Sesekali mencuri pandang kepada wajah itu agak sayu hati aku.Tiada lagi hilai tawa pengubat lara,Raut muka yang telah hilang seri kerana terpaksa berjauhan dari anak dan cucu-cucu yang dijaga semasa usia muda.Sekarang cucu-cucu yang dijaga sudah meningkat dewasa.Cucu-cucu kesayangan sudah berada di menara ilmu belajar tinggi tentang ilmu dunia.Bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang untuk mendapatkan jawatan tinggi di dalam bidang perkerjaan.Belajarkah mereka tentang ilmu untuk berbudi bahasa atau mengenang jasa jari-jari tua yang telah menyuapkan nasi buat mereka berdua ketika dibawah usia empat tahun sehinggalah mereka dewasa dengan air tangannya.
Wajah tua yang tiada lagi seri menghiasi hati. Hanya hari-hari sepi menemani sepanjang hari.Berteman seutas tasbih.Hanya zikir yang terukir dibibir.Itulah bahagianya, itulah cerianya.Ada ketika dia tertidur dengan telefon bimbit digengaman tangan.Barang kali menunggu panggilan dari seseorang.Menunggu dari panggilan orang yang dia sayang.Telefon canggih yang dibeli dari duit sendiri.Malangnya tidak pernah berbunyi.Kasihan aku melihatnya.
Tidak teringatkah mereka untuk bertanya kabar atau membisikkan erti rindu buat wajah tua itu.Tidak teringatkah mereka untuk memeluk rapat tubuh tua itu sambil mengucapkan kata-kata sayang sebagai balasan membesarkan mereka sewaktu mereka kecil dahulu.Masihkah dikau ingat wahai anak-anak cucu-cucuku.Barangkali itu yang bermain di fikiran wajah tua itu.Kerap kali aku tepandang ada genangan airmata bila dia duduk bersendirian di kamar sepi itu.Sepi itu yang mengindahkan hidupnya kini. Aku hanya memerhati.
Teringat pesanan bonda kesayangan aku di kampung.Kata bonda kesayangan ,anak yang kita sayang buat apapun tidak mengapa.Cucu kesayangan minta apapun sanggup dicari hatta bergadai nyawapun sanggup membeli. Demi cucu yang kita bela yang kita jaga.Anak yang kita sayang cakap apapun kita tidak terasa.Tapi anak itulah, cucu itulah yang selalu mempersiakan hidup kita.Orang tua selalu memerhati kepada kisah dan tauladan.Ada kebenaranya disitu.Pesan bonda lagi, berilah kasih sayang yang sama adil kepada semua anak-anak kamu.Jangan pilih kasih .Memang betul kata bonda kesayangan aku.Hakikatnya begitulah.
Telinga pula sudah tidak boleh mendengar seperti anak-anak remaja.Kadang terpaksa meninggikan kata apabila hendak berbicara dengannya. Bimbang pula dikata menengkingnya.Apabila berada di usia sebegitu perasaan cepat terasa mudah mengusik hati.Dari terasa kita meninggikan suara sekarang aku jarang berbicara dengannya.Hanya perkara-perkara yang perlu sahaja yang aku bercerita dengannya.
Ada ketika aku bercerita tentang perkara lain dia pula asyik bercerita tentang cucu kesayangannya,Aku menganggukkan kepada dan terus terdiam tanda untuk pemproses segala.Teringat pesan arwah bapaku...diam bila kita tidak mau menyakitkan hati sesiapa.Bercerita apabila tidak mengundang dosa.Patut arwah bapa tidak banyak cakap rupanya dia takut kepada dosa.Sekarang aku pula menjadi sepertinya.Al-Fatihah untuk bapaku yang selalu mengajar aku tentang erti dosa dan pahala.Kini aku belajar pula untuk menjadikan sabar menguasi seluruh kehidupan ini.
Wajah yang sudah jarang-jarang meninggikan suara kerana tidak ada apa lagi yang boleh dimarah olehnya kerana semua keperluan telah tersedia.Setiap kali keperluannya tersedia sentiasa terungkap ucapan terima kasih dari bibirnya sebagai tanda menghargai.Bagi aku tidak perlu diucap perkataan itu.Inilah tanggungjawab seorang menantu terhadap sorang ibu mertuanya.Walau aku bukan dilahirkan dari rahimnya. .Walaupun aku bukan anak perempuannya, kerana aku wanita,aku menghormatinya dan aku faham perasaannya lantas aku menganggap aku anak perempuannya. segala keperluan dan tanggung jawab aku laksanakan seiklas hati.
Inilah kenyataan dari satu kehidupan. Dari hati aku terlara membaca cerita dari dairi seorang tua hati aku terubat pabila melihat orkid yang aku jaga dari kecik telah mengeluarkan hasil.Walaupun tidak seberapa.Apabila berbunga ianya menceriakan aku walaupun tadi berjuraian air mata mengenangkan kisah seorang tua yang telah dimakan usia.
Ungu yang selalu menghiasi di bawah bumbung tempat parking kereta
iyer lah dah tak der umah orkid boh jer lah kat bawah bumbung
Mini orkid yang sangat rajin berbunga
mula-mula berbunga kuntumannya sangat kecil
agaknya dah terlebih baja, jadi sebegini
seolah mengejek aku pulak asyik terjelir jer lidahnya
ok juga kan cik ungu aku nie..3 kuntum pun jadilah
Seminggu menanti orkid ini berbunga
kembang juga akhirnya
sangat comel suka kerana berwarna kuning
betul orang kata walaupun kecil tapi comel
sangat menceriakan suasana
Mula-mula berbunga sekuntum sahaja
Ini kali ke dua berbunga tiga kuntum serentak
sekali berbunga banyak kuntum
berbaloi segala penat lelah aku selama ini
orkidpun tahu membalas budi atas jasa baik tuannya
ini pulak kita manusia yang ada hati dan perasaan iyer tak
Kebanyakan dari koleksi aku warna bila berbunga selalunya ungu + putih
tanya dek rakan kongsi seumur hidupku (suami ler)
kenapa semua orkid kita ungu?
bukanlah aku penentu kaler orkid kan itu tanda kekuasaan Allah
apa yang diberi terima ajeler..janji orkid berbunga
sebenarnya aku sendiri mengidamkan orkid berbunga dengan warna yang merah menyala
semalam terkeluarlah orkid ini
kali pertama berbunga
kira menepati citarasa kerana warnanya
ceria sangat
jangan tanya nama spesifiknya
pernah cuba bertanya pada pakcik goggle
tapi tak pernah nak ingat
warna pink yang pekat suka tengok sebab di tengah-tengah ada kuning
kan aku peminat kuning
bila diperhatikan satu tangkai
bunganyer kecik pun tiga kuntum juga
namun cepat-cepat aku berkata
nikmati apa yang telah kita usahakan
bersyukur dengan apa yang kita ada
hargai apa yang kita miliki
1 comments:
Hidup ini ada turun naik. Sabar lah selalu :)
Post a Comment