Hari ini ibu sangat rindu pada anak kedua ibu
rindunya pada kamu sampai
terasa mahu memanggil-manggil nama kamu
ibu tiada terdaya mengeluarkan suara
kekal diingatan ibu
lapan belas huruf abjad nama kamu
Muhamad Syafiq Ihsan
ibu hanya mampu terkenangkan kembali
saat-saat Syafiq dilahirkan ke dunia ini.
Tanda kesyukuran seorang ibu
sepuluh tangan ibu tadahkan ke Hadrat Ilahi
dikurniakan seorang lagi anak lelaki
Ketika itu
Syafiq tidak petah untuk berkata-kata
namun senyuman Syafiq
adalah penawar bagi bagi segala kesakitan
tika melahirkan kamu
Ketika itu
kelipan mata Syafiq adalah kekuatan ibu
tangisan pertama Syafiq penyeri seluruh keluarga kita
wajah Syafiq putih gebu
rambut Syafiq hitam pekat
bibir Syafiq munggil
warna kemerahan seperti warna orkid ibu
Hari ini 1 Mac 2013.
kalau Syafiq ada
usia Syafiq hari ini genap 20 tahun
Sudah remaja anak ibu
mungkin ketika ini
kalau Syafiq ada
mungkin Syafiq sudah belajar dimana-mana Universiti seperti Abang Long
kalau Syafiq masih ada
mesti Syaafiq selalu minta ibu doakan kejayaan
seperti mana yang Abang Long selalu harapkan
kalau Syafiq masih ada disisi ibu
Hari ini
mungkin Syafiq minta ibu buatkan kek seperti mana yang Adik Azri selalu minta
kalau Syafiq masih ada
mesti Syafiq suka akan bau wangian okid ibu yang sedang
mekar mewangi di depan rumah kita
bila okid ini berkembangan
ibu terbayang senyuman manis Syafiq
masih terpahat diruangan mata
lirikan mata dan amat menawan dan manja menggoda
yang sentiasa Mekar Mewangi di Taman Hati ibu
Seperti tahun-tahun yang telah lalu
untuk Syafiq cahayamata kesayangan ibu
seperti mana tidak putusnya mekar mewangi okid-okid ibu
sebegitulah ingatan ibu terhadap kamu
meski hilang dari pandangan mata
namun kenangan membesarkan kamu
sentiasa mekar mewangi di taman hati ibu
Hari ini
sempena hari ulangtahun kelahiran Syafiq
Yang dapat ibu hadiahkan
untuk Syafiq permata hati ibu
Hanyalah Al-Fatihah.
Damailah anak ibu disana.
0 comments:
Post a Comment