan ibu
 tangisan pertama Syafiq penyeri seluruh keluarga kita
wajah Syafiq putih gebu
rambut Syafiq hitam pekat
bibir Syafiq munggil
warna kemerahan seperti warna orkid ibu




Hari ini 1 Mac 2013.
kalau Syafiq ada
usia Syafiq hari ini genap 20 tahun
 Sudah remaja anak ibu
mungkin ketika ini
kalau Syafiq ada
mungkin Syafiq sudah  belajar dimana-mana Universiti seperti Abang Long
kalau Syafiq masih ada
mesti Syaafiq selalu minta ibu doakan kejayaan 
seperti mana yang Abang Long selalu harapkan
kalau Syafiq masih ada disisi ibu
Hari ini 
mungkin Syafiq minta ibu buatkan kek seperti mana yang Adik Azri  selalu minta
kalau Syafiq masih ada
mesti Syafiq suka akan bau wangian okid ibu yang sedang 
mekar mewangi di depan rumah kita
bila okid ini berkembangan
ibu terbayang senyuman  manis Syafiq
masih terpahat diruangan mata
lirikan mata  dan amat menawan dan manja  menggoda
yang sentiasa Mekar Mewangi di Taman Hati ibu



Seperti tahun-tahun yang telah lalu
untuk Syafiq cahayamata kesayangan ibu
seperti mana tidak putusnya mekar mewangi okid-okid ibu
sebegitulah ingatan ibu terhadap kamu
meski hilang dari pandangan mata
namun kenangan membesarkan kamu 
sentiasa mekar mewangi di taman hati ibu

Hari ini
 sempena hari ulangtahun kelahiran Syafiq
Yang dapat ibu hadiahkan
   untuk Syafiq permata hati ibu
Hanyalah Al-Fatihah.
Damailah anak ibu disana.





Wednesday, February 13, 2013

Bila Okid Berkembangan

Lantaran kesuntukan masa menjaga keluarga tercenta
ataupun sifat malas melanda diri makanya
terbiarlah sepi blog Makcik..kesian dia
namun begitu  hasil tanam-tanaman Makcik hebat berbunga
hebatlah sangat heheheheheh
tak manernyer hebat...buat perasan sendiri adalah
yang dibawah ni  hasil tembakan anak sulung
naper orkid ibu banyak warna ungu
itulah soklannyer bila dia balik yang kembang warna ungu
mana ler ibu tau...janji berbunga sudah
ungupun ungu ler....


  
Yang ini edisi pertama dalam koleksi
nak tunggu berbunga tahap kesabaran punya tinggi
bila tiba taim membaja jenoh bertanya bila nak berbunga, bila nak berbunga
dah berbunga termalu-malu ler pulak
kunen coklet kalernyer...febret kaler tu...syiok kannnnn

 Terselit hoya
kutip kat tepi jalan masa jenjalan ke Pangkor setahun yang lalu
teringat kata apek driver van
aiiya..wa ali-ali lalu ini tempat macam mana talak nampak
tu punya mata banyak tajam maaaa
terkedu driver  bila aku suruh dia stopkan van
semata-mata nak ambil  hoya yang bergayutan pada pokok apa ntah
puas juga nunggu berbunga 
nah bila berunga
punyer kenit bunga dia...halus sgt rasa sebesor mata mancis
bila kembang berbau wangi menusuk kalbu
ok ler kannnn...berbunga juga hoyaku...
ada putih dan sedikit merah kira berseri jugalah

 Yang ini pula tak ingat beli kat mana
mula2 beli mini orkid lama tak berbunga
terselit juga kerinting okid..
jadilah yang penting ada koleksi jenis ini ungu pun tak per


Sangat Rajin berbunga
kira jenis ini penyeri rumah
yang lain mogok dan tak reti-reti berbunga
tapi yang ini memang proaktif antara rajin dengan tak yer boh kt blog
seronok kan bila okid kita rajin berbunga
kembang hati tuan yang empunya


Mini catlea berbaloi-baloi bila berbunga
sekali berkembangan lima kuntum
klau masuk pertandingan boleh menang kot yer.....
jangan perasan ler makcik , tak dernyer nak menang
tapi yang aku suka pada baunyer yang wangi semulajadi... kalah ambi pior
tiap-tiap kali menyiram orkid aku duk berdiri kata sebelah pasu nie ler
kan aku suka menda yang wangi-wangi
lalu aku berpesan pada okid jenis ni
musim akan datang bunga banyak-banyak tauuuuuuuuu
nnti boleh bawa masuk pertandingan kat Taman Tasek Tepingggg
mana tau kot2 boleh jadi juara..ewah prah santan lebeh2 pulak
emmmmmmmmmmmm....!

 Kunen berseri-seri dan tinggi nilainya
kerana apa?
kerana ini pemberian geng orkid dari Sg.Petani
semoga perniagaan kawan yang memberi
berkembang maju



seronok sgt kerana koleksi kuning bertambah dalam keluarga kami
macam dpt cucu ler pulak heheheehe..
sabor yong sabor menantu pun tak mandang lagi
anak sulung pun tak abes blajor lagi) 
beli  kat Padang Besar  masa tengah gila menambah koleksi okid



 ini pun sama kisahnya  sejarahnya sama seperti kisah yang di atas
 merah ler pulak
dah tak berapa jaga sangat sebab kedudukannya dah jauh ke tepi dinding 
menjangkau ke rumah jiran sebelah
jiran yang syyyyyyyyyyyy tu ler
cucunyer gemo mencederakan orkid teman dengan kayu mopnyer
tapi tu ler nak marah dah tak boleh marah
ajer yang biut jiran syyyyyy teman tu
ingat geram nak nampor jer...tapi tak sampei hati ler pulak
bior jer ler kannnnnnn.....
janji orkid teman berbunger
cantik juger kannnn komer...?


dulu selalu melangut kt blog org nengok gambor orkid demer
tertanya-tanya juga mau ker okid kiter kembang macam tu
kerana sabor Tuhan tau hasrat kiter kannnn
berdoa tak putus-putus akhirnya dapat juga okid yang ghoper itu
kembang lagi hati teman wehhhhhh...
seronok tengok kalernyer...menawan gitewww

 yang ini usah citer ler....rajin membaja rajin menyiram
berbunga ler dierrrr
tiap-tiap kali berbunga berjuraian panjang mencecah lantai


Teman panggil orkid sotong
beli kt Jalan Kuala Kangsar kat Ipoh sana
masa beli mak kata ntah idup ntah mati
tapi sebab banyak bertawakal sbb nak beli yg dah bebunga mahei giler
akhirnya kembang juga okid sotong
suka tengok warnanya merah meroon mekeronnnnn.


 Uihhhhh dah tak lalu nak nuleh
mata pun dah berpino sbb masa dah nunjuk kul 1:30 t/hari
ni taim untuk meluruskan pingang yang dah tak berapa nak tegak
tengok ler sendiri yer..koleksi peribadi 





Kita jumpa di lain entri
nak p tidoq jap....