Thursday, March 29, 2012

Hobi Menjahit Dah Bermula

Minggu ini sungguh membosankan
kerana orkid tak ada sekuntumpun berbunga
itulah akibatnya bila malas membaja
orkidpun pandai menunjuk perasaan
mogok tak produktif untuk berbunga
sempena dua hari cuti  sabtu dan ahad di hujung minggu
kerja yang dibuat membelek-belek kain 
hobi menjahit baju dah bermula
cadangnya untuk dipakai
 pada hari raya Aidilfitri bulan Ogos nanti
kata dek anak bongsu
siap jahit
April semestinya ibu pakai
mana adik tau....aku bertanya
adik taulah, kan ini ibu adik
hehehehe terkedu aku 
faham benar si anak tentang perangai ibunya
dah siap baju berjahit
tak dernya sabor nak simpan baju dalam almari
mesti di pakai
kain-kain ni aku borong masa bercuti di Kelantan 
awal bulan Januari lalu
melihat tersalut pada patung 
yang terdapat di Wakaqf Che Yeh
kain cotton polkadot oren
sangatlah murah 4 pasang RM100.00
ini pula untuk dipakai pada pagi hari raya
warna hijau
sedondon dengan warna baju melayu suami dan anak-anak
 corak jalur-jalur  orang kata
boleh boleh menyorokkan badan yang berisi 
agar nampak  kurus sikit 
kata aku
dah gemok nak sorok macam mana lagi iyer tak
terimalah seadanya
kata suami
janji tak der penyakit
cayalah suamiku
I  LUV U

 ini pulak pilihan aku 
masa tengah kalut membeli
ternampak  ada pink kaler sweet sangat
dah bawa balik rumah
 kelabu asap warnanya
sah rambang mata masa membuat pilihan
maklum  masa membeli waktu malam
badan pula dah penat kerana dah berjalan jauh
beratus batu jaraknya
 dengan harapan dah jadi baju cunnnnnn
apa lagi nak di kata

tak lupa untuk bonda tercinta
terpilih warna biru
lupa yang bondaku
warna kesukaan kuning
harap-harap bonda sudi menerima
warna pilihan anakanda
sekali pakai lepas tu sah dia gantung dalam almari
tengok
 plastik pun tak buka lagi


ini pula untuk adik perempuan bongsu 
tak tau lah suka atau tidak
baju kurung dia pakai pada pagi hari raya
 menghadiri kenduri kahwin
atau menziahari kematian sahaja
hari-hari lain adik aku ini
selesa dengan jean dan blouse
walaupun dah ada anak dua
 masih bergaya seperti anak dara
tersama pulak corak dengan kain pilihan aku tadi
weyyyyy...macam mana boleh terbeli yang seakan-akan sama
mari kita perhatikan betul-betul
kot-kotlah ada perbezaannya
adalahhhhh...!
sama cuma pada corak 
warna berbeza
kain aku kaler pink
yang adik aku punyer kaler kuning
walaupun corak yang sama
tak apalah 
akan dipastikan
tidak  dipakai pada hari  dan  sewaktu yang seangkatan dengannya

polkadot pink 
dipilih khas untuk Azmina anak sulung adik aku
Pink dan Azmina
hanya maut yang boleh memisahkkan
dapat baju  warna pink
sehari suntuk sanggup tak tukar pakaian
esok dari hujung rambut sampai hujung kaki pink
dah tau ribut maknya nanti mencari aksesori sama warna
selagi tak dapat  
kalau disukat muncung mulut  boleh mencecah setengah  meter
itulah perangai aku dan adikku yang itu
masa kecil-kecil dulu
dah tua sampai sekarang pun perangai kami masih  sama
kemana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi
kalau  arwah bapa masih hidup
 mesti itu peribahasanya

 aku juga tak nak mengalah
suami bersetuju dengan pilihan hatiku
merah sangatlah Kak Pah
pun tak apalah
teringat pada baris-barisnya
lagu patriotik beb
merah membara semangat waja
putihmu bersih budi pekerti
warna dulu kini dan selamanya
hanya yang tahu slogan ini sahaja 
memahami maksud yang tersirat
 
semangat menjahit dah bermula 
akupun buka mesin jahit
semangat dah membuak tak terkira
mesin jahit yang aku beli 10 tahun yang lalu
setahun dah tak berjaga
akibat
 hobi mengorkid mengatasi segala-galanya
bila on switch
tiba-tiba
 lain macam jer bunyi
macam dah tak berdaya
tengok-tengok talinya dah terputus dua
kecewa tak terkata


konon nak tunjuk terer repair sendiri
cari skrew  dan buka sana sini
macam tikus baik labu
apapun tak jadi
kena beli  tali yang lain

 aktiviti menjahit terkantoi minggu ini
akhirnya dua hari cuti duk melepak depan tv
sambung pula sabtu dan ahad minggu depan
hari ini dah jumaat 
esok dah sabtu
eyyyyy.........! menjahit ler pulak
selain dari mempunyai hobi mengumpul orkid
seronok  pula ada hobi menjahit
nak upah baju tak payah keluar duit
bukan sahaja menjimatkan
tapi boleh menjahit 
ikut baju ukur badan sendiri.

Pesta Bunga Api

Sambung dari entri yang lepas
Dah lama tak tengok bunga api
kali ini cuba ambil gambar pula
gelap malam selalunya
  diterangi cahaya sang rambulan
mlam ini bermandikan
 cahaya bunga api
percubaan yang pertama
 
jadi ker.......
ok la dari tak mencuba lansung
kita tengok lagi
owhhhh yeeeeeeeeeeee...!
dari satu dah jadi dua
seronok

mari kita cuba ambik lagi erhhhyyyyyyy

dan lagi
tak puas hari lagi adjust baekk punyer
 
tershoot pulak gambor demerrrrrr
saper ler pulak
sakan demer nengok bunga api
biaq p la nooooooo
bukan selalu dapat peluang
akhirnya dapat juga nak shoot gambo ini
dah lama simpan hajat
 
dan lagi
lepas geram yang terpendam selama ini
 blurrrrrrrrrr ler pulak
ada pokok ijau-ijau lagi
ini fakta tentang bunga api
yang makcik google dari internet
sumber
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Bunga api ialah sejenis peralatan yang dibina menggunakan bahan letupan lemah yang bertujuan sebagai estetik dan hiburan. Pameran bunga api ialah pertunjukkan yang menggunakan peralatan tersebut untuk menimbulkan efek bunga api tersebut.

Bunga api digunakan dengan meluas untuk menghasilkan empat kesan utama: bunyi, api/cahaya yang berwarna, asap dan bahan terapung (seperti konfeti) melalui pembakaran bahan-bahan tertentu seperti serbuk letupan, sulfur dan pelbagai jenis bahan kimia yang lain.
Bergantung kepada rekaan pakar bunga api, ianya dihasilkan untuk mengeluarkan api dan asap berwarna yang mengandungi satu atau lebih warna, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu dan perak.

Bunga api telah dicipta oleh orang Cina purba pada kurun ke-12 untuk menghalau roh-roh jahat, dimana ianya direka melalui penambahbaikan ubat bedil Cina. Pertunjukan bunga api dianggap penting kepada kaum Cina apabila ianya digunakan sehingga sekarang iaitu melalui sambutan Tahun Baru Cina, dan sambutan perayaan Kuih Bulan. Negara China merupakan pembekal dan pengeksport utama bunga api di dunia.

Oleh kerana bunga api menghasilkan asap beracun yang berupaya mencemarkan alam sekitar dan mencederakan orang lain, perdebatan mengenainya dibincangkan seluruh dunia.

kepada anak-anak
dibawah umor yang ada kat rumah
jangan biasa-biasa
membakar mercun tanpa pengawasan
orang yang lebih dewasa
takat nak ambil gambor
eloklah mencuba
makcik guna digital biasa jer
nak kena cari DSLR ler juga
dah tak boleh tahan
orang dah kemana-mana
makcik masih dengan digital sony cyber shoot  N50 sahaja 
jadi lah kannnnnnnnnnnnnn
sekadar nak isi masa yang terluang.





Wednesday, March 28, 2012

Bot Berhias Di Sg. Kerian

Jumaat Malam Sabtu 23/3/2012
En. Suami beriya-iya mengajak  ke Tepian Sungai
katanya ada bot berhias
penat berjalan kaki mencari tempat parking kereta
maklum malam tu 
berpusu-pusu orang menuju ke situ
dekat 15 minit berpusing  dapat  juga tempat letak kereta
nak cari tempat duduk yang strategik amat mengerikan
agaknya ada orang dah duk kat situ 
dari petang sampai ke malam
punya nak tengok bot berhias
tak terkecuali aku dan keluarga
cari punya cari 
akhirnya dapatlah juga  
tempat lepak  yang dikira agak strategik
bahagian hujung tepian sungai
kira-kiranya bot yang pertama masuk kami yang menengok dulu


dah nampak cahaya berkelip-kelip dari bot yang pertama masuk
semua berpaling macam tak sabar nak melihat rupa bentuk bot berhias
masa kecik-kecik dulu selalu  menengok kat Sungai Perak
ini pengalaman pertama bagi anak bongsu yang bertshirt putih
excited ler sangat, sok abang sulungnya balik bercuti 
sah ituler citer yang akan diberitahu
tengok si Haziq duk mengepit celah En. Suami
 tak sabor nak tengok bot berhias lalu depan mata
puting tak lepas dari mulut
kalaulah masuk dalam sungai sah meraung
bot berhias pertama melintas tempat duduk kami
tak leh nak adjust lansung gambar goyang sesangat
walaupun tak der kualiti sangat
nak jadi kenang-kenangan letak ler juga gambornya kat sini
orang yang dah terer ambik gambor sah bebulu mata menengok
laju pula bergeraknya
hasilnya jadilah sebegini bentuk imejnya
macam gambor kartun 
tak per lah kannnnn belajor dari pengalaman
ini 1st time ambik gambor menda bergerak-gerak
kalau rajin mencuba InsyaAllah
esok lusa pendei ler..........
lepas tu yang ini pulak masuk
suka tengok cahaya lampu biru di sisi kiri kanan bot berhias
 masuk pulak bot berhias yang ini
dari daerah Taiping

diikuti dari daerah Kerian
bos berhias dengan replika udang galah
udangnya bergerak-gerak lagi
agak kreatif lah juga perekanyer

dari JPS Hilir Perak


yang ini pula dari daerah tempat aku dibesarkan
JPS Kuala Kangsar  
dengan replika labu dan rumah pam sayong
dapat tengok nama tempat dilahirkan
kembang   beno hati aku
senyum lebor sampai ke telinga
tempat jatuh lagikan dikenang
inikan pulak tempat membeso
gambor yang ini berbanding 
dengan gambor yang pertama tadi
 aku adjust betul-betul  
ok juga erkkkkkk........


Diakhiri dengan pertunjukan bunga Api
hari ni nak letak gambor line slow macam siput
esok pulak citer bab bunga api .

Tuesday, March 27, 2012

Dua Bungkusan Dalam Satu Hari

Hari ini hari yang paling menggembirakan
hati siapalah tak gembira
sebilanya dapat dua bungkusan
dalam satu hari
itulah hati aku syiok gilerrrrrrrrrrrr
ini bungkusan yang pertama
aku dapat hasil dari masuk pertandingan
Chenta Hijab online
aku salah seorang dari tiga pemenang minggu lepas
taraaaaaaaaaaaaaaa...........

kaler luvly pinik
my febret kaler
kebetulan tengah menjahit kurung kaler yang sama
dah siap nanti boleh dipadankan ngan tudung percuma
terima kasih kepada Pn Chenta Hijab
kerana telah memilih aku
menjadi pemenang pada minggu lepas
tak sia-sia menjadi meminat blog Chenta Hijab
akan datang boleh boleh beli lagi
tudung dari Chenta Hijab
cantik-cantik dan terkini di pasaran
mari kita ramai-ramai membeli tudung dari Chenta Hijab
harga sangat berpatutan dan mampu dimiliki
tambah-tambah bulan depan
kita semua akan dinaikkan
kepada tangga gaji yang lebih tinggi
sama-samalah kita membeli

Dua tone warna, sweet sangat
nasib baik tak der anak perempuan
kalau tidak sah berebut
disinilah untungnya
anak-anak semua lelaki
kalau tidak ibu tercinta nie kena mengalah
awatlah terkeluaq gambar mouse pulak kat bahagian atas
tak propesional btui amik gambor
ishhhhhhh...naper ler tak adjust betui2 tadi...

Lagi satu bungkusan yang telah diterima
pada hari ini
Jengggg...jennggg...jengggggggggggg
jauh datangnya
dari Johor selatan tanah air
kiriman dari kawan fb Laura Mazlin
terima kasih Alin
jasa baik yang tak terbalas
bak seperti pantun lama
pulau pandan jauh ketengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi baik dikenang juga
betui ker ayat aku tadi
apa ya...lupa ler pulak

nak wat macam mana dah faktor usia
lupa dah sinomin ngan kita yerkkkkk.....
terasa ler pulak pantun kat atas tadi tak baper nak betui
tak pun
ubah jadi ayat macam ni ok ler kut
ehemmmm...ehemmmmmm
budi baik yang telah dicurahkan
akan ku kenang sehingga ke akhir hayat
kerana sanggup bersusah payah
demi diri ini...
ewahhhhh puitis ler pulak bahasa
ker aku perasan lebih? huhhuhuhuhu.........
inilah bungkusannya

nak tau apa yanga terkandung di dalamnya?
Sabarrrrrrrrrr wak sabarrrrrrrrrrr...........
ada depa duk kata orkid....salah
sementelah aku peminat orkid tegar
kali ini bukan kiriman orkid
menda lain
antara penentuan hidup dan mati nie.....
baca ayat boleh buat naik darah tinggi
goal kepada pengidap sakit jantung
aku normal lagi
untuk hari ni alhamdulillah
tak der sebarang penyakit
tak lalu nak bersuspen suspek lagi dah
stret tu d bahan yang dikirimkan
ini dia jom kita tengok
suspen takkkkkkkk.................?

tau apa menda?
ini lah dia ubi dari pokok cekor
gemok-gemok ubinya
dan
sihat pertumbuhan
menurut kajian
ditanam penuh kasih dan sayang
itulah hasilnya
gunanya untuk apa?
biarlah rahsia
nanti makcik buat exprimen dulu
dah berjaya
kita kongsikan bersama
2b contineu d next entry.