Tuesday, October 9, 2012

Hargai Apa Yang Kita Miliki


Sesekali mencuri pandang kepada wajah itu agak sayu hati aku.Tiada lagi hilai tawa pengubat lara,Raut muka yang telah hilang seri kerana terpaksa berjauhan dari anak dan cucu-cucu yang dijaga semasa usia muda.Sekarang cucu-cucu yang dijaga sudah meningkat dewasa.Cucu-cucu kesayangan sudah berada di menara ilmu belajar tinggi tentang ilmu dunia.Bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang untuk mendapatkan jawatan tinggi di dalam bidang perkerjaan.Belajarkah mereka tentang ilmu untuk berbudi bahasa atau mengenang jasa jari-jari tua yang telah menyuapkan nasi buat mereka berdua ketika dibawah usia empat tahun sehinggalah mereka dewasa dengan air tangannya.

Wajah tua yang tiada lagi seri menghiasi hati. Hanya hari-hari sepi menemani sepanjang hari.Berteman seutas tasbih.Hanya zikir yang terukir dibibir.Itulah bahagianya, itulah cerianya.Ada ketika dia tertidur dengan telefon bimbit digengaman tangan.Barang kali menunggu panggilan dari seseorang.Menunggu dari panggilan orang yang dia sayang.Telefon canggih yang dibeli dari duit sendiri.Malangnya tidak pernah berbunyi.Kasihan aku melihatnya.

Manakala wajah tua yang sudah dimakan usia, raut wajahnya kian hari kitan pudar dari suasana ceria Namun dari bibir wajah yang tidak lagi ceria, sentiasa menyebut-nyebut nama-nama cucu-cucu yang dijaga sedari kecil itu.Dari bibir wajah tua sentiasa tersuara nama anak perempuannya yang jauh dimata.Setiap apa yang dijamah mana-nama itu selalu sahaja disebut-sebut.Nama itu sahaja yang terungkap.Nama-nama itu sahaja yang didengar.Ternyata rindu benar dia dengan cucu-cucunya itu.Teringat benar dia dengan orang-orang itu.Terpancar aura ceria di wajahnya apabila dia menyebutkan nama-nama itu.Aku yang melihat terasa amat sayu.

Tidak teringatkah mereka untuk bertanya kabar atau membisikkan erti rindu buat wajah tua itu.Tidak teringatkah mereka untuk memeluk rapat tubuh tua itu sambil mengucapkan kata-kata  sayang sebagai balasan membesarkan mereka sewaktu mereka kecil dahulu.Masihkah dikau ingat wahai anak-anak cucu-cucuku.Barangkali itu yang bermain di fikiran wajah tua itu.Kerap kali aku tepandang ada genangan airmata bila dia duduk bersendirian di kamar sepi itu.Sepi itu yang mengindahkan hidupnya kini. Aku hanya memerhati.

Teringat pesanan bonda kesayangan aku di kampung.Kata bonda kesayangan ,anak yang kita sayang buat apapun tidak mengapa.Cucu kesayangan minta apapun sanggup dicari hatta bergadai nyawapun sanggup membeli. Demi cucu yang kita bela yang kita jaga.Anak yang kita sayang cakap apapun kita tidak terasa.Tapi anak itulah, cucu itulah  yang selalu mempersiakan hidup kita.Orang tua selalu memerhati kepada kisah dan tauladan.Ada kebenaranya disitu.Pesan bonda lagi, berilah kasih sayang yang sama adil kepada semua anak-anak kamu.Jangan pilih kasih .Memang betul kata bonda kesayangan aku.Hakikatnya begitulah.

Telinga pula sudah tidak boleh mendengar seperti anak-anak remaja.Kadang terpaksa meninggikan kata apabila hendak berbicara dengannya. Bimbang pula dikata menengkingnya.Apabila berada di usia sebegitu perasaan cepat terasa mudah mengusik hati.Dari terasa kita meninggikan suara sekarang aku jarang berbicara dengannya.Hanya perkara-perkara yang perlu sahaja yang aku bercerita dengannya.

Ada ketika aku bercerita tentang perkara lain dia pula asyik bercerita tentang cucu kesayangannya,Aku menganggukkan kepada dan terus terdiam tanda untuk pemproses segala.Teringat pesan arwah bapaku...diam bila kita tidak mau menyakitkan hati sesiapa.Bercerita apabila tidak mengundang dosa.Patut arwah bapa tidak banyak cakap rupanya dia takut kepada dosa.Sekarang aku pula menjadi sepertinya.Al-Fatihah untuk bapaku yang selalu mengajar aku tentang erti dosa dan pahala.Kini aku belajar pula untuk menjadikan sabar menguasi seluruh kehidupan ini.

Wajah yang sudah jarang-jarang meninggikan suara kerana tidak ada apa lagi yang boleh dimarah olehnya kerana semua keperluan telah tersedia.Setiap kali keperluannya tersedia sentiasa terungkap ucapan terima kasih  dari bibirnya sebagai tanda menghargai.Bagi aku tidak perlu diucap perkataan itu.Inilah tanggungjawab seorang menantu terhadap sorang ibu mertuanya.Walau aku bukan dilahirkan dari rahimnya. .Walaupun aku bukan anak perempuannya, kerana aku wanita,aku menghormatinya  dan aku faham perasaannya lantas  aku menganggap aku anak perempuannya. segala keperluan dan tanggung jawab aku laksanakan seiklas hati.

Inilah kenyataan dari satu kehidupan. Dari hati aku terlara membaca cerita dari dairi seorang tua hati aku terubat pabila melihat orkid yang aku jaga dari kecik telah mengeluarkan hasil.Walaupun tidak seberapa.Apabila berbunga ianya menceriakan aku walaupun tadi berjuraian air mata mengenangkan kisah seorang tua yang telah dimakan usia.

Ungu yang selalu menghiasi di bawah bumbung tempat parking kereta
iyer lah dah tak der umah orkid boh jer lah kat bawah bumbung
Mini orkid yang sangat rajin berbunga
mula-mula berbunga kuntumannya sangat kecil
agaknya dah terlebih baja, jadi sebegini
seolah mengejek aku pulak asyik terjelir jer lidahnya
ok juga kan cik ungu aku  nie..3 kuntum pun jadilah

Seminggu menanti orkid ini berbunga
kembang juga akhirnya
sangat comel suka kerana berwarna kuning
betul orang kata walaupun kecil tapi comel
sangat menceriakan suasana

 Mula-mula berbunga sekuntum sahaja
Ini kali ke dua berbunga  tiga kuntum serentak
sekali berbunga banyak kuntum
berbaloi segala penat lelah aku selama ini
orkidpun tahu membalas budi atas jasa baik tuannya
ini pulak kita manusia yang ada hati dan perasaan iyer tak
Kebanyakan dari koleksi aku warna bila berbunga selalunya ungu + putih
tanya dek rakan kongsi seumur hidupku (suami ler) 
kenapa semua orkid kita ungu?
bukanlah aku penentu kaler orkid kan itu tanda kekuasaan Allah
apa yang diberi terima ajeler..janji orkid berbunga
sebenarnya  aku sendiri mengidamkan orkid berbunga dengan warna yang merah menyala
semalam terkeluarlah orkid ini
kali pertama berbunga
kira menepati citarasa kerana warnanya  
ceria sangat
jangan tanya nama spesifiknya 
pernah cuba bertanya pada pakcik goggle 
tapi tak pernah nak ingat
warna pink yang pekat suka tengok sebab di tengah-tengah ada kuning
kan aku peminat kuning
bila diperhatikan satu tangkai 
bunganyer kecik pun tiga kuntum juga
namun cepat-cepat aku berkata
nikmati apa yang telah kita usahakan
bersyukur dengan apa yang kita ada
hargai apa yang kita miliki




Thursday, October 4, 2012

Harga Sepinggan Nasi Kita vs Harga Nasi Anak Kita


Dah dua hari rakan kongsi seumur hidupku berkursus.Sehubungan dengan itu maka dua hari jugalah aku makan sendiri-sendiri.Terasalah amat bosan menghabiskan makan nasi sepinggan bersendirian. Tanpa rakan kongsi tiadalah cerita yang yang boleh  dijadikan gosip panas.Tak adalah acara rajuk merajuk dalam tempoh dua hari ini.

Sungguh membosankan. Paling seronok bila makan pagi bersama dapatlah menghirup udara segar di merata bandar kecil Parit Buntar.Dapatlah melihat pelbagai karenah masyarakat di luar kampus.Tak lalu tiap-tiap hari melihat muka dan perangai yang sama di dalam kampus.Hari ini hari terakhir rakan kongsi seumur hidupku berkurus

.Esok boleh makan bersama semula.Cerianya hidup aku.Tersiksa makan seorang diri.Makan bersama rakan sepejabat ok juga tapi manakan sama, makan bersama dengan rakan kongsi seumur hidupku.Suka sangat

Nak tahu kenapa hidup aku tersiksa bila makan sorang diri.Ceritanya begini.Sebenarnya tiap kali makan aku tak pernah membayar harga makanan.Rakan kongsi seumur hidupku itulah yang menyelesaikannya.Aku cuma menyedok apa yang aku mahukan.Bab Bayar dia.Hehehehe senang hidup aku kannnnn....Bab membayar memang aku senang.Ada bab lain yang aku susah..Nantilah bila terluang bolehlah dikongsikan bersama.Hari ni aku nak kongsikan tentang membayar makanan.

Alkisahnya semalam hari pertama aku makan sendiri-sendiri.Kerana malas nak membawa kereta di tengah panas mentari (sasteralah konon ayat mentari) akupun mengikut rakan pejabat membeli sebungkus nasi.Kafe pilihan kami selalunya yang terdekat dengan pejabat..kafe SDB.Pusing punya pusing rasanya selera aku banyak di kantin  bahagian tepi sekali sebelah kiri nak masuk SDV (lupa pulak nama cafe tersebut).Aku ambil ikan masak cili seketul, sayur sesenduk, tahu goring seketul, nasi sesenduk.Gambar lupa pulak nak ambik.Malas bawak enset.Lepas tu dengan berlenggang kangkung ke kaunter pembayaran.Cashier tupun duk tup tap kira ngan calculator.Kira congak lagi cepat.Tau-tau dia kata tiga enggit setengah kak.Ok ler harga patut.Akupun senyum simpul bayor.Kira ok ler kan..Rega patut.

Hari ni aku pegi lagi kantin, tapi pergi kafe lain pulak.Tak kan hari-hari nak makan di kafe yang sama.Loya tekak beb.Beraleh arah pulak kantin Pusat Pelajar.Disitu lagi banyak pilihan.Berpusing-pusing juga tawaf 3/4 kali .Dalam hati teringin nak makan ikan kukus.Teringin makan macam mengidam masa ngandung.Tu yang boleh pusing 3/4 kali.

Hajat di hati tak kesampaian.Tak der pulak ikan kukus.nak makan apa pulak yerrr.....Ternampak pulak ikan kembung goring.Menyelerakan ler pulak.hancus diet hari ini.Ikan goring kolestrol tinggi.Maklum tengah diet giler.Nak kurus lah katakan.Saper tak nak cantik kannnnnn...teringin balik nak pakai baju sais M.Sekarang sais XXL.Nak menuliskan sais pun malu.Apatah lagi memakai.Dah macam nangka berbalut.Anak bongsu kata mcm itulah.Kenyataannya memang gitulah .Kalau tidak tak kan orang mengata.Dah kenyataan tuan punya diri nak menyangkal lagi.

Tengah hari ni aku sambar nasi  1/2 sesenduk, ikan kembong goring sekor, sayur sawi tumis dalam satu setengah senduk.Lepas tu aku pun terus ke kaunter cashier.Terpandang sebotol kicap.Aku ni alergik kicap pantang tertengok kicap.Pantang nasi aku tak der kicap.Boh juga lah setitik dua sebagai penyedap rasa.Lepas tu aku nampak pulak sambal belacan.Selalu tu tak penah boh sambal belacan,Dah teringin boh ler sesudu atas ikan kembong goring. Cashier (sama ngan jururuwang ker..sama kot) tupun kira lah.Lima ringgit puan.Hah aku terkejut beruk.Lima ringgit tanpa air.Wang bernilai RM5.00 bertukar tangan.

Isu terlampau suda......Ikan kecik jer pun sebesar  2 jari ker.Hati sudah mula panas.Berharap sangat tak terkeluar soalan bertanya berapa harga ikan seekor.Sabarlah wahai hati.Bukan berkira tentang wang ringgit tapi hati sudah membara jiwa mula bergelora.Aku tarik nafas panjang-panjang.Dengan bersopan santun akupun pertanya

Dik nasi setengah senduk beraya yer...!
jawab juruwang tu...nasi separuh 70 sen puan, tak perlah saya kira balik RM4.50 .Di kembalikan baki senyak lima puluh sen .Agak pucat muka dia mengadap aku.

Aku cuba bersopan santun lagi sekali.Dalam hati hanya Tuhan yang tahu.Geram sebab makanan yang dibeli tidak sepadan dengan harga yang dibayar.Sayang pada tengah hari tadi aku tidak dapat mengawal rasa marah didalam hati terkeluarlah perkataan spontan.

tak per lah awak simpan jer baki tu , nanti kira betul-betul pada pelanggan yang akan datang dan akupun berlalu dari kafe itu.Lepas ini walau apapun terjadi sanggup aku tak makan sehari aku tak akan datang lagi ke kafe ini.


Dalam cuaca panas terik dengan aircond tak on, aku mengisa balik harga makan tengah hari tadi
Kalau nasi 70 sen, ikan sekor RM2.00, Sayur 1 1/2 senduk RM2.00, Sambal 15 sen, kicap 15 sen. Macam tu kot.Aku pun beredar dari kafe tersebut . Dalam perjalanan menuju ke pejabat   aku mula terfikir tentang anak sulung nun jauh di Melaka.Setiap kali dia menelefon aku.Selalu aku bertanyakan tentang perbelanjaannya di kampus sana.

Jimat-jimat duit tauuuu.Duit belanja ada lagi ker.
Dia selalu menjawab
.InsyaAllah ibu abglong jimat.Duit belanja ada lagi.

Bayangkanlah tiap kali makan dia terpaksa berkira-kira demi untuk berjimat seperti mana yang selalu aku katakan.Berjuraian air mata.Entah berapalah harga makan tenghari untuk dia.Untuk tengah hari tadi tersekat selera untuk menjamu selera.Separuh dari makanan telah aku berikan pada kucing yang jadi penunggu setia di pintu bahagian belakang pejabat.Hilang selera hari ni.Bukan kerana harga makanan tetapi risau tentang harga sepinggan nasi kita vs harga sepinggan nasi anak kita.Berapakah harganya.

Monday, October 1, 2012

Ikhlaskan Hati



Dah lama nak cari kuali Tefal
terjumpa kat Care4 Seberang Jaya 28/9/2012
akhirnya 
dapat juga memiliki kualai Tefal, seronok sgt
orang lain dah lama ada dalam koleksi
kita baru nak dapat....wat malu jer yer.....
tak kisahlah orang nak kata apapun
yang penting lepas ni masalah untuk membuat pankek tak der lagi
iyerlah sibongsu tu gemo beno pankek
kalau boleh tiap-tiap malam disuruhnya ibu masak pankek
kali nie senanglah sikit proses nak memasak
tiada lagi masalah kuali melekat
hargapun berpatutan RM69.90 mampu untuk dimiliki
malam tu proses membuat pankek bermula
kerana dah acap kali membuat pankek
aku bagi peluang ker dia untuk mencuba masak
ni ler hasil pukulan pankek dari anak bongsu
berbakat juga dia ke dapur
rajin juga dia membantu mencairkan butter..gambar lupa nak pukul
sempat mengambil gambar yang ini jer

dah sebati adunan kena tunggu 15 minit
siap bagi arahan lagi ker ibunya
selalu tu aku yang bagi arahan kepadannya
agaknya dah kerap menengok 
kali ni dia pulak berpeluang menyediakan adunan
aku pulak sibuk menambah
ibu banggalah dengan adik walaupun adik lelaki
tapi adik tau cara dan peratuan nak memasak
tak der anak perempuan pun tak per 
janji anak lelaki ibu tau memasak
ewahhhhhhh...anak-anak pantang dipuji sikit suka demer
jadi aku gunakanlah kelemahannya itu untuk menyuntik semangat memasak
apa lagi bertambah-tambah seronok
dipuji si anak bongsu sakan memberi arahan
biarkan kejap lepas tu dia menengok tv
sementara menantikan adunan naik
ibu pulak menggosok baju
kira dua kerja dalam satu masa
dah cukup masa
sibuk pulak dia mencurah adunan ke dalam kuali Terfal
gedabak betul pankek malam tu
katanya si anak bongsu
lepas ni ibu tak payah buat kerja rajin
sekali masak jer...jimat masa
satu adunan satu kuali..selambak gitu
ok juga kerja orang tak berseni
bisik hati aku
 taklah aku suarakan kata tersebut
bukan apa takut si kecik bongsu terasa hati
tapi ok laj juga kan...kerja orang lelaki
katanya biar bentuk tak elok 
asal rasa sedap
suka hati lah wahai anakku

seronok masak dengan kuali tefal tidak melekit
selalu tu guna kuali biasa jer
melekat tu dah jadi biasa
kalau tak melekat tu luar biasa
sebelom ni buat pun kecil-kecil jer bukan apa
nak buat besar takut melekat
kali ni sepenuh perasaan satu adunan satu pankek yahooooo....
dah masak cam gini ler bentuknya
sekeping sekali hadap

kata anak bongsu
malam ni pankek ibu lagi sedap
jarang anak bongsu nak memuji sedap
kata aku....iyer lah malam ni  sebab adik tu yang rasa lagi sedap
tersengih memanjang si kecik bongsu
sebenarnnya pada aku 
dalam apa juga pun terutamanya bab memasak
ataupun  perkara  apa juga yang kita lakukan
jika kita buat penuh keikhlasan dan enjoy melakukan
bab makanan semua akan menjadi sedap
kiranya pekerjaan yang kita lakukan
ianya akan menjadi elok
tapi kalau kita malas dan tidak ikhlas
apa juga yang kita lakukan tak akan menjadi
tanya lah pada sesiapapun
jawapannya adalah sama
jadi ikhlas-ikhlaskan diri
hasilnya kita akan berpuas hati 
selain  dari itu dengan apa juga yang kita lakukan (perkara-perkara baik)
kita juga mendapat pahala.





Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 22


Saatku rindu padamu
Seru ku seru namamu bertalu
Rimbunan rindu yang bertemu
Menjadi lembaran cintaku
Ku serah kepadamu

Bila ku sebut namamu
Damai di ruang hatiku ini
Ku seru namamu bertalu
Menjadi lembaran kasihku
Ku serah kepadamu

( korus )
Engkaulah yang satu
(Engkaulah dewiku)
Mustika kalbuku
Kasih dan rinduku oh
Hanyalah padamu
Engkaulah kasihku
Tiada duanya
Biar jadi hamparan
Kasihku padamu
Tanpamu siapalah aku

Dapat lagu di Muka Buku
Lagu dari kumpulan WOW
tajuknya
Kau Yang Satu
Pengirimnya
dari rakan kongsi seumur hidupku

teringat zaman bercinta dulu-dulu
lagu ni top sangat
ada sejarahnya
dan citernya begini:-
Mr. Boyfriend aku dulu suka nyanyi
dating jer nyanyi
tak dating pun masa dia call aku kat opis
 pun dia nyanyi-nyanyi juga
heheheh.dulu2 mana ada hanpon
pakat ramai-ramai guna public phone
yang jadi mangsa rakan opis aku ler
jenoh demer nunggu aku bergayut kat phone
mesti berbulu rakan satu opis
kerana mengendalakan kerja harian mereka
nak jadi cerita
pengurus turun ke bahagian aku
ternampak aku duk bergayut sakan
sampai lupa diri
last pengurus aku panggil mengadap
siap kena marah lagi ngan Pengurus 
dengan suara tegasnya bertanya
naper bergayut lama-lama kat phone
tapi aku tahan telinga
dalam hati dah ada perkataan nak dikatakan 
orang duk jiwang bercinta
sibuk-sibuk tanya pulak
cuma mulut tak boleh buka dan tak boleh berbicara 
siap bagi amaran lagi
lain kali jangan nak bercinta cintun 
kat pejabat buat kerja jangan nak main-main
dia dulupun masa bercinta ntah macam mana
orang nak bercinta
jeles pulak huhuhuhu
ehhh tetiba plak teringat kat Pengurus lama
dialah yang banyak mendidik aku
dari lemah semangat menjadi orang kuat semangat
dari kuat menangis jadi pembengis
di transformnyer betui2
semoga bekas pengurus aku
sihat sejahtera dan gembira seisi keluarga

Dah jauh lari tajuk citer aku dari asal
sebenarnya nak bagi tau
29 September 2012
tarikh ulang tahun yang ke 22
kebetulan tahun ni jatuh pada hari Sabtu
sama harinya dengan tarikh perkahwinan

apa lagi seronok giler aku
jiwang lagi Mr. Hubby aku weiiiii...!
Seronok kan bila terkenang kembali cerita lama-lama
lagi seronok bila Mr. Hubby pulak yang tujukan lagu untuk kita
terasa balik muda
sedar tak sedar dah 22 tahun kami hidup bersama
cepatnya masa berlalu
semoga kami kekal bahagia seisi keluarga sehingga ke akhir usia
Amennnnn....!