Wednesday, March 28, 2012

Bot Berhias Di Sg. Kerian

Jumaat Malam Sabtu 23/3/2012
En. Suami beriya-iya mengajak  ke Tepian Sungai
katanya ada bot berhias
penat berjalan kaki mencari tempat parking kereta
maklum malam tu 
berpusu-pusu orang menuju ke situ
dekat 15 minit berpusing  dapat  juga tempat letak kereta
nak cari tempat duduk yang strategik amat mengerikan
agaknya ada orang dah duk kat situ 
dari petang sampai ke malam
punya nak tengok bot berhias
tak terkecuali aku dan keluarga
cari punya cari 
akhirnya dapatlah juga  
tempat lepak  yang dikira agak strategik
bahagian hujung tepian sungai
kira-kiranya bot yang pertama masuk kami yang menengok dulu


dah nampak cahaya berkelip-kelip dari bot yang pertama masuk
semua berpaling macam tak sabar nak melihat rupa bentuk bot berhias
masa kecik-kecik dulu selalu  menengok kat Sungai Perak
ini pengalaman pertama bagi anak bongsu yang bertshirt putih
excited ler sangat, sok abang sulungnya balik bercuti 
sah ituler citer yang akan diberitahu
tengok si Haziq duk mengepit celah En. Suami
 tak sabor nak tengok bot berhias lalu depan mata
puting tak lepas dari mulut
kalaulah masuk dalam sungai sah meraung
bot berhias pertama melintas tempat duduk kami
tak leh nak adjust lansung gambar goyang sesangat
walaupun tak der kualiti sangat
nak jadi kenang-kenangan letak ler juga gambornya kat sini
orang yang dah terer ambik gambor sah bebulu mata menengok
laju pula bergeraknya
hasilnya jadilah sebegini bentuk imejnya
macam gambor kartun 
tak per lah kannnnn belajor dari pengalaman
ini 1st time ambik gambor menda bergerak-gerak
kalau rajin mencuba InsyaAllah
esok lusa pendei ler..........
lepas tu yang ini pulak masuk
suka tengok cahaya lampu biru di sisi kiri kanan bot berhias
 masuk pulak bot berhias yang ini
dari daerah Taiping

diikuti dari daerah Kerian
bos berhias dengan replika udang galah
udangnya bergerak-gerak lagi
agak kreatif lah juga perekanyer

dari JPS Hilir Perak


yang ini pula dari daerah tempat aku dibesarkan
JPS Kuala Kangsar  
dengan replika labu dan rumah pam sayong
dapat tengok nama tempat dilahirkan
kembang   beno hati aku
senyum lebor sampai ke telinga
tempat jatuh lagikan dikenang
inikan pulak tempat membeso
gambor yang ini berbanding 
dengan gambor yang pertama tadi
 aku adjust betul-betul  
ok juga erkkkkkk........


Diakhiri dengan pertunjukan bunga Api
hari ni nak letak gambor line slow macam siput
esok pulak citer bab bunga api .

0 comments:

Post a Comment