Maaf Yer, Nama Yang Sebenar Aku Tak Tahu
Dengan Kata Lain
Tidak Mahu Mengambil Tahu
Dan Bukannya Tidak Tahu
Itulah Sebenarnya
Kisahnya sebegini
Mula-Mula Beli
Memang Dah Berbunga
Macam Biasa, Menunggu Berbunga Semula
Adalah Satu Tempoh Masa Yang Memenatkan
Enam Bulan, Dua Belas Bulan Lupa Nak Mencatit
Maklum Sajalah Umor Dah Nak Masuk Lima Series
Faham-Faham Sajalah
Beli Kat Mana ?
Na Na Na Na…Ladang Orkid Gem Agropark Kulim Kiter
(Kalau nak menyanyi Dalam Nada lagu Trengganu kita)
Promot Tempat Ler Pulak..Lalalalalaa
Disitulah Cintaku Kepada Orkid Telah Bersemi
Dan Disitulah Juga ¼ Dari Duit Gaji Telah Aku Habiskan
Keperluan Atau Kemahuan?
Itulah Yang Sering Dipersoalkan
Oleh Anak Bongsu Yang Sering Memikirkan
Untuk Menambah Tabung Kewangan
Maka Terucaplah Spontan Jawapan Si Ibu
Demi Hobi
Yang Sangat-Sangatku Sayang
Samalah Seperti Sayang Ibu Pada Ayah Kamu
Ala-Ala Lagu Hetty Kos Endang Gitu ..Hahahaha
Bukan Nak Bodek Suami Tercinta
Wahai Suamiku Ini Kenyataan Tauuuuu….
Sambung Balik Bab Orkid
Yang Atas Tadi Tu, Selingan Saja Nak Bercerita
Minggu Lepas, Nampak Macam Dah Nak Kembang
Minta Tolong Anak Sulung Mengambilkan Gambar
Apa Guna Ada Nikon D90 Kannnnnnn
Beli 2nd Hand Jer…Jadilah
Eh.. Nak Citer Orkid Ker
Nak Citer Bab Dslr Nie … Aiiii Ntah Lah
Berbalik Pada Orkid
Petang Semalam Baru Si Abg Long Mengambil Gambar
Itupun Tiga Keping Sahaja
Katanya : Tak Leh Shoot Tak Tentu Hala Ibu
Shutternyer Kena Kira,
Itu Katanya,
Amboi-Amboi Dengan Ibu Pun Nak Berkira
Bab Dslr Aku Tak Mengambil Tahu Sangat
Sebenarnya Aku Tahu
Dia Malas Nak Mengambil Gambar
Tapi Tiga Kepingpun Jadilah
Dari Tak Ada Gambar Lansung
Yang Penting Kuntuman Orkidku
Ada Gambar Ada Gaya. (Heheheheheh Perasan Pulak)
Jom Kita Tengok
Jangan Tak Tengok.
0 comments:
Post a Comment