Thursday, June 7, 2012

Kenduri Kawin Eija


Tarikhnya 19 Mei 2012
Pukul 7: 00 pagi dah keluar rumah
Hala tuju pada pagi itu
Menghala Bandar Diraja  Kuala Kangsar
 Daerah dimana  tempat aku  dilahirkan dan dibesarkan
Tujuannya pada hari itu
 ada kenduri kahwin sepupu
Penggantinnya  sepupu aku
Eija nama panggilan mesra kami
Nama penuh Nurliza Binti Mustapa
Pasangannya ishhhh ….Lupa ler pulak

Sampai awal pagi dan kerana tak der apa nak buat
Apa lagi dengan nada merayu dan dalam keadaan paksa rela
Inilah gambar ke dua ayah dan bonda tercinta pengantin perempuan
Yang lelaki tu ayah kepada penggantin perempuan
Merangkap adik kepada mak aku
Panggilan mesra kami kepada ayah penggantin
 Acik Tapa dan isterinya Makcik Mah
Terkenang balik masa zaman muda-muda aku dulu
Mereka inilah yang jadi orang kuat majlis perkahwinan aku
Cepatnya masa berlalu
Kini aku pulak yang buat2 menyibok dalam kenduri anak dia
Iyer la tempat jatuh lagi dikenang ini pulak jasa baik orang pada kita kannn
Susahnya nak pujuk mereka berdua nak bergambar
Akhirnya aku tau pak cik aku alergik dengan lagu cik mek molek
Dengan lagu yang ala-ala  Dato’ M Daud Kilau aku mengalunkan lagu
Senyum, senyumlah ahai cek mek molek
(seb baik tak turun hujan rebut hari tu, tau jer la suara aku kan sedap
 mcm katak pisang panggil hujan)
Makcik aku ni asal dari Kelate
Sesuailah lagu tu kannnnn
Akhirnya terpukul gambar yang sebegini
Dalam hal mengambil gambar
 Aku kannya profesionalpun
Belasah jer
Jadilah buat kenang-kenangan
tuan rumah pada hari itu 
Inilah gambar pakcik & makcik aku

 
 
Selagi takder gambar family aku  tak puas hati
Jenoh mengumpulkan seisi kelurga
Almaklum semua ada kerja yang telah ditetapkan
Tak buat karang tau jer le jelingan  maut Mak Cik Mah
Kalau dah marah slang Kelate nyer akan keluar dan  dia sorang yang paham
Kalau menjerit  Gunung Kinabalu pun boleh roboh
Naik lengoh ler juga kaki nunggu semua ahli keluarga berkumpul
Suara usah citer dah jadi serak  memanggil  dan dah boleh  nyanyi lagu rock 

Akhirnya terpukul juga gambar satu keluarga
Dah tertengok gambor
Barulah tahu betapa meriahnya keluarga makcik  aku
Kerana warnanya tema kendurinya ker
Sedondon kaler merah hati
Atau kerana ramainya ahli keluarganya ker..
Alhamdulillah adik beradik ramai kata orang sepakat membawa berkat
Bila di hitung di kira campur darab bahagi semua…bab metematik aku lemah sikit
Jumlah semua sepupu aku adalah
Yang perempuan lima orang dan yang lelaki 4 orang
 manakala si cinonet berjaket hitam tu cucu sulung pakcik aku
Nama-nama mereka tak lah aku sebutkan disini
Bukan kerana tak ingat tapi  yang sebenarnya aku tak berapa tau nama mereka
Bukan kerana factor usia tapi kerana jarang-jarang jumpa
(apa punya sepupu ler aku nie masalahnya kan dah aku tulis kat atas tadi baca jer )
Apapun marilah kita sama-sama tengok gambar  sepupu sepapat aku

 
Cepat Yong ambik gambar kami..
(Yong ni kan panggilan  glamer khas untuk orang Perak, kan aku anak sulung )
Yang ini pula grop anak  perempuan sahaja
arahan  ker permintaan ntah ler
itulah aksinya lima anak dara  yang juga sepupu perempuanku
Lepas Eija tak tau ler saper pulak yang nak menikah
tiga yang di depan tu kosong lagi sesape yang berkenan
sila masuk meminang
(suka-suka buat iklan percuma gurau-gurau yer org kata wat lawak menambah mesra sesame kita sanak saudara hehehehe)

 
Seperti biasa bonda tercinta aku tak nak melepaskan peluang ke emasan
Ambik gambar Mak pulak ngan Eija, buat kenang-kenangan
Ayat tu dah biasa dah
Selagi tak dapat bergambar atas pelamin bersama pengantin
Bukan Mak Pidah ler namanya
Mesti  pagi tu  Mak punggah satu almari nak cari baju sedondon
Seb baik tudung warna putih
Tengok baju bonda tercinta dah nak sama dengan warna pelamin
Kalau tidak kerana tudung putih
 tak dapat di kesan gambor bonda aku mana satu skirting pelamin
Tak caya..tengok ler sendiri
Apa-apapun hari tu mak aku  sangat ceria
I LUV U MAK
 
Ni pulak acara bergambar beramai-ramai
Nanti boleh boh dlm FB bleh tayang pada sepupu yg  tak dapat datang  pada hari tu
Bila tengok balik di mana AKU, jenoh nengok TAK der rupanya
nak pujuk hati kan hari tu aku jadi camerawomen
Apa lagi nak dikato
Sedih ler sesangat…
Ada gambar cuami dan anak bongsu pun jadilah
Boleh jadi bahan bukti nak tunjuk pada anak sulung yang tak dapat balik bercuti
Alas an paling kukuh  nak study  untuk semester 2, nak score itu katanya
Cuba perhati betul-betul
Demer semua tak tengok camera aku, pandang tempat lain pulak
Tau  ler camera  aku  cap ayam
Yang lain tu mak aiiiii..semua DSLR
Dua kali sedih aku  hari tu

 
Dalam pada duk sibuk pukul gambar majlis perkahwinan
Yang nak dijadikan kenangan sepanjang hayat
Tiba-tiba ada orang member salam
Toleh ker belakang
Ehhhhhhhhhhhh kawan baik aku masa sekolah dulu
Kerananya dah berkurun lama tak bertemu
Sangat –sangat terharu bercampur pilu
Hari ni dapat bersemuka
Maka bederaianlah air mata kegembiraan
Mengiringi pertemuan yang diluar jangkaan
Camera pun bertukar tangan

Kali ini anak bongsu  pula punya pukulan
Katanya minyak kat muka ibu boleh goreng sekilo ayam
Sementelah ler dia suka ayam goring
Tak kira lah anak oiiiiii janji ibu jumpa kawan lama
Tengok betapa dah berisi muka kami
Dulu wajah  kami  tak der isi, hanya ada jerawat di pipi
Sekarang dah gemuk dan pipi berseri-seri
Tanpa mekup tauuu…muka ori tapi mata dah tak leh buat apa
sekarang  kena pakai mata empat
tanpa berkaca mata tak sempurna nak mengata
Jangan tak tau
dahulu setiap kali  jumpa, acara wajib bergosip 
tentang kisah kisah cinta dialam remaja 
tapi sekarang hari tu topikya dah jauh berbeza
Bila pulak nak bercucu..heheheheh
Anak pun sekolah tak abes lagi
Tanpa berkaca mata tu kawan baik aku Zalela namanya
Dia pemalu sampai sekarang masih  sama seperti itu
Seronok kannn bila dapat jumpa kawan lama
Terasa usia kembali remaja
Lupa pula nak perkenalkan diri
Yang senyum dah tak berapa nak manis
Maklum dah dipenghujung usia
Bertudung oren itulah aku.




0 comments:

Post a Comment