Wednesday, June 15, 2011

Lembayung Senja Di Penghujung Hari

Orkid ini aku beli dari Ladang Kg. Sarang Ayam, Kulim, Kedah tahun 2010.
Tarikh sebenarnya aku tak ingat.
Yang aku ingat tahun 2010,
tahun aku mula jatuh cinta dengan dunia orkid.

Tak kira dimana orang kata ada ladang/nurseri orkid,
semua aku redah semua aku terjah.
Ketika tu aku mula membeli orkid
tanpa mengira bentuk, warna ataupun jenis.

Dalam fikiran hanya satu
mahu menambah koleksi orkid.

Tibanya hari Sabtu
tugas utamaku
membaja orkid tidak aku abaikan
.
Berbulan-menunggu tanpa jemu
akhirnya penantianku berakhir juga.

Bila berbunga hatiku gembira hingga tak terkata
Sangat berbaloi membeli dengan harga RM5.00
Saksikanlah warnanya yang terang ,
seceria lembayung Senja di penghujung hari.






0 comments:

Post a Comment