Thursday, September 27, 2012

Belajar Menjadi Insan Yang Redha





Dah  bersawang & bertapuk2 habuk kat blog Makcik
berbulan-bulan  menyepikan diri
lantaran kesibukan  melayani anak sulung yang balik bercuti
masa kerja di pejabat telah digunakan sepenuhnya
tanpa mencuri sedikit masa untuk berblog
cukup masa 5:10 petang terus balik rumah
memasak jer lah kerjanya
Sempena bulan Ramadhan & Syawal 
semua  orang sibuk  mengumpul pahala
selagi ada kesempatan
maka makcikpun tak mahulah ketinggalan
kesempatan yang ada direbut sama
 
Hari ini baru berkesempatan nak menulis kembali 
cerita kali ini bukan lagi berkisahkan kepada hobi tentang orkid kesayangan
kali ni berkisar kepada kisah terkini di pejabat
telah tersebar di satu kampus
bahawa berita pertukaran staf sedang berleluasa
oiiii kecut perut makcik
iyer lah dah berbelas tahun kerja ditempat yang sama
tiba-tiba kena tukar ke tempat lain
memanglah menurut kata orang-orang yang tidak ditukarkan
kata mereka masih lagi di kampus yang sama
cuma lain-lain jabatan
masalahnya

Di  usia warga emas ni biarlah dipencenkan dalam jabatan yang sama
tak perlulah ditukarkan ke tempat-tempat yang lain
buat apalah nak ditukar-tukarkan staf yang tidak berminat untuk bertukar
lainlah kepada staf yang memang tidak ada minat untuk bekerja ditempat yang sama
tukarkan jer lah kepada orang yang memang berminat bertukar tempat kerja
alasan orang atasan mahukan pekerja yang multi tasking
orang lain yang bermasalah kita pulak yang jadi mangsa
tidakkah nanti bila ditukarkan ke tempat yang tak sealiran dengan kita 
prestasi kerja akan merudum
tidak terfikirkah oleh mereka 
balik-balik kepada KPI
aduh...KPI mereka di utamakan
tapi kepentingan staf tidak diambil peduli

Ada juga di bincangkan bersama suami katanya
kalau ditukarkan redha jerlah
nak buat mcm mana
dulu masa mula-mula pindah dan bekerja di tempat yang sama
begini juga ceritanya
agaknya dia juga malas nak mengulas
takut isterinya pulak naik darah tinggi
fikir punya fikir betul lah juga
masih lagi di kampus yang sama
bukan di Kelantan atau di Terengganu
Apa-apa keputusan terima dengan redha.



0 comments:

Post a Comment