Dah dua hari rakan kongsi seumur hidupku berkursus.Sehubungan dengan itu maka dua hari jugalah aku makan sendiri-sendiri.Terasalah amat bosan menghabiskan makan nasi sepinggan bersendirian. Tanpa rakan kongsi tiadalah cerita yang yang boleh dijadikan gosip panas.Tak adalah acara rajuk merajuk dalam tempoh dua hari ini.
Sungguh membosankan. Paling seronok bila makan pagi bersama dapatlah menghirup udara segar di merata bandar kecil Parit Buntar.Dapatlah melihat pelbagai karenah masyarakat di luar kampus.Tak lalu tiap-tiap hari melihat muka dan perangai yang sama di dalam kampus.Hari ini hari terakhir rakan kongsi seumur hidupku berkurus
.Esok boleh makan bersama semula.Cerianya hidup aku.Tersiksa makan seorang diri.Makan bersama rakan sepejabat ok juga tapi manakan sama, makan bersama dengan rakan kongsi seumur hidupku.Suka sangat
Nak tahu kenapa hidup aku tersiksa bila makan sorang diri.Ceritanya begini.Sebenarnya tiap kali makan aku tak pernah membayar harga makanan.Rakan kongsi seumur hidupku itulah yang menyelesaikannya.Aku cuma menyedok apa yang aku mahukan.Bab Bayar dia.Hehehehe senang hidup aku kannnnn....Bab membayar memang aku senang.Ada bab lain yang aku susah..Nantilah bila terluang bolehlah dikongsikan bersama.Hari ni aku nak kongsikan tentang membayar makanan.
Alkisahnya semalam hari pertama aku makan sendiri-sendiri.Kerana malas nak membawa kereta di tengah panas mentari (sasteralah konon ayat mentari) akupun mengikut rakan pejabat membeli sebungkus nasi.Kafe pilihan kami selalunya yang terdekat dengan pejabat..kafe SDB.Pusing punya pusing rasanya selera aku banyak di kantin bahagian tepi sekali sebelah kiri nak masuk SDV (lupa pulak nama cafe tersebut).Aku ambil ikan masak cili seketul, sayur sesenduk, tahu goring seketul, nasi sesenduk.Gambar lupa pulak nak ambik.Malas bawak enset.Lepas tu dengan berlenggang kangkung ke kaunter pembayaran.Cashier tupun duk tup tap kira ngan calculator.Kira congak lagi cepat.Tau-tau dia kata tiga enggit setengah kak.Ok ler harga patut.Akupun senyum simpul bayor.Kira ok ler kan..Rega patut.
Hari ni aku pegi lagi kantin, tapi pergi kafe lain pulak.Tak kan hari-hari nak makan di kafe yang sama.Loya tekak beb.Beraleh arah pulak kantin Pusat Pelajar.Disitu lagi banyak pilihan.Berpusing-pusing juga tawaf 3/4 kali .Dalam hati teringin nak makan ikan kukus.Teringin makan macam mengidam masa ngandung.Tu yang boleh pusing 3/4 kali.
Hajat di hati tak kesampaian.Tak der pulak ikan kukus.nak makan apa pulak yerrr.....Ternampak pulak ikan kembung goring.Menyelerakan ler pulak.hancus diet hari ini.Ikan goring kolestrol tinggi.Maklum tengah diet giler.Nak kurus lah katakan.Saper tak nak cantik kannnnnn...teringin balik nak pakai baju sais M.Sekarang sais XXL.Nak menuliskan sais pun malu.Apatah lagi memakai.Dah macam nangka berbalut.Anak bongsu kata mcm itulah.Kenyataannya memang gitulah .Kalau tidak tak kan orang mengata.Dah kenyataan tuan punya diri nak menyangkal lagi.
Tengah hari ni aku sambar nasi 1/2 sesenduk, ikan kembong goring sekor, sayur sawi tumis dalam satu setengah senduk.Lepas tu aku pun terus ke kaunter cashier.Terpandang sebotol kicap.Aku ni alergik kicap pantang tertengok kicap.Pantang nasi aku tak der kicap.Boh juga lah setitik dua sebagai penyedap rasa.Lepas tu aku nampak pulak sambal belacan.Selalu tu tak penah boh sambal belacan,Dah teringin boh ler sesudu atas ikan kembong goring. Cashier (sama ngan jururuwang ker..sama kot) tupun kira lah.Lima ringgit puan.Hah aku terkejut beruk.Lima ringgit tanpa air.Wang bernilai RM5.00 bertukar tangan.
Isu terlampau suda......Ikan kecik jer pun sebesar 2 jari ker.Hati sudah mula panas.Berharap sangat tak terkeluar soalan bertanya berapa harga ikan seekor.Sabarlah wahai hati.Bukan berkira tentang wang ringgit tapi hati sudah membara jiwa mula bergelora.Aku tarik nafas panjang-panjang.Dengan bersopan santun akupun pertanya
Dik nasi setengah senduk beraya yer...!
jawab juruwang tu...nasi separuh 70 sen puan, tak perlah saya kira balik RM4.50 .Di kembalikan baki senyak lima puluh sen .Agak pucat muka dia mengadap aku.
Aku cuba bersopan santun lagi sekali.Dalam hati hanya Tuhan yang tahu.Geram sebab makanan yang dibeli tidak sepadan dengan harga yang dibayar.Sayang pada tengah hari tadi aku tidak dapat mengawal rasa marah didalam hati terkeluarlah perkataan spontan.
tak per lah awak simpan jer baki tu , nanti kira betul-betul pada pelanggan yang akan datang dan akupun berlalu dari kafe itu.Lepas ini walau apapun terjadi sanggup aku tak makan sehari aku tak akan datang lagi ke kafe ini.
Dalam cuaca panas terik dengan aircond tak on, aku mengisa balik harga makan tengah hari tadi
Kalau nasi 70 sen, ikan sekor RM2.00, Sayur 1 1/2 senduk RM2.00, Sambal 15 sen, kicap 15 sen. Macam tu kot.Aku pun beredar dari kafe tersebut . Dalam perjalanan menuju ke pejabat aku mula terfikir tentang anak sulung nun jauh di Melaka.Setiap kali dia menelefon aku.Selalu aku bertanyakan tentang perbelanjaannya di kampus sana.
Jimat-jimat duit tauuuu.Duit belanja ada lagi ker.
Dia selalu menjawab
.InsyaAllah ibu abglong jimat.Duit belanja ada lagi.
Bayangkanlah tiap kali makan dia terpaksa berkira-kira demi untuk berjimat seperti mana yang selalu aku katakan.Berjuraian air mata.Entah berapalah harga makan tenghari untuk dia.Untuk tengah hari tadi tersekat selera untuk menjamu selera.Separuh dari makanan telah aku berikan pada kucing yang jadi penunggu setia di pintu bahagian belakang pejabat.Hilang selera hari ni.Bukan kerana harga makanan tetapi risau tentang harga sepinggan nasi kita vs harga sepinggan nasi anak kita.Berapakah harganya.
0 comments:
Post a Comment